Infinix Mobility Limited Akan Melancarkan Inovasi Terkini Hot 10S di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan sekarang ini banyak masa kita dihabiskan di rumah jadi pasti ada antara kita yang sering berasa bosan kerana tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Macam Hans pula bila terasa bosan selalunya Hans akan main permainan video di telefon. Namun, Hans faham ada antara pembaca yang sebenarnya teringin atau memang suka bermain permainan video tetapi ada masalah dimana telefon yang anda gunakan sekarang tidak menyokong format aplikasi permainan video terkini.

 


Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana kini sudah ada model telefon pintar yang sememangnya didedikasikan khas untuk permainan video dan hiburan yang akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) iaitu sebuah model baru berjenama teknologi global Infinix yang dinamakan Hot 10S.


Infinix telah mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021 dimana model terbaru ini akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee. Jadi, anda boleh mula ‘add to cart’ model telefon pintar siri Hot 10S ini pada 7 Julai 2021 kerana ia bukan sekadar menarik dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan tetapi turut mempunyai penambahan baru kepada model terkini ini



Siri Hot 10S yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan dapat mengikuti trend terkini dengan lebih mudah. Model ini sememangnya istimewa untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang.


Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai siri Hot 10S atau jika anda sudah tidak sabar lagi untuk ‘add to cart’ model ini di laman sesawang Shopee, sila layari laman sosial di bawah dengan segera:


Website:

Facebook:

Instagram:

Shopee Official Store:

#infinixmalaysia #hot10s #xtrachunxtrahot #bettergamingexperience #longerbatterylife #incrediblecamera

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama