Bufet Ramadan 2021 : Citarasa Kampung Pemikat Selera Di OKAD Event Space Bukit Jelutong

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam 


Dengan tema bufet Ramadan mereka kali ini "Citarasa Kampung Pemikat Selera", Hans yakin anda pasti teruja dengan 50 menu bufet Ramadan yang disedikan oleh mereka sepanjang Ramadan kali ini. Dibawah Hans kongsikan info-info penting berkaitan OKAD Event Space untuk rujukan anda semua:


CITARASA KAMPUNG PEMIKAT SELERA
OKAD EVENT SPACE 

Alamat:
No, 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor..

Tarikh:
18 April 2021 - 9 Mei 2021

Harga:
RM65 (Dewasa)
RM39 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Pakej Keluarga:
1. Beli 2 Dewasa Percuma 1 Kanak-Kanak (RM130)
2. Beli 9 Dewasa Percuma 1 Dewasa (RM585)

Pakej Korporat:
Beli 10 Meja Percuma 1 Meja & Diskaun 10% Untuk Pembelian Seterusnya

Whatsapps:
0126864515 (Cik Az)
0176503436 (Puan Majidah)
0127350117 (Puan Hamidah)

Facebook:

Instagram:



Untuk makluman semua, OKAD Event Space merupakan 'one stop center' buat pelanggan yang berminat untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulangtahun, majlis hari lahir dan pelbagai lagi. Menariknya, ini adalah pertama kali OKAD Event Space mengadakan prebiu bufet Ramadan serta majlis berbuka puasa khas untuk rakan-rakan media, keluarga OKAD dan para pelanggan yang terpilih.



Hans sendiri sangat tertarik dengan keindahan dekorasi dewan di OKAD Event Space yang bukan sahaja cantik tetapi kelihatan begitu ekslusif. Memang betul-betul sesuai jika anda berminat untuk mengadakan sebarang majlis di kawasan ini. Selain itu, Hans kagum dengan kepekaan mereka untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari segi susunan dan jarak setiap meja serta kebersihan yang diamalkan daripada setiap sudut. Memang rasa sangat selesa nak menjamu selera disini.



Hans sendiri berkesempatan berbuka puasa di OKAD Event Space dimana terdapat banyak menu menarik yang Hans telah cuba. Antara menu utama yang sememangnya wajib anda cuba seandainya berbuka puasa disini nanti ialah Nasi Serai Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga dan Lamb Grill yang sememangnya menjadi rebutan para pelanggan disebabkan rasanya yang cukup enak. Hans kongsikan antara menu-menu menarik yang ditawarkan sempena Citarasa Kampung Pemikat Selera di OKAD Event Space ini untuk tatapan anda semua.


LAMB GRILL

ANEKA MASAKAN AYAM
DAGING MASAK LEMAK CILI PADI CIK BUNGA
IKAN KELI BERLADO
LEMAK PUCUK UBI

MEE KARI

KUIH MUIH


Hans memang berpuas hati dapat berbuka puasa disini sambil ditemani alunan muzik yang cukup merdu bersama rakan-rakan mahu pun keluarga tersayang. Satu lagi perkara menarik yang Hans nak war-warkan disini ialah pihak OKAD Event Space turut menjual pelbagai biskut raya yang anda boleh beli disana untuk dibawa pulang ke rumah. Wajib cuba!



Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di OKAD Event Space pada bulan Ramadan 2021 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati hidangan-hidangan yang lazat bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di OKAD Event Space!


4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama