Menu Makanan Menarik Di Golfer's Terrace TPC Kuala Lumpur
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang satu tempat makan menarik yang terletak di dalam kawasan Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur iaitu Golfer's Terrace.
Untuk pengetahuan semua, TPC Kuala Lumpur sebenarnya sangat dikenali sebagai salah satu tempat serta kelab untuk kerabat diraja serta orang-orang kenamaan berkumpul untuk bermain golf. Kawasan ini juga turut dikenali seluruh dunia kerana menjadi tumpuan pemain-pemain golf antarabangsa yang datang untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia seperti PGA TOUR. Lebih membanggakan apabila TPC Kuala Lumpur telah diiktiraf dan disenaraikan sebagai 100 Kelab yang terbaik di dunia.
Tetapi, sebenarnya TPC Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang mesra keluarga serta pengguna dimana ianya juga dibuka kepada orang awam yang berminat untuk datang kesini bagi melakukan pelbagai aktiviti lain sama ada majlis perkahwinan, seminar, tempat karaoke, majlis hari lahir, bowling, yoga dan pelbagai lagi. Hans yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini pun memang rasa teruja sangat kerana pemandangan di kawasan ini sangat cantik dan hiasan setiap kawasan dan dekorasi setiap bilik juga sangat menarik.
Salah satu perkara yang cukup menarik apabila menjamu selera disini ialah setiap hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang penggunaan msg atau perasa. Jadi, dibawah adalah ulasan Hans terhadap setiap makanan yang Hans telah cuba di Golfer's Terrace baru-baru ini: