Rabu, 14 April 2021

The Chicken Rice Shop Tawarkan Menu Ramadan Dan Syawal Terlazat: ‘Ayam Sedap Baq Hang’

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali menggembirakan Hans dan anda semua dengan hidangan baharu yang lazat iaitu 'Ayam Sedap Baq Hang' yang hanya akan disajikan pada masa yang terhad iaitu bermula 9 April hingga 13 Jun 2021.



Hans sememangnya sangat menikmati hidangan 'Ayam Sedap Baq Hang' yang menampilkan dua ketul ayam yang diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik serta dipanggang dengan cukup sempurna sebelum disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering yang membuatkan Hans gembira berbuka puasa dengan menu terbaru yang menarik ini. Hans berpendapat menu terbaru ini menampilkan rasa yang unik serta sos pedas masin yang sangat sesuai dimakan bersama dengan nasi. Paling penting saiz ayamnya memang besar. Jadi, Hans memang sangat berpuas hati dan betul-betul kenyang menikmati hidangan terbaru The Chicken Rice Shop ini.



Menurut June Song yang merupakan Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggan mereka pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa 'Ayam Sedap Baq Hang' yang dibuat khas untuk bulan Ramadan dan waktu perayaan ini, mereka yakin para pelanggan akan berkunjung ke The Chicken Rice Shop bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2021 ini.



Untuk makluman semua, hidangan 'Ayam Sedap Baq Hang' ini ditawarkan dengan tiga set yang berbeza dimana setiap set ini disertakan bersama nasi, Ayam Sedap Bak Hang, sup dan minuman Dino Choco Malt yang lazat. Macam Hans berbuka dengan rakan jadi memang terus pesan Meal B yang sesuai untuk dua orang makan. Memang meriah lah meja dengan pelbagai menu-menu sampingan yang lain seperti Nyonya Pie Tee, sayur Pak Choy dan sup bebola ikan. Senang cakap memang berbaloi cuba hidangan terbaru daripada The Chicken Rice Shop ini. 


Kalau rasa-rasa buntu tak tahu nak berbuka dimana hari ini atau tak tahu nak makan apa maka Hans sarankan anda semua untuk cuba hidangan 'Ayam Sedap Baq Hang' yang lazat ini. Memandangkan menu ini dijual pada masa yang terhad maka anda kena cepat-cepat lah berkunjung ke cawangan The Chicken Rice Shop yang terdekat untuk menikmati menu yang lazat ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti yang banyak, servis yang mantap dan rasa yang lazat akan membuatkan wang yang anda laburkan untuk berbuka puasa bersama dengan keluarga atau orang tersayang akan terasa cukup berbaloi. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!



Laman Sesawang The Chicken Rice Shop:

Facebook The Chicken Rice Shop:

Instagram The Chicken Rice Shop:

4 ulasan:

  1. rindu gila nak nak makan kat TCRS, lama betul tak singgah... lepas raya nanti kene jugak lah try bulan puasa memang payah nak buka kat luar

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. 2 ketul ayam...memang kenyang betul...hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com