Ahad, 27 September 2020

Jom Makan Ayam Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dan war-warkan kepada para pembaca sekalian berkenaan dengan satu menu baru yang ditawarkan oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) sempena Deepavali ini iaitu hidangan Flaming Koli yang cukup unik dan lazat. Menu Deepavali ini bakal menambat hati anda semua dimana anda boleh menikmati hidangan istimewa ini bermula pada 21 September 2020 sehingga 15 November 2020.



Hans sememangnya cukup suka dengan hidangan yang diinspirasikan daripada masakan India iaitu Flaming Koli ini yang bukan sahaja pedas dan enak tetapi juga diperkayakan dengan rempah ratus asli masakan India yang menambah aroma kepada hidangan istimewa ini dan seterusnya meningkatkan lagi selera sesiapa yang mencubanya. Apa yang pasti kalau dah cuba sekali maka Hans yakin anda semua pasti nak makan lagi.



Menurut June Song yang merupakan Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Deepavali melambangkan kegembiraan dan ini adalah masa untuk menikmati hidangan Khas Deepavali yang lazat bersama tersayang. Memandangkan agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat jadi The Chicken Rice Shop berusaha memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa Flaming Koli ini dengan selesa dan mudah.



Hans sendiri memang cukup berpuas hati. Faktor pertama yang membuatkan Hans cukup terkejut dan pada masa yang sama cukup gembira disebabkan oleh saiz ayamnya yang cukup besar. Memang Hans tambah nasi sebab pinggan pertama habis tetapi ayam masih tinggal lagi seketul. Serius kenyang! Faktor kedua ialah rasa ayamnya yang lazat. Ada rasa  kari, pedas, masin dan manis yang sekata apabila dimakan bersama nasi. Selain rasa rempahnya yang padu tidak dinafikan juga kerangupan ayam gorengnya masih terasa lazat walaupun bersalut dengan limpahan rempah yang sedap ini. Memang seronok lah Hans menikmati hidangan Flaming Koli ini tempoh hari. 


Jadi, apa anda tunggu lagi? Tak akan anda nak tengok Hans seorang sahaja menikmati hidangan Flaming Koli yang lazat ini? Anda pun wajib cuba makan sebab memang berbaloi sangat. Jadi, cepat-cepat lah berkunjung ke semua cawangan The Chicken Rice Shop untuk menikmati hidangan istimewa Flaming Koli sempena Deepavali ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti yang banyak, servis yang mantap dan rasa yang lazat akan membuatkan wang yang anda laburkan untuk menikmati hidangan ini cukup berbaloi. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!


Laman Sesawang The Chicken Rice Shop:


Facebook The Chicken Rice Shop:


48 ulasan:

  1. Balasan
    1. alhamdulillah
      kenyang sokmo makan dua ketul ayam
      portion besar :)

      Padam
  2. Ala sedapnye. My favourite outlet taw. Tapi tulah jauh nak pegi. Area ena takde. So sad.

    BalasPadam
  3. Cool need to find it on Grab Food

    BalasPadam
  4. Woww..nanpak sedap..boleh cuba nanti

    BalasPadam
  5. megujakkan nk santap semua menu heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      itulah kan
      apa-apapun puas hati makan Ayam Flaming Koli nih

      Padam
  6. layan lagu nya kat radio hehehe...
    menggodanya, lama tak layan TCRS , rindu nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      pergilah cuba menu baru nih
      kenyang perut suka hati

      Padam
  7. kena try nie.. nampak sungguh menyelerakan... terus lapar tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      pergi makan cepat sementara stok masih ada :)

      Padam
  8. Baca review ade yg kata mcm style Daging Masak Hitam kat kenduri tu tp versi ayam, pedas x tuuu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk Hans tak lah pedas mana..sebab memang sejenis manusia makan pedas.
      lain sikit dari daging masak hitam sebab dia letak daun kari :)

      Padam
  9. memang tgk pun dah tahu sedap.. mmg tpt makan kami satu family kalau jln2 kat mall

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      dah makan ker?
      puas hati kan menu terbaru nih

      Padam
  10. Nampak macam sedap ja menu baru ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah untuk Hans sedap
      pergilah cuba nanti

      Padam
  11. Balasan
    1. hehehe
      jangan tengok jer
      kena cuba makan sendiri
      baru puas hati :)

      Padam
  12. Lama tak makan kat chicken rice shop..nnti boleh cuba menu baru ni

    BalasPadam
  13. menarik nampak menu tu....dah lama juga xdine in....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila-sila mencuba dan menjamu selera
      In Sha Allah puas hati :)

      Padam
  14. Menu baru .. kena terjah ni... Aduhh sedap pulak tengoj ayam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      terjah jangan terjah
      mesti berbaloi :)

      Padam
  15. Menu baru .. kena terjah ni... Aduhh sedap pulak tengoj ayam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah
      sampai dua kali komen
      nampak excited nih
      hehehe
      wajib cuba dah

      Padam
  16. Pedas tak? The gravy macam pekat & nampak sangat pedasss

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk Hans tak pedas sebab Hans makan pedas.
      tapi layan lah makan sampai tambah nasi
      hahaha

      Padam
  17. Balasan
    1. alhamdulillah untuk Hans rasa sedap
      cuba lah makan
      rasa dia best :)

      Padam
  18. Terliur pulak tengok menu baru nie.. huhu nak kena pegi nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      pergi cepat sebelum terlepas
      In Sha Allah sedap dimakan

      Padam
  19. Uishh. Besar jgk portion dia. Ayam dia pun nmpk mcm sedap je. Berbaloi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      Hans tadi makan lagi sekali
      kenyang dua ketul ayam

      Padam
  20. Balasan
    1. so far sedap
      pedas-pedas sikit
      rasa kari sikit
      rasa macam kicap sikit
      hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com