Selasa, 27 April 2021

Menangi Duit Raya Bersama Mushroom

Assalammualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan produk Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ yang dikeluarkan oleh syarikat QL Foods Sdn Bhd. Menariknya produk ini sangat mudah disediakan sekaligus sangat membantu suri rumah atau golongan bujang dalam menyediakan juadah berbuka puasa.


Syarikat pemprosesan hasil laut iaitu QL Foods Sdn Bhd dilihat sangat komited dalam menawarkan produk-produk yang mampu menepati cita rasa masyarakat Malaysia. Menariknya ialah sempena bulan Ramadan tahun ini, mereka juga tidak terkecuali untuk meraikannya bersama para pelanggan yang menggemari produk mereka dengan menu lazat untuk berbuka puasa iaitu Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’. Syarikat ini juga telah menampilkan 5 jenis Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ yang berbeza.


Kalau anda semua nak tahu, setiap produk Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ ini sebenarnya mempunyai cara masakan dan penyediaan yang berbeza. Ada yang perlu digoreng, dijadikan stimbot dan ada yang sesuai dijadikan oden atau pun sushi. Secara mudahnya, produk ini boleh dimasak dalam pelbagai keadaan mengikut citarasa anda sendiri.


Hans mengesyorkan buat anda yang menyukai kudapan yang rangup untuk mencuba Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ bersira pedas.


Manakala, jika anda menyukai menu masakan bertumis, Hans sarankan untuk cuba resipi ketam berlada dengan menggantikan ketam kepada Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’. Hans pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya yang lazat serta penyediaannya yang ringkas dan menjimatkan masa.


Pasti ramai di antara anda terutamanya buat pembaca yang beragama Islam ingin mengetahui tentang status halal produk Mushroom ini bukan? Anda tidak perlu risau kerana produk ini dijamin halal dan sentiasa berada di dalam kualiti yang terbaik. Ini kerana produk Mushroom ini telah mendapat pengiktirafan Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, produk ini juga turut mendapat Pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Syarikat QL Foods Sdn Bhd juga mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited untuk memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM. Oleh demikian, anda boleh menikmati produk Mushroom ini tanpa perlu rasa was-was lagi.


MENANG DUIT RAYA RM12,500 BERSAMA MUSHROOM

Berita baik buat para pembaca sekalian, syarikat QL Foods Sdn Bhd sedang menganjurkan peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Menggunakan Produk Mushroom’ sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan mereka sempena menyambut bulan Ramadan yang mulai ini.

Menariknya, syarikat ini telah menawarkan hadiah yang lumayan iaitu duit raya bernilai RM12,500 dalam bentuk pin tambah nilai Touch n’Go. Pemenang akan dipilih berdasarkan hidangan yang kreatif dan menarik.

Untuk menyertai peraduan ini dan memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan anda haruslah mendapatkan produk Mushroom di pasaraya berhampiran dengan anda. Anda juga perlu menghantar butiran lengkap beserta gambar di whatsapps 016-2800489Peraduan ini telah pun berlangsung pada 11 April yang lalu dan akan berakhir pada 16 Mei 2021.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Menggunakan Produk Mushroom’ ini, anda boleh layari laman Facebook mereka iaitu:

Laman Facebook:



26 ulasan:

  1. Oh yummsss i like their food, jap nak join contest ni mana tau ada rezekikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat join contest
      kalau menang best lah :)

      Padam
  2. Memang selalu guna brand nie. Hurm. Boleh la nak masuk contest tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh terbaik lah
      senang lah
      lepas masak boleh join contest terus
      hehehe

      Padam
  3. Kalau crab stick ni selalu buat steamboat layan . Hahaha .

    BalasPadam
  4. boleh join ni...mmg fav brand, selalu guna sbb semua produk dia kenyal tak byk tepung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      ada perasan juga ko selalu masak guna produk Mushroom
      apa lagi? join cepat

      Padam
  5. lumayan hadiah raya bagus cuba2 join contest

    BalasPadam
  6. Kalau sis suka buat Vietnam roll filamen ni.

    BalasPadam
  7. Jom join mana tahu boleh mng contest nanti hehe

    BalasPadam
  8. wahh produk ni bagus sangat untuk saya selaku orang bujang ni. haha senang je nak buat kan untuk berbuka. sambil tu boleh rebut peluang menang hadiah!

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com