Sabtu, 31 Oktober 2020

5 Sebab Anda Perlu Cuba Chicken Masala Briyani Dan Nasi Lemak Sambal Udang Daripada Briyani Brothers & Co

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang dua hidangan yang cukup enak daripada Briyani Brothers & Co yang baru sahaja Hans cuba sebentar tadi iaitu Chicken Masala Briyani dan Nasi Lemak Sambal Udang. Serius memang sedap dan cukup berbaloi untuk anda beli dan rasa sendiri di rumah.



Hans mulakan dengan menu pertama yang Hans cuba iaitu Nasi Lemak Sambal Udang. Terdapat 5 sebab kenapa Hans cukup suka dengan menu ini iaitu:


1. Nasi lemak memang rasa santan dan lembut dimakan. 

2. Rasa udang yang sedap dan sangat segar. Saiz udang dia saiz jumbo yer. Memang berbaloi!
 
3. Rasa sambal yang manis memikat. Sesuai dimakan oleh semua lapisan umur. 

4. Mewah dengan telur rebus, ikan bilis, kacang dan timun.

5. Saiz kuantiti makanan yang cukup banyak. 


Hidangan seterusnya yang Hans cuba ialah Chicken Masala Briyani dimana Hans berikan 5 sebab kenapa Hans turut menyukai menu ini iaitu:

1. Terbukti sedap kerana walaupun Hans kenyang makan nasi lemak tadi tetapi Hans masih boleh makan nasi briyani ini dengan laju dan cukup berselera. 

2. Nasi briyani mereka memang sedap sebab menggunakan beras Basmati. Lembut, panjang dan mengenyangkan 

3. Hans cukup sukakan rasa Mint Raita yang diberi. Serius memang sedap. Wajib makan bersama nasi briyani ini. 

4. Kuah dalca yang diberikan sangat menyelerakan sebab kuah dalca dimasak bersama tulang daging. Memang mengingatkan Hans pada dalca yang mak Hans masak.
 
5. Kuantiti makanan memang banyak dan saiz ayam pun besar. Memang kenyang semalaman bila makan.


Jadi, Hans memang sarankan anda semua yang memang peminat tegar atau suka makan Nasi Briyani dan Nasi Lemak untuk cuba sendiri dua hidangan yang disediakan oleh Briyani Brothers & Lemak Nation ini. Serius Hans jamin anda pasti tidak akan menyesal! Dibawah Hans kongsikan info-info sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian:

Lokasi: 
Food Truck (TTDI)
Central Kitchen (Ara Damansara)
Waktu Operasi: 
10.00 A.M - 08.00 P.M
Penghantaran:
Grabfood / Foodpanda / Orderla
Nama & Harga Makanan : 
Chicken Masala Briyani (RM16.50) 
Nasi Lemak Sambal Udang (RM18.50) 
Masala Tea (RM4.50)

Facebook:

Instagram:


7 ulasan:

  1. waa nampak sedap.. udang tu mengancam betul saiz dia

    BalasPadam
  2. wow tersangarlah sedap n mengenyangkan perut tu

    BalasPadam
  3. Perghhhh nasi lemak sambal udang tuuuuu sangat mengoda, rasa sis nak order juga.

    BalasPadam
  4. Nasi Lemak tu aku tak kisah sgt, yg Biryani tuuu... Perghhh mengundang!

    BalasPadam
  5. semua menu2 mengancam. boleh nampak herbs dan sambal tu menaikkan selera

    BalasPadam
  6. aritu nampak tapi tak pula nk cuba makan..sebab takot xsedap..uish sekali baca review ni nyesal pulak x cuba

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com