Isnin, 31 Mei 2021

AQIQAH CENTRE: TAWARAN PAKEJ QURBAN DAN AQIQAH YANG BOLEH DIPERCAYAI

Isnin, Mei 31, 2021 38
Assalammualaikum dan salam Syawal buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penutupan penuh (lockdown) di seluruh Malaysia bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 bagi mengawal peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin menakutkan. Pada masa yang sama, ramai antara umat Islam yang berfikir tentang adakah tahun ini kita berpeluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama yang tersayang seperti mana pada tahun lepas? Paling penting adakah mereka yang mampu atau yang ingin melakukan ibadah Qurban serta Aqiqah boleh berbuat demikian pada tahun 2021 ini?

Hans sendiri masih ingat lagi pada tahun lepas dimana Hans pernah bertanya kepada keluarga tentang harga seekor kambing jika ingin melakukan ibadah korban di kampung halaman di Kedah. Seingat Hans harga bagi seekor kambing pada tahun lepas adalah sekitar RM900 hingga RM1000 mengikut kawasan. Memang kos harga untuk seekor haiwan ternakan semakin tinggi dari tahun ke tahun. Nak cari yang murah untuk buat amalan Qurban pula masalahnya apabila lokasinya jauh pula dari rumah. Lebih menyedihkan kadang-kadang haiwan ternakan yang ingin dikorbankan pula begitu kurus. Jadi, apabila melihat keadaan tahun 2021 ini dimana tiada tempat yang sesuai untuk melakukan ibadah Qurban ini maka Hans pun terfikir juga adakah tahun ini amalan Qurban ini bakal terhalang dek kerana penangan Covid-19?  


Waktu-waktu genting macam sekarang pula memang tidak boleh pulang ke kampung. Jadi, kalau nak laksanakan amalan Qurban di Kuala Lumpur ini lagi lah tak mampu sebab kos harga nak membeli seekor kambing untuk dikorbankan lagi tinggi. Belum lagi masalah lain yang berkaitan seperti lokasi yang sesuai untuk dijalankan amalan korban, tiada alat-alat sembelih yang bersesuaian serta masa nak mencari kambing itu sendiri memang tiada. Belum lagi memikirkan masalah lain seperti nak memasak dan menjamu sesiapa yang memerlukan. Buat sesiapa yang nak buat aqiqah untuk anak pun mungkin menghadapi masalah lain apabila si bayi kena demam kuning atau jaunice atau si ibu pula ada komplikasi lain selepas mengandung. Jadi, memang mencabar sebenarnya nak menjalankan amalan Qurban atau Aqiqah di Kuala Lumpur buat masa sekarang kerana bukan semua mampu menghadapi kos kenaikan haiwan sembelihan seperti kambing yang semakin meningkat.


Nak dijadikan cerita, Hans berkesempatan berbual tentang masalah ini bersama seorang rakan di tempat kerja. Rakan Hans pula memberi cadangan kenapa Hans tidak mencuba melakukan ibadah korban ini dengan pihak Aqiqah Centre sahaja. Hans pun apa lagi terus lah buat kajian tentang Aqiqah Centre ini. Rupa-rupanya Aqiqah Centre ini merupakan satu syarikat yang memang menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah sejak tahun 2014 lagi. Selidik punya selidik maka Hans membuat rumusan bahawa syarikat ini memang betul-betul boleh dipercayai kerana:


1) Bukan sekadar artis-artis terkenal sahaja yang menggunakan perkhidmatan Aqiqah Centre tetapi rakan-rakan lain yang Hans kenal terutama rakan blogger turut menggunakan khidmat mereka sudah bertahun-tahun. Banyak testimoni pelanggan yang kita boleh baca di laman sesawang Aqiqah Centre dimana komen positif serta penilaian tinggi yang diberi para pelanggan membuatkan Hans tidak perlu risau atau was-was untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Memang boleh dipercayai! 


2) Harga untuk seekor kambing sangat murah! Cuma RM499 sahaja untuk seekor kambing. Dua tiga kali juga Hans kelipkan mata sebab terkejut tengok. Murah sangat! Mana nak dapat dekat tempat lain kan? Senang cakap memang harga mampu milik lah untuk sesiapa yang berminat nak lakukan amalan Qurban atau Aqiqah melalui kaedah Qurban Kambing Online ini. Serius Hans rasa gembira betul tengok kos harga yang sangat tidak membebankan!


3) Apa yang membuatkan Hans sangat yakin dengan perkhidmatan Aqiqah Centre ini ialah mereka akan memberikan bukti sembelihan iaitu video beserta sebutan nama anak untuk sesiapa yang buat amalan Aqiqah. Untuk amalan Qurban pula tiada video disertakan disebabkan kesesakan apabila ibadah Qurban ini dilakukan di kota Mekah serta memang tidak dibenarkan oleh pihak penguatkuasa Saudi. Tetapi, jangan risau kerana segala urusan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui email, sms dan whatsapps selepas selesai aktiviti sembelihan. Gambar-gambar dan video sekitar suasana pusat penyembelihan juga turut akan dikongsikan kepada para pelanggan.


4) Hans juga melihat pihak Aqiqah Centre ini sudah menguruskan lebih daripada 21,000 sembelihan sejak tahun 2014 lagi. Banyak betul yer! Rupa-rupanya sudah hampir 7 tahun Aqiqah Centre ini beroperasi. Jadi, memang Hans sangat yakin untuk berurusan dengan pihak Aqiqah Centre ini. 


5) Paling penting segala urusan dilakukan 100 peratus di atas talian. Tidak perlu keluar rumah langsung dan semestinya hal ini secara tidak langsung juga kena dengan situasi sekarang dimana kita berjaya membantu mengekang wabak Covid-19 daripada terus merebak. Selain itu, setiap penyertaan akan menerima sijil premium ukiran kayu dan setiap pendaftar Qurban akan terima hadiah istimewa daripada pihak Aqiqah Centre. Memang menarik!


Paling Hans seronok ialah pihak Aqiqah Centre ini menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah ini di tanah suci kota Mekah. Ya Allah! Seronok betul bila Hans dengar sebab In Sha Allah kita akan beroleh keberkatan melakukan amalan suci ini di sana. Lebih menggembirakan apabila Hans juga dapat tahu daging-daging korban ini akan diagihkan kepada fakir-fakir miskin yang berada di sana dan turut akan diagihkan fakir-fakir miskin di 23 buah negara Islam lain melalui kaedah pengetinan. Seronok pula bila dapat tahu amalan korban kita lakukan ini sampai tepat kepada mereka-mereka yang sangat memerlukan di luar sana.


Jadi, marilah kita ambil kesempatan serta tawaran terbaik ini untuk mendaftar sekarang bagi menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah bersama pihak Aqiqah Centre. Hans kongsikan dibawah laman sesawang serta sosial media Aqiqah Centre untuk proses pendaftaran yang kini sudah dibuka buat anda yang berminat untuk melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah. Selamat beramal dan pastikan Covid-19 tidak menghalang kita semua untuk melakukan ibadah pada Hari Raya Aidiladha tahun 2021 ini. 

Rabu, 26 Mei 2021

Barisan 50 Juri All Together Now Malaysia

Rabu, Mei 26, 2021 6

All Together Now Malaysia merupakan sebuah program terbitan pihak Astro yang bakal muncul menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go dimana keunikan program ini terletak kepada jumlah juri serta bilangan peserta yang Hans boleh katakan sebagai terbesar setakat ini di dalam mana-mana program televisyen yang pernah diterbitkan sebelum ini. Terdapat 50 orang juri yang akan terlibat pada setiap episod untuk menilai dan memberi markah kepada para peserta yang bertanding. Siapakah 50 orang juri tersebut? 



1. Datuk AC Mizal (Kapten)

2. Zizan Razak'

3. Erra Fazira

.4 Tuju K-Clique

5. Mark Adam.

6. Khai Bahar

7. Syamel

8. Ernie Zakri

9. Siti Nordiana

10. Jaclyn Victor

11. Tabby Dolla

12. Angel Dolla

13. Noryn Aziz

14. Zizi Kirana

15. Linda Nanuwil

16. Andi Bernadee

17. Bob Yusof

18. Nana Mahazan

19. Shiha Zikir

20. Sissy Imann

21. Chubb-E

21. Mimi Fly

22. Aina Abdul

23. Ifa Raziah

24. Sarah Suhairi

25. Catriona Ross

26. Azzam Sham

27. Dafi Ismail

28. Ara Johari

29. Azira Syafinaz

30. Liza Hanim

31. Yusuf Bahrin

32. Joey Daud

33. Acong

35. Azfar Heri

36. Yaya Zahir

37. Kelly Azman

38. Jad Lobo

39. Harith Zazman

40. Kaka Azraff

41. Haniff Hamzah ERA

42. Falyq Hikyle SINAR

43. Ean HITZ

44. Suresh RAAGA

45. Alving Chong

46.Daniel Cheang

47. Vanessa Reynauld

48. Neeta Manisha

49. Thanuja

50. Kidd Santhe


Bermula 6 Jun 2021, All Together Now Malaysia dijadualkan bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria dan Astro Go pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malamProgram ini menampilkan Sherry Alhadad sebagai hos serta Dato' AC Mizal sebagai Kapten Juri. Manakala 49 juri yang lain masih menjadi rahsia buat para penonton di Malaysia.

Program realiti popular ‘All Together Now’ ini berasal dari United Kingdom dan telah mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan penonton disana sehingga format program tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain seperti Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Perancis dan banyak lagi.

All Together Now Malaysia masih mengekalkan format asal program tersebut cuma seperti biasa terdapat pengisian elemen tempatan yang akan disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

#AllTogetherNowMY #AllTogetherNow #BersatuDenganLagu


Sabtu, 15 Mei 2021

LamboPlace Tawarkan Pelbagai Promosi Dan Diskaun Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sabtu, Mei 15, 2021 34
Assalammualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Walaupun kita semua semua masih tidak dibenarkan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini gara-gara Covid-19, Hans tetap nak merasai suasana hari raya tersebut di Kuala Lumpur. Jadi, seperti biasa seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma memang Hans sangat sibuk mengemas dan membersihkan seluruh bahagian rumah serta bilik tidur.


Nak dijadikan cerita, Hans menghadapi sedikit masalah untuk mencuci dan membersihkan kipas siling sebab di rumah sewa ini tidak mempunyai tangga. Jadi, Hans pun saja cuba cari tangga yang harga murah-murah sikit di Google. Mana tahu kalau ada orang jual kan. Tiba-tiba Hans terjumpa sebuah laman sesawang yang bernama LamboPlace.

APAKAH LAMBOPLACE?

Untuk makluman semua, LamboPlace merupakan sebuah pasaran e-dagang baharu di Malaysia dimana mereka hanya menjual produk-produk yang asli dan tulen sahaja. Tiada istilah Copy Ori, Gred 3A, tiruan atau barang ciplak kerana ianya sama sekali tidak dijual disini. Jadi, Hans merasakan LamboPlace sememangnya sebuah platfrom membeli-belah secara online yang menarik untuk dicuba.


BARANG APA YANG DIJUAL DI LAMBOPLACE?

Hans pun klik laman sesawang mereka untuk tengok barang apa yang dijual di LamboPlace ini. Rupa-rupanya pelbagai barang yang Hans cari pasti ada dijual oleh LamboPlace. Setiap barang ini diletakkan di dalam pelbagai kategori seperti dibawah:
🛒 Hamper & Hadiah
🛒 Fesyen & Kecantikan
🛒 Home & Living
🛒 Gadget
🛒 Produk Elektrik & Elektronik
🛒 Flash Deals bawah RM30
🛒 Dan banyak lagi...


MURAH SANGAT KER HARGA BARANG YANG DIJUAL DI LAMBOPLACE?

Memang macam-macam benda lah Hans beli sebab LamboPlace bukan sahaja menawarkan kepelbagaian produk yang penting tetapi mereka juga menawarkan harga barang yang cukup berpatutan melalui promosi diskaun yang cukup menarik! Hans sangat tertarik dengan promosi harga tangga yang cukup ekslusif dan berkualiti di Lamboplace. Harga asal sekitar RM200 lebih tetapi Lamboplace hanya menjual dengan harga RM112 sahaja. Memang Hans tak fikir panjang dan terus belilah jawabnya! Banyak lagi barang yang Hans beli di Lamboplace ini seperti:
1) Tangga
2) Faber Rice Cooker
3) Mop
4) Toothpaste Dispenser
5) Mochi Durian


BERAPA CAS PENGHANTARAN OLEH LAMBOPLACE?

Penghantaran barang daripada kurier LamboPlace pun sangat pantas kerana mereka mempunyai kurier sendiri. Kos penghantaran di kawasan bandar sangat murah iaitu sekitar RM2 sahaja. Lebih menarik jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, barang yang anda beli pada hari ini bakal anda terima pada hari sama. Sangat efisyen dan pantas!


ADA APA-APA PROMOSI DAN TAWARAN HADIAH DARIPADA LAMBOPLACE?

Apa yang membuatkan Hans berasa lebih gembira kerana ada hadiah DUIT RAYA RM9999 yang bakal diberikan oleh LamboPlace kepada para pelanggan mereka yang bertuah. Memang bersemangat lah Hans membeli-belah dekat sini. Selain itu, ada berita baik buat anda semua kerana waktu sekarang sedang berlangsung JOM RAYA! AFTER PARTY SALE yang menawarkan baucar dan promosi yang sangat menarik. 


Jadi, Hans kongsikan dibawah pautan untuk anda membeli-belah di LamboPlace. Jangan risau kerana memang sangat mudah, selamat dan selesa membeli-belah di LamboPlace.

KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MEMBELI-BELAH DI LAMBOPLACE:

#LamboPlace   #RayaBersamaLambo   #Lambokini


Rabu, 5 Mei 2021

All Together Now Malaysia

Rabu, Mei 05, 2021 20

Assalammualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau anda semua nak tahu, Hans adalah salah seorang krew produksi yang terlibat di dalam sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian popular yang diadaptasi daripada format antarabangsa berjudul All Together Now Malaysia.


All Together Now Malaysia merupakan sebuah program terbitan pihak Astro yang bakal muncul menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go dimana keunikan program ini terletak kepada jumlah juri serta bilangan peserta yang Hans boleh katakan sebagai terbesar setakat ini di dalam mana-mana program televisyen yang pernah diterbitkan sebelum ini. Terdapat 50 orang juri yang akan terlibat pada setiap episod untuk menilai dan memberi markah kepada para peserta yang bertanding.


BERMULA PADA 6 JUN 2021

Bermula 6 Jun 2021, All Together Now Malaysia dijadualkan bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria dan Astro Go pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malamProgram ini menampilkan Sherry Alhadad sebagai hos serta Dato' AC Mizal sebagai Kapten Juri. Manakala 49 juri yang lain masih menjadi rahsia buat para penonton di Malaysia.

Program realiti popular ‘All Together Now’ ini berasal dari United Kingdom dan telah mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan penonton disana sehingga format program tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain seperti Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Perancis dan banyak lagi.

All Together Now Malaysia masih mengekalkan format asal program tersebut cuma seperti biasa terdapat pengisian elemen tempatan yang akan disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

UJIBAKAT ALL TOGETHER NOW MALAYSIA MUSIM KEDUA

Untuk anda yang berminat, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur. Calon peserta juga mempunyai pilihan untuk menyertai program ini secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Untuk menyertai sesi uji bakat ‘All Together Now Malaysia’ musim yang kedua, calon peserta perlu menyediakan rakaman video nyanyian lagu penuh mengikut kreativiti masing-masing. Calon peserta juga diberi kebebasan untuk memilih lagu dan jenis bahasa yang ingin dipersembahkan.

#AllTogetherNowMY   #AllTogetherNow   #BersatuDenganLagu