Selasa, 22 Jun 2021

5 Sebab Anda Wajib Beli Mentai Daripada Mentai Ou

Selasa, Jun 22, 2021 98

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang menu-menu yang menarik dan lazat daripada Mentai Ou yang menawarkan hidangan Jepun yang cukup unik iaitu Mentai. Buat para pembaca sekali yang mungkin pertama kali mendengar nama hidangan ini, perkataan Mentai ini asalnya ialah 'Mentaiko' yang membawa maksud telur ikan yang diperap dengan rempah ratus untuk mencapai rasa yang sedikit pedas. Antara bahan-bahan yang digunakan seperti sos cili, minyak ikan, telur ikan, mayonis dan beberapa bahan istimewa lain. Namun, perubahan latar membuatkan makanan bernama Mentai ini berevolusi kepada pelbagai jenis mengikut selera masyarakat dunia kini.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Hans menikmati hidangan Mentai yang dijual oleh pihak Mentai Ou ini dimana Hans merasakan kelazatan menu-menu yang dijual oleh pihak mereka ini perlu diwar-warkan dan diberitahu kepada semua pembaca blog Hans serta peminat hidangan Mentai ini untuk anda semua cuba. Serius anda akan rasa sangat berbaloi untuk beli dan rasainya sendiri bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda. Terdapat 7 jenis Mentai serta 6 jenis Cookie Bars yang dijual oleh Mentai Ou iaitu:

7 JENIS MENTAI

1) Samon Mentai Ou (Salmon)

2) Gyudon Mentai Ou (Daging)

3) ChiKatsu Mentai Ou (Ayam)

4) Chuka Mentai Ou (Baby Size Octopus)

5) Sakusaku Mentai Ou (Kulit Ikan Salmon)

6) Gyoza Mentai Ou (Dumpling Ayam)

7) Kurimu Pasta (Creamy Pasta)


6 JENIS COOKI BARS

1) Fun Mix Cookie Bars

2) Nuts Cookie Bars

3) Caramello Cookie Bars

4) Choc Chip Cookie Bars

5) Cream Cheese Cookie Bars

6) Peanut Butter Cookie Bars

Hans sebenarnya sangat berpuas hati dengan cara penyediaan, pembungkusan dan penghantaran yang dilakukan oleh Mentai Ou. Penyediaan yang teliti di dalam menghasilkan Mentai. Walaupun ini merupakan kali kedua Hans membeli dan menikmati makanan yang dijual mereka namun kualitinya tetap dijaga dan rasa juga kekal lazat seperti mana sewaktu pengalaman pertama Hans menikmati menu yang dipanggil Mentai ini.


Jadi, Hans kongsikan 5 sebab yang membuatkan Hans jatuh cinta dengan menu-menu Mentai Daripada Mentai Ou dan Kenapa Anda Wajib Beli Mentai Daripada Mentai Ou ini iaitu:

1. Rasa Mentai yang dihasilkan dan dijual oleh Mentai Ou memang sedap, lazat dan buat Hans jatuh cinta dengan menu Jepun ini. Setiap suapan cukup mengasyikkan dan membuatkan kerinduan Hans kepada hidangan Jepun terubat setelah menikmati hidangan ini. 

2. Kuantiti makanan yang memang banyak. Berbaloi dengan harga yang dijual dimana kalau anda makan satu bekas Mentai ini dan In Sha Allah boleh kenyang dalam jangka waktu yang sangat lama. Serius puas hati! 

3. Produk Mentai yang dijual menggunakan bahan-bahan yang cukup berkualiti dan segar. Hans sendiri cukup menyukai Samon Mentai Ou dan Chuka Mentai Ou dimana rasa isi ikan Salmon serta Baby Octopus yang cukup segar dan kenyal betul-betul membangkitkan selera Hans untuk menjamah hidangan Mentai ini dengan cukup bersemangat.

4. Pilihan produk Mentai yang pelbagai dimana setiap mentai mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Senang cakap memang tak jemu atau muak kalau nak makan selalu!

5. Pembungkusan yang cukup kemas dan menarik. Paling penting cara pembungkusan ini membantu anda untuk memanaskan Mentai dengan mudah di dalam ketuhar mahu pun air fryer sewaktu anda ingin menjamahnya secara panas-panas.


Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan produk-produk Mentai daripada Mentai Ou. Hans yakin anda pasti tidak akan akan menyesal kerana setiap produk Mentai mereka sedap-sedap belaka dan mempunyai rasa yang cukup unik. 


Dibawah Hans kongsikan info dan laman sosial sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian. Selamat menjamu selera!


❤️SYARIKAT:
Mentai OU

🛣️LOKASI:
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

PRODUK:
Mentai & Cookie Bars

WAKTU OPERASI & PENGHANTARAN:
Slot Tengahari (12pm-2pm)
Slot Petang (5pm-7pm)
.
🛵PENGHANTARAN:
Lalamove

PROMOSI:
Jarak 15KM: Beli 5 Dan Ke Atas (Penghantaran Percuma)
Jarak Lebih 15KM: Beli 5 Dan Ke Atas (Diskaun 50% Kos Penghantaran)
.
📞WHATSAPPS:

Instagram:

Facebook:


Jumaat, 4 Jun 2021

KITSUI Review Perbezaan Antara Produk Whitenin BB & Vitamin C+ Shine

Jumaat, Jun 04, 2021 10

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans pasti ramai di kalangan kita semua termasuk Hans sendiri amat menitik beratkan penampilan dan kesihatan kulit wajah supaya sentiasa kekal segar, sihat dan tidak tampak kusam. Jadi, memang ramai yang mencuba pelbagai jenis produk makanan tambahan untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Namun,ada sesetengahnya yang memberi kesan yang buruk kepada pengguna kerana kandungan bahannya yang tidak selamat.


Jadi, Hans sememangnya memilih produk kesihatan Kitsui yang merupakan makanan tambahan dimana ianya sememangnya diyakini selamat kerana produk mereka tidak mempunyai bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik ataupun sebarang bahan yang merbahaya dan boleh mengganggu hormon serta kesihatan badan. Paling penting setiap produk Kitsui adalah HALAL serta telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal sehingga mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardian yg terkemuka di Malaysia. Jenama Kitsui juga memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang membuatkan Hans memang yakin untuk menggunakan produk Kitsui ini.


Memandangkan tuntutan kerja Hans yang sibuk menyebabkan waktu makan Hans kadang-kadang tidak menentu. Paling menyedihkan sebab Hans sangat jarang dapat makan sayur dan buah-buahan secukupnya setiap hari. Hans perasan juga yang Hans ada masalah kulit kering, kasar, berjerawat, sakit gusi dan cepat letih sekarang. Apabila semak dengan yang pakar maka Hans boleh rumuskan bahawa pengambilan vitamin C Hans setiap hari tidak mencukupi. Jadi, Hans mengambil keputusan untuk mencuba dua produk dari Kitsui iaitu Kitsui Vita C+ Shine dan Kitsui Whitenin BB untuk menghentikan masalah ini.

PERBEZAAN ANTARA PRODUK KITSUI VITAMIN C+ SHINE DAN KITSUI WHITENIN BB

Kitsui Vita C+ Shine:
1) Khas untuk imuniti badan.
2) Meningkatkan sistem imuniti badan yang lebih kuat.

Kitsui Whitenin BB:
1) Khas untuk kulit.
2) Membantu mengurangkan muka berminyak, mengecilkan pori pori besar,encerahkan kulit wajah dan melicinkan kulit wajah.


KITSUI VITA C+ SHINE

Kitsui Vita C+ Shine ini dirumus khas dengan gabungan 6 buah-buahan yang mengandungi Vitamin C (1000mg) semulajadi yang tinggi berserta dengan Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B12, Vitamin B2 dan Vitamin B6. Dibawah adalah pecahan Vitamin untuk makluman semua:

i) Ascorbic acid 100mg
ii) Pomegranate 200mg
iii) Kiwi 150mg
iv) Orange 100mg
v) Nenas 150mg
vi) Mango 150mg
vii) Lemon 150mg
TOTAL = 1000mg (Vitamin C)


MANFAAT KITSUI VITA C+ SHINE

Sejak Hans mencuba Kitsui Vita C+ Shine ni, Hans dapat merasakan banyak perubahan yang positif hasil daripada kandungan buahan-buahan yang terdapat di dalam produk ini seperti:

1) Sistem imuniti badan menjadi lebih kuat dimana Hans merasai perbezaan tubuh badan yang lebih cergas dan tidak lesu seperti sebelum ini.

2) Ianya juga membantu penglihatan menjadi lebih baik dan membuatkan kulit kelihatan lebih cantik dan segar.

3) Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam produk ini juga melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

4) Melindungi kulit dan melawan radikal bebas serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.

5) Sangat membantu Hans dari sudut kesihatan mulut dan dan gusi dimana keadaan gusi Hans yang sebelum ini selalu berdarah semakin baik dan sihat. 


CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan untuk minum pun sangat senang sebab ianya sudah disediakan melalui paket. Anda hanya perlu:

1) Campurkan 1 paket Vita C+ Shine ke dalam 150ml air suam.

2) Goncangkan serbuk Vita C+ Shine sehingga larut di dalam air.

3) Kemudian boleh terus diminum. Rasanya tidak masam dan sesuai diminum seisi keluarga yang berusia 12 tahun dan ke atas.

4) Banyakkan minum air sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.


TESTIMONI PENGGUNA


Jadi, Hans kongsikan serba sedikit tentang testimoni para pengguna yang telah mengamalkan Kitsui Vitamin C+ Shine ini:

1) “Best sangat lah kitsui vita c shine! Selalu saya minum jenama vitamin c yang lain saya selalu berasa sakit kepala tetapi sekarang dengan kitsui vitamin c shine saya memang rasa lebih kuat! Senang pun nak dapat kitsui di watsons , Alhamdulillah Thank you kitsui! “.

2) “Saya membeli kitsui kat Watson…. harga dan kualiti kitsui memang terbaik berbanding vitamin c lain di luar sana dan rasanya juga best! tidak seperti jenama lain di mana rasanya terlalu manis kuat“

3) “Saya dah minum kitsui selama 3 tahun dan akhirnya kitsui memang produk paling best la ! saya suka minum whitenin bb dan vita c untuk mendapatkan hasil terbaik dan juga rasanya paling best “

4) “Saya dan keluarga saya consume kitsui vita c kerana kualitinya sangat bagus dan rasanya cukup sedap! Thank you kitsui!“

5) "Thank you kitsui sebab keluarkan product yg mampu milik utk surirumah tangga yg meniaga kecil2an ni. Harga murah dan berkesan utk I. Happy sgt dpt badan yang lebih sihat dari product yang selamat ini. Thank you!"


KITSUI WHITENIN BB

Kitsui Whitenin BB pula sangat sesuai untuk mereka yang ada alahan kolagen. Ianya dapat membantu mengurangkan muka berminyak, mengecilkan pori pori besar, mencerahkan kulit wajah dan melicinkan kulit wajah. Diformulasikan khas daripada ramuan semula jadi seperti berries, acellora, biji anggur dan orange dengan saiz pembungkusan sebanyak 15 sachet x 10gm.

MANFAAT KITSUI WHITENIN BB

1) Menyinarkan & memutihkan seluruh wajah dan badan..

2) Mencegah pembentukan bintik hitam & bintik putih.

3) Mengawal lebihan minyak berlebihan pada wajah.

4) Mengecilkan liang pori pada wajah dan juga pada bahagian hidung.

5) Meningkatkan kecerahan kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu.


CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan untuk minum pun sangat senang sebab ianya sudah disediakan melalui paket. Anda hanya perlu:

1) Campurkan 1 paket Whitenin BB ke dalam 150ml air suam.

2) Goncangkan serbuk Whitenin BB sehingga larut di dalam air.

3) Kemudian boleh terus diminum. 

4) Banyakkan minum air sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.


TESTIMONI PENGGUNA


Jadi, Hans kongsikan serba sedikit tentang testimoni para pengguna yang telah mengamalkan Kitsui Whitenin BB ini:

1) “Produk kitsui whitenin bb amatla bgus untuk wajah2 yg gelap dan tidak berkeyakinan jerawat yang lama2 dah semakin pudar..jerawat pun dah tak naik lagi.saya sangat puashati!!kawan2 saya pun dah mula amik produk kitsui selepas tgok kesan yang baik pada saya..tq sangat kitsui saya sangat yakin dengan produk anda..dengan kelulusan kkm dan 100% selamat di gunakan..jom semua gunala produk kuitsui memang terbaik dan bukan kaleng2 tau…“.

2) “Saya consume kitsui whintien bb kerana yakin dengan kualiti produknya. Penggunaan bahan organik dan semulajadi menjadikannya pilihan hati semua. Selain itu, pilihan produk yang pelbagai dengan tawaran harga yang amat menarik. Ia juga mudah didapati di Watsons dan Guardian“.

3) “Alhamdulillah niat yangg murni. . Produk kitsui sangat saya percayai cepat berkesan.dan terbaik.. dah 3 bln saya try produk kitsui ni kulit saya lebih flewless sblm ni wajah saya byk tompok2 hitam dan kusam sekarang alhamdulillah ramai yang tegur kulit saya nampak lain dan lebih berseri.. terima kasih @kitsuibeauty“
.


Buat anda yang ingin mendapatkan produk Kitsui ini, anda boleh ke farmasi Watson dan Guardian berdekatan anda ataupun membeli secara online.

LAMAN MEDIA SOSIAL RASMI KITSUI

Instagram:

Facebook:

Tik Tok:

Youtube :




Rabu, 2 Jun 2021

Perbezaan Emas 916 Dan Emas 999

Rabu, Jun 02, 2021 8

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jangan pelik kalau anda semua baca tentang emas di blog ini kerana Hans sememangnya minat membeli emas sejak mula bekerja lagi. Cuma sewaktu dahulu Hans lebih terdedah kepada emas perhiasan atau emas 916 dimana Hans mendapat makluman bahawa bagus untuk menyimpan emas ini sebagai satu aset dalam jangka waktu yang lama. Memang betul emas 916 ini juga memberi pulangan sewaktu harga emas lebih tinggi berbanding pada harga awal yang Hans beli namun apabila Hans dikenalkan dengan syarikat menjual emas iaitu Public Gold oleh seorang rakan telah membuatkan Hans semakin celik tentang emas. Sebenarnya, emas ini mempunyai gred-gred tertentu untuk membezakan jumlah emas yang ada di dalam satu-satu item. Di Malaysia terdapat dua gred emas yang sangat popular di kalangan orang awam iaitu Emas 916 dan Emas 999Apakah perbezaan antara Emas 916 dan Emas 999 ini? 



Emas 916 seperti yang Hans nyatakan sebentar tadi ialah emas perhiasan dimana ianya terdiri daripada gelang, rantai, cincin dan anting-anting di kedai-kedai emas seperti yang anda beli di Habib, Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya. Emas 916 sememangnya dipakai oleh golongan wanita sebagai perhiasan diri. Angka 916 ini bermaksud 91.6 peratus emas berada di dalam barang kemas tersebut dan selebihnya ialah logam-logam lain untuk memastikan barang kemas cantik untuk dibentuk dan tahan daripada kerosakan seperti kemek dan sebagainya. Berbeza dengan Emas 999 dimana emas ini sangat sesuai dijadikan aset simpanan serta pelaburan jangka panjang jika harga emas melonjak sangat tinggi berbanding dengan harga asal yang kita beli. Emas 999 ini kita boleh lihat pada item-item seperti gold bar, jongkong dan dinar. Angka 999 ini pula bermaksud 99.9 peratus emas berada di dalam item tersebut tanpa campuran logam lain seperti emas 916.



Jika anda seorang wanita, membeli Emas 916 itu tidak lah merugikan kerana ianya boleh anda pakai setiap hari. Tetapi, bagi lelaki pula ianya merugikan kerana anda hanya boleh membeli dan menyimpan emas di rumah bagi mereka yang beragama Islam. Boleh lah kalau nak bagi dekat ibu, kakak atau adik perempuan untuk dipakai tetapi takut nanti ianya tidak lagi menjadi milik anda. Hahahaha! Tetapi, perbezaan ketara dapat dilihat dari sudut penjualan semula emas ini dimana Emas 916 mempunyai susut nilai yang sangat tinggi apabila dijual semula kepada kedai emas iaitu lebih kurang 20 peratus hingga 30 peratus. Ianya belum lagi ditolak jika emas anda mempunyai kerosakan, sijil emas hilang atau sebagainya yang menyebatkan susut nilai menjadi lebih tinggi. Silap haribulan kedai emas pun tak mahu beli atau menggunakan faktor-faktor ini untuk membeli emas anda dengan harga lebih murah.



Berbeza apabila anda membeli emas 999 di Public Gold dan menjualnya semula kepada Public Gold dimana susut nilai harganya hanya dibawah 10 peratus. Semakin berat emas yang anda beli maka semakin rendah susut nilainya. Ini bermakna semakin banyak wang yang anda peroleh apabila menjual emas 999 berbanding emas 916. Sejak Hans tahu tentang kewujudan dan kelebihan emas 999 ini memang Hans sekarang hanya membeli emas 999 sahaja sebagai simpanan masa hadapan.



Alhamdulillah! Sudah 2 tahun Hans bersama dengan Public Gold dimana Hans bermula sebagai pembeli emas biasa dengan mereka sebelum mengambil keputusan untuk menjadi Dealer Public Gold selepas mempercayai kredibilit mereka yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Hans sebenarnya rasa sedih kerana lambat mengetahui tentang kewujudan Public Gold ini. Jika tidak Hans yakin jumlah simpanan emas Hans pasti semakin banyak kerana Public Gold sangat memudahkan Hans menyimpan emas. Ini Hans akan kongsikan dalam artikel akan datang tentang Mudahnya Membeli Emas Dengan Public Gold.



Kepada sesiapa yang berminat untuk mula membeli dan menyimpan emas 999 dengan Public Gold, anda boleh berhubung dengan Hans melalui nombor whatsapps dibawah. Klik sahaja! Jangan malu-malu.

Whatsapps (Mohamad Hanis Dealer Aktif Public Gold - PG00263208):