All Together Now Malaysia

Assalammualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau anda semua nak tahu, Hans adalah salah seorang krew produksi yang terlibat di dalam sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian popular yang diadaptasi daripada format antarabangsa berjudul All Together Now Malaysia.


All Together Now Malaysia merupakan sebuah program terbitan pihak Astro yang bakal muncul menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go dimana keunikan program ini terletak kepada jumlah juri serta bilangan peserta yang Hans boleh katakan sebagai terbesar setakat ini di dalam mana-mana program televisyen yang pernah diterbitkan sebelum ini. Terdapat 50 orang juri yang akan terlibat pada setiap episod untuk menilai dan memberi markah kepada para peserta yang bertanding.


BERMULA PADA 6 JUN 2021

Bermula 6 Jun 2021, All Together Now Malaysia dijadualkan bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria dan Astro Go pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malamProgram ini menampilkan Sherry Alhadad sebagai hos serta Dato' AC Mizal sebagai Kapten Juri. Manakala 49 juri yang lain masih menjadi rahsia buat para penonton di Malaysia.

Program realiti popular ‘All Together Now’ ini berasal dari United Kingdom dan telah mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan penonton disana sehingga format program tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain seperti Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Perancis dan banyak lagi.

All Together Now Malaysia masih mengekalkan format asal program tersebut cuma seperti biasa terdapat pengisian elemen tempatan yang akan disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

UJIBAKAT ALL TOGETHER NOW MALAYSIA MUSIM KEDUA

Untuk anda yang berminat, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur. Calon peserta juga mempunyai pilihan untuk menyertai program ini secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Untuk menyertai sesi uji bakat ‘All Together Now Malaysia’ musim yang kedua, calon peserta perlu menyediakan rakaman video nyanyian lagu penuh mengikut kreativiti masing-masing. Calon peserta juga diberi kebebasan untuk memilih lagu dan jenis bahasa yang ingin dipersembahkan.

#AllTogetherNowMY   #AllTogetherNow   #BersatuDenganLagu



20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wow program hiburan terbaik tu mesti ramai yg berminat sertainya

    BalasPadam
  2. tak pernah dengar pun game nih... nanti nak google lah macamne rupanya

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, semoga d mudahkan ya. amin

    BalasPadam
  4. Nak tahu jugakk.. nk hantar nyanyian tu kat platform mana.. ada syarat2 ke

    BalasPadam
  5. ABANG NAMA SAYA THURGA A/P CHANDR SEKARAN..SAYA NAK SERTAI CONTEST INI...PLS ABANG .SAYA PENYANYI TERBAIK.PLS ABANG TOLONG SERTAIKAN SAYA!!

    BalasPadam
  6. Hii, abang..I would like to join this contest..Can I know how to join this..Thank you

    BalasPadam
  7. Hi bang saya nak join, dah dm ig bang. Boleh tak beritahu macam mana nak register??

    BalasPadam
  8. Salam..akak email nyanyian akak
    .umur akak 40lebih dah..huhu

    BalasPadam
  9. Salam.. hi boleh sy tahu all together now malaysia musim kedua ni bila tarikh penyiarannya?

    BalasPadam
  10. sy taknak jadi peserta tetapi sy nak mohon jadi antara juri..macam mana..?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum abang ..sya pun brminat utk sertai contest ni abang ..hrap dpt tlg sya cara² utk sertai dn bagaimana video pendaftaran yg diterima oleh pihak astro ..jasa baik abang amt sya hargai dn jutaan terima kasih sya ucapkan

    BalasPadam
  12. Video utk audition tu kena brp minit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama