Isnin, 31 Mei 2021

AQIQAH CENTRE: TAWARAN PAKEJ QURBAN DAN AQIQAH YANG BOLEH DIPERCAYAI

Assalammualaikum dan salam Syawal buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penutupan penuh (lockdown) di seluruh Malaysia bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 bagi mengawal peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin menakutkan. Pada masa yang sama, ramai antara umat Islam yang berfikir tentang adakah tahun ini kita berpeluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama yang tersayang seperti mana pada tahun lepas? Paling penting adakah mereka yang mampu atau yang ingin melakukan ibadah Qurban serta Aqiqah boleh berbuat demikian pada tahun 2021 ini?

Hans sendiri masih ingat lagi pada tahun lepas dimana Hans pernah bertanya kepada keluarga tentang harga seekor kambing jika ingin melakukan ibadah korban di kampung halaman di Kedah. Seingat Hans harga bagi seekor kambing pada tahun lepas adalah sekitar RM900 hingga RM1000 mengikut kawasan. Memang kos harga untuk seekor haiwan ternakan semakin tinggi dari tahun ke tahun. Nak cari yang murah untuk buat amalan Qurban pula masalahnya apabila lokasinya jauh pula dari rumah. Lebih menyedihkan kadang-kadang haiwan ternakan yang ingin dikorbankan pula begitu kurus. Jadi, apabila melihat keadaan tahun 2021 ini dimana tiada tempat yang sesuai untuk melakukan ibadah Qurban ini maka Hans pun terfikir juga adakah tahun ini amalan Qurban ini bakal terhalang dek kerana penangan Covid-19?  


Waktu-waktu genting macam sekarang pula memang tidak boleh pulang ke kampung. Jadi, kalau nak laksanakan amalan Qurban di Kuala Lumpur ini lagi lah tak mampu sebab kos harga nak membeli seekor kambing untuk dikorbankan lagi tinggi. Belum lagi masalah lain yang berkaitan seperti lokasi yang sesuai untuk dijalankan amalan korban, tiada alat-alat sembelih yang bersesuaian serta masa nak mencari kambing itu sendiri memang tiada. Belum lagi memikirkan masalah lain seperti nak memasak dan menjamu sesiapa yang memerlukan. Buat sesiapa yang nak buat aqiqah untuk anak pun mungkin menghadapi masalah lain apabila si bayi kena demam kuning atau jaunice atau si ibu pula ada komplikasi lain selepas mengandung. Jadi, memang mencabar sebenarnya nak menjalankan amalan Qurban atau Aqiqah di Kuala Lumpur buat masa sekarang kerana bukan semua mampu menghadapi kos kenaikan haiwan sembelihan seperti kambing yang semakin meningkat.


Nak dijadikan cerita, Hans berkesempatan berbual tentang masalah ini bersama seorang rakan di tempat kerja. Rakan Hans pula memberi cadangan kenapa Hans tidak mencuba melakukan ibadah korban ini dengan pihak Aqiqah Centre sahaja. Hans pun apa lagi terus lah buat kajian tentang Aqiqah Centre ini. Rupa-rupanya Aqiqah Centre ini merupakan satu syarikat yang memang menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah sejak tahun 2014 lagi. Selidik punya selidik maka Hans membuat rumusan bahawa syarikat ini memang betul-betul boleh dipercayai kerana:


1) Bukan sekadar artis-artis terkenal sahaja yang menggunakan perkhidmatan Aqiqah Centre tetapi rakan-rakan lain yang Hans kenal terutama rakan blogger turut menggunakan khidmat mereka sudah bertahun-tahun. Banyak testimoni pelanggan yang kita boleh baca di laman sesawang Aqiqah Centre dimana komen positif serta penilaian tinggi yang diberi para pelanggan membuatkan Hans tidak perlu risau atau was-was untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Memang boleh dipercayai! 


2) Harga untuk seekor kambing sangat murah! Cuma RM499 sahaja untuk seekor kambing. Dua tiga kali juga Hans kelipkan mata sebab terkejut tengok. Murah sangat! Mana nak dapat dekat tempat lain kan? Senang cakap memang harga mampu milik lah untuk sesiapa yang berminat nak lakukan amalan Qurban atau Aqiqah melalui kaedah Qurban Kambing Online ini. Serius Hans rasa gembira betul tengok kos harga yang sangat tidak membebankan!


3) Apa yang membuatkan Hans sangat yakin dengan perkhidmatan Aqiqah Centre ini ialah mereka akan memberikan bukti sembelihan iaitu video beserta sebutan nama anak untuk sesiapa yang buat amalan Aqiqah. Untuk amalan Qurban pula tiada video disertakan disebabkan kesesakan apabila ibadah Qurban ini dilakukan di kota Mekah serta memang tidak dibenarkan oleh pihak penguatkuasa Saudi. Tetapi, jangan risau kerana segala urusan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui email, sms dan whatsapps selepas selesai aktiviti sembelihan. Gambar-gambar dan video sekitar suasana pusat penyembelihan juga turut akan dikongsikan kepada para pelanggan.


4) Hans juga melihat pihak Aqiqah Centre ini sudah menguruskan lebih daripada 21,000 sembelihan sejak tahun 2014 lagi. Banyak betul yer! Rupa-rupanya sudah hampir 7 tahun Aqiqah Centre ini beroperasi. Jadi, memang Hans sangat yakin untuk berurusan dengan pihak Aqiqah Centre ini. 


5) Paling penting segala urusan dilakukan 100 peratus di atas talian. Tidak perlu keluar rumah langsung dan semestinya hal ini secara tidak langsung juga kena dengan situasi sekarang dimana kita berjaya membantu mengekang wabak Covid-19 daripada terus merebak. Selain itu, setiap penyertaan akan menerima sijil premium ukiran kayu dan setiap pendaftar Qurban akan terima hadiah istimewa daripada pihak Aqiqah Centre. Memang menarik!


Paling Hans seronok ialah pihak Aqiqah Centre ini menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah ini di tanah suci kota Mekah. Ya Allah! Seronok betul bila Hans dengar sebab In Sha Allah kita akan beroleh keberkatan melakukan amalan suci ini di sana. Lebih menggembirakan apabila Hans juga dapat tahu daging-daging korban ini akan diagihkan kepada fakir-fakir miskin yang berada di sana dan turut akan diagihkan fakir-fakir miskin di 23 buah negara Islam lain melalui kaedah pengetinan. Seronok pula bila dapat tahu amalan korban kita lakukan ini sampai tepat kepada mereka-mereka yang sangat memerlukan di luar sana.


Jadi, marilah kita ambil kesempatan serta tawaran terbaik ini untuk mendaftar sekarang bagi menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah bersama pihak Aqiqah Centre. Hans kongsikan dibawah laman sesawang serta sosial media Aqiqah Centre untuk proses pendaftaran yang kini sudah dibuka buat anda yang berminat untuk melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah. Selamat beramal dan pastikan Covid-19 tidak menghalang kita semua untuk melakukan ibadah pada Hari Raya Aidiladha tahun 2021 ini. 

38 ulasan:

  1. Tahun ni kena buat Qurban dan Akikah luar negara senang sebab kita tak boleh berkumpulkan.. bagus juga ada service mcm ni kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      senang nak buat qurban dan aqiqah lepas nih
      harga pun murah :)

      Padam
  2. Mudah nak buat aqiqah bila ada service camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul-betul
      setuju sangat
      harga pun murah

      Padam
  3. nampak berbaloi harganya. dulu aqiqah kan anak guna service lain, next time maybe boleh try ni utk another occasion

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      boleh guna servis Aqiqah Centre pula
      mesti puas hati :)

      Padam
  4. boleh guna servis ni next time

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      Hans pun nak guna
      murah, mudah dan boleh dipercayai

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian . Boleh save tuk survey harga siap2 . Senang nanti

    BalasPadam
  6. Lagi jimat dan mudah ye...insyaAllah ada juga plan. Kenape ye tak terfikir benda ni ye.
    .......
    Jom layari filem10minit.blogspot.com filem seram pendek

    BalasPadam
  7. Senang proses atas talian Semuanya.. plg penting trusted

    BalasPadam
  8. Thanks for the info, i will share it with my Muslims friends

    BalasPadam
  9. Bagus ada service macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      boleh nak buat qurban ke aqiqah tahun nih kan

      Padam
  10. Senang guna servis macam ni kan. Lagi2 masa pandemik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      puas hati sebab memudahkan dan harga pun murah sangat

      Padam
  11. info bermanfaat.. tq for sharing ya

    BalasPadam
  12. Ramai share pasl aqiqah centre ni. Tertarik tengok.. Harga pun berlatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      senang nak buat amal ibadah waktu covid-19 nih

      Padam
  13. Alhamdulillah murah dan trusted...

    BalasPadam
  14. Wah. terima kasih share info ni... bagus ada service mcm ni. semoga bermanfaat kepada semua yang sedang mencari tempat n cara aqiqah dgn mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      harap dapat membantu mereka-mereka yang nak buat qurban dan aqiqah :)

      Padam
  15. Mudah dan senang kalau kita nak buat akikah

    BalasPadam
  16. mudah berurusan utk ibadah kurban tu

    BalasPadam
  17. Istimewa buat di Makkah. Sebelum ini keluarga saya buat korban di Kemboja.

    BalasPadam
  18. musim pandemik ni, mmg lebih baik buat qurban secara online macam ni...yg penting best sbb buat dekat Mekah kan!

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com