Khamis, 26 November 2020

Menu Makanan Menarik Di Golfer's Terrace TPC Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang satu tempat makan menarik yang terletak di dalam kawasan Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur iaitu Golfer's Terrace



Untuk pengetahuan semua, TPC Kuala Lumpur sebenarnya sangat dikenali sebagai salah satu tempat serta kelab untuk kerabat diraja serta orang-orang kenamaan berkumpul untuk bermain golf. Kawasan ini juga turut dikenali seluruh dunia kerana menjadi tumpuan pemain-pemain golf antarabangsa yang datang untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia seperti PGA TOUR. Lebih membanggakan apabila TPC Kuala Lumpur telah diiktiraf dan disenaraikan sebagai 100 Kelab yang terbaik di dunia.



Tetapi, sebenarnya TPC Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang mesra keluarga serta pengguna dimana ianya juga dibuka kepada orang awam yang berminat untuk datang kesini bagi melakukan pelbagai aktiviti lain sama ada majlis perkahwinan, seminar, tempat karaoke, majlis hari lahir, bowling, yoga dan pelbagai lagi. Hans yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini pun memang rasa teruja sangat kerana pemandangan di kawasan ini sangat cantik dan hiasan setiap kawasan dan dekorasi setiap bilik juga sangat menarik.



Tetapi, kali ini Hans ingin berkongsi dengan semua berkenaan makanan-makanan yang cukup lazat yang Hans telah cuba di Golfer's Terrace yang merupakan salah satu tempat makan yang terdapat di dalam TPC Kuala Lumpur. Hans berkesempatan mencuba 8 menu menarik bermula daripada menu pembuka selera, hidangan berat sehingga kepada pencuci mulut iaitu:

1) Rojak Petis
2) Daging Masak Lemak Cili Api
3) Sambal Udang Petai
4) Nasi Lemak Ayam Rendang
5) Nyonya Curry Laksa
6) Hainanese Chicken Rice
7) Soya Bean Panna Cotta
8) Malibu Sunrise


Salah satu perkara yang cukup menarik apabila menjamu selera disini ialah setiap hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang penggunaan msg atau perasa. Jadi, dibawah adalah ulasan Hans terhadap setiap makanan yang Hans telah cuba di Golfer's Terrace baru-baru ini: 


Menu:
Rojak Petis

Info Hidangan:
Hidangan Ini Menawarkan Gabungan Nenas, Timun, Lobak Putih, Tauhu, Bayam Air, Taugeh Yang Disertakan Dengan Sos Petis Dan Kacang Bakar.

Harga:
RM13.40++ / RM16.10++

Ulasan:
Istimewanya tentang hidangan pembuka selera ini ialah sos petisnya yang dihasilkan sendiri. Memang sedap dimakan dan berjaya buat Hans khayal menikmati setiap intipati yang ada di dalam hidangan ini.


Menu:
Daging Masak Lemak Cili Api

Info Hidangan:
Hidangan ini menampilkan kepingan daging lembu yang dimasak bersama cili padi yang pedas serta santan dan disajikan bersama nasi kukus, kerabu, keropok dan sambal belacan.

Harga:
RM24.80++ / RM29.80++

Ulasan:
Antara menu yang berjaya menambat hati Hans kerana sebagai seorang penggemar hidangan masak lemak cili api, kepekatan kuah menu ini memang telah membuatkan Hans cukup suka sehinggakan hampir terlupa untuk meninggalkan sedikit kepada rakan sebelah. Memang rasanya sedap dimana hirisan daun kunyit membantu menaikkan lagi aroma hidangan ini. Anda wajib cuba! 


Menu:
Sambal Udang Petai

Info Hidangan:
Hidangan ini menawarkan udang segar yang dimasak bersama pes sambal dan asam jawa serta dihidangkan bersama nasi kukus dan sambal belacan.

Harga:
RM26.80++ / RM32.20++

Ulasan:
Udang dan biji petai memang segar dan dua perkara ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan Hans makan bersama nasi putih dengan begitu fokus. Memang layan betul!


Menu:
Nasi Lemak Ayam Rendang

Info Hidangan:
Hidangan nasi lemak yang didatangkan bersama rendang peha ayam, telur goreng, sambal sotong, ikan bilis, kacang goreng dan timun.

Harga:
RM18.30++ / RM22.00++

Ulasan:
Istimewanya tentang nasi lemak ini bukan sahaja rasa rendang ayamnya yang sedap tetapi hidangan ini turut dibantu oleh keenakan sambal sotongnya yang cukup untuk membuatkan Hans makan hidangan ini dengan cukup berselera. Licin pinggan weh!


Menu:
Nyonya Curry Laksa

Info Hidangan:
Mee Yang Didatangkan Dengan Kuah Kari Pedas, Udang, Bebola Ikan, Kerang, Ayam, Sayuran, Kulit Tauhu, Taufook Dan Pes Sambal.

Harga:
RM20.00++ / RM24.00++

Ulasan:
Jika anda penggemar mee kari maka menu ini adalah syurga buat anda. Bukan sahaja mewah dengan pelbagai jenis lauk pauk tetapi kepekatan kuah dan rasa karinya yang asli pasti membuatkan anda tidur kekenyangan setelah selesai menjamah semangkuk besar hidangan ini.


Menu:
Hainanese Chicken Rice

Info Hidangan:
Pilihan ayam panggang atau ayam kukus dan dihidangkan bersama nasi daun pandan, sos, sayuran dan sup.

Harga:
RM18.30++ / RM22.00++

Ulasan:
Menariknya tentang nasi ayam hainan disini ialah ia menampilkan sedikit kelainan rasa dimana pengaruh masakan cina dapat dirasai pada setiap hidangan yang ada di dalam set ini. Sedap!


Menu:
Soya Bean Panna Cotta

Info Hidangan:
Pencuci Mulut Yang Menampilkan Gabungan Puding Soya Bean, Buah Strawberry Dan Sos Strawberry.

Harga:
RM8.10++ / RM9.70++

Ulasan:
Pencuci mulut yang sangat menakjubkan! Serius anda wajib cuba! Lembut! Berlemak! Memang berbaloi!


Menu:
Malibu Sunrise

Info Hidangan:
Minuman Jus Yang Menawarkan Gabungan Rasa Kelapa, Jus Nenas, Jus Oren San Sirap Ros.

Harga:
RM10.00++ / RM12.00++

Ulasan:
Minuman yang sangat menyegarkan dan gabungan setiap buah tersebut betul-betul kena dengan selera Hans.


Buat anda yang terasa ingin mencuba hidangan-hidangan yang Hans telah makan di Golfer's Terrace ini sambil menikmati suasana mewah, pemandangan yang sangat cantik dengan harga yang sangat berpatutan ini maka silalah datang sendiri ke TPC Kuala Lumpur. In Sha Allah anda akan memperoleh satu pengalaman baru yang cukup indah dan tidak pernah anda bayangkan sebelum ini. Hans memang berasa gembira sangat sebab berpeluang makan disini. Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera.

Alamat:
TPC Kuala Lumpur,
10, Jalan 1/70D Off Jalan Bukit Kiara,
60000 Kuala Lumpur.

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 


22 ulasan:

  1. Tungler dapat makan banyak semua sedap dan menyelerakan lak tu hehehe tak ajak pun kita kempunan

    BalasPadam
  2. Pernah dtg TPC ni 2-3 kali, masakan dia mmg sedap... Nmpk menarik la dia punya Nyonya Laksa

    BalasPadam
  3. Yes their food memang sedap, i like the sambal udang petis and also their mee mamak.

    BalasPadam
  4. best, nampak menyelerakan. view pun cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sambil-sambil makan tengok padang golf yang kehijauan
      macam orang kaya pun ada rasanya masa tu
      hahaha

      Padam
  5. decoration cantik tiptop..harganya pon wow wow tapi mesti sedap kan..sekali sekala boleh la klo nak makan

    BalasPadam
  6. Wah hang masih rajin berblogging noh.

    BalasPadam
  7. meriah menu....dah luch hour plak tu....trus rasa nak g lunch...

    BalasPadam
  8. wahhh menariknya menu dia. tempting betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap-sedap belaka
      cubalah nanti

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com