Jumaat, 2 Julai 2021

Kebaikan Bermain Permainan Video

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin majoriti pembaca  blog ini pasti suka bermain permainan video. Kalau ada yang kurang gemar bermain permainan video pun, Hans yakin anda pasti pernah bermain sekurang-kurangnya sekali. Betul tak? Selalunya kita selalu membaca atau dimomokkan bahawa bermain permainan video ini tidak bagus kerana ianya melalaikan, aktiviti yang tidak sihat kerana tidak bergerak dan sebagainya. Tetapi, Hans beranggapan bermain permainan video ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan jika ianya dimainkan pada waktu yang betul serta permainan yang dipilih untuk dimainkan tersebut sesuai dengan diri anda. Jadi, Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua beberapa kebaikan bermain permainan video yang pasti ada di kalangan kita sendiri yang terlepas pandang tentang hal ini. 



1) Meningkatkan Emosi Gembira Anda

Hans yakin sesiapa sahaja yang bermain permainan video pasti gembira. Sebagai contoh jika anda pernah meminta ibu bapa anda yang sudah tua untuk cuba bermain permainan video, mungkin pada mulanya mereka keberatan dan menolak. Tetapi, percayalah  disaat mereka sudah mulai faham cara bermain permainan video tersebut dan silap-silap pasti mereka sendiri akan mula seronok dan tidak akan kekok lagi bermain permainan video. Hans sendiri pun memilih bermain permainan video sebagai salah satu cara untuk meningkatkan emosi gembira Hans apabila ada waktu terluang dan tidak ada sebarang aktiviti bersesuaian yang boleh dilakukan. Serius! Bermain permainan video pasti akan meningkatkan emosi gembira anda!



2) Membantu Kita Untuk Lebih Cepat Berfikir, Bertindak Dan Membuat Keputusan

Setiap permainan video yang dihasilkan sebenarnya mempunyai objektif serta visi yang memerlukan para pemain untuk membuat keputusan di dalam setiap langkah yang mereka ambil. Hal ini secara tidak langsung melatih kita yang bermain permainan video untuk lebih cekap, pantas dan bijak di dalam membuat keputusan demi mencapai misi utama iaitu kejayaan. Setiap permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri yang mana ianya akan memberi impak kepada pemain di dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, Hans sendiri sangat menyukai permainan berkonsepkan strategi seperti perang dan tetris yang memerlukan Hans untuk bertindak pantas di dalam membuat keputusan supaya Hans berjaya di dalam setiap tahap yang ada di dalam permainan tersebut. Hal ini juga memberi kesan di dalam kehidupan Hans terutama sewaktu bekerja dimana keputusan harus dibuat dengan pantas tetapi ianya telah diambil kira dari sudut kesan positif dan negatif terlebih dahulu. Permainan video memang sangat mengagumkan dalam membantu kita lebih bijak di dalam membuat keputusan yang tepat.



3) Membantu Mengurangkan Keinginan Kita Terhadap Makanan Dan Perkara Negatif

Hans yakin ini antara salah satu faktor yang cukup digemari ramai pihak yang mengamalkan bermain permainan video untuk mengurangkan berat badan atau mengelakkan melakukan perkara negatif seperti ketagihan terhadap dadah dan seks. Perkara ini sangat berjaya buat mereka yang mempunyai masalah ketagihan terhadap ketiga-tiga masalah tersebut dimana di dalam satu kajian telah terbukti bahawa apabila anda bermain permainan video yang digemari, ianya berjaya membantu anda di dalam mengawal keinginan anda yang kerap inginkan makanan, ketagihan dadah serta keinginan seks yang keterlaluan. Ini berdasarkan kesan positif kegembiraan anda bermain permainan video dimana ianya berjaya mengalihkan perhatian anda terhadap keinginan-keinginan negatif tersebut. Jika tidak percaya silalah cuba bermain permainan video. Hans pasti anda akan sukakan dengan keputusan akhirnya nanti.



4) Terapi Yang Berkesan Untuk Membantu Merawat Masalah Tekanan Atau Depresi

Akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kisah mahu pun berita berkaitan dengan ramai pihak yang mula merasai tekanan yang cukup besar kerana perlaksanaan kawalan pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19 yang masih tidak tamat sehingga kini. Tekanan ini bukan sahaja melanda golongan dewasa malah ianya turut dirasai oleh golongan remaja serta kanak-kanak yang turut terkesan dengan perkara ini. Masalah tekanan yang dialami ini jika tidak diatasi dengan segera bakal memberi impak yang cukup besar buat mereka yang sedang mengalaminya sama ada pada ketika ini mahu pun dimasa akan datang. Jadi, salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan yang sedang anda alami ialah dengan bermain permainan video. Ada kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa mereka yang mengalami masalah tekanan atau depresi lebih cepat pulih dengan bermain permainan video. Hal ini kerana permainan video dapat memberi satu pengalaman yang sihat, selamat dan menyeronokkan untuk mengembangkan kesedaran emosi kita dan memberi kita kemahiran mencari penyelesaian masalah dan mengatasi perasaan negatif yang sedang kita alami.



5) Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Anda

Permainan video yang semakin canggih kini memberi anda pelbagai kelebihan dimana anda bukan sahaja seronok bermain permainan video tetapi juga melatih dan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial anda. Banyak permainan kini boleh dimainkan secara beramai-ramai dan anda masih boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang jauh serta berbeza. Ini jelas dibuktikan melalui apa yang kita boleh lihat kini dimana permainan video dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat tidak mengira kaum di dalam satu-satu masa dan aktiviti sosial ini secara tidak langsung melatih para pemainnya untuk mementingkan nilai kerjasama dengan menyelesaikan misi permainan secara bersama. Inilah keajaiban permainan video yang masih ramai pihak kurang cakna.



Hans sangat yakin selepas membaca kebaikan bermain permainan video yang Hans kongsikan ini mesti ramai pembaca akan bertanya dekat mana nak main permainan video yang menarik, mudah dan menggembirakan? Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah terjumpa satu laman sesawang yang menawarkan permainan video yang boleh dimainkan secara online sahaja iaitu https://plays.org/.



Ada beratus permainan menarik yang anda semua boleh cuba. Apa yang seronoknya apabila Hans main permainan video di laman sesawang ini, Hans boleh terus bermain setiap jenis permainan tanpa perlu memuat turun ke dalam telefon Hans. Paling penting ianya adalah percuma. Jadi, anda pilih sahaja nak main permainan yang mana pun sebab tidak perlu bayar satu sen pun. Lebih menggembirakan Hans sebab bermain permainan dekat sini memang mudah, pantas dan tanpa gangguan iklan. Memandangkan Hans suka permainan berkonsepkan strategi dan pertahanan jadi Hans memang gemar bermain permainan di laman sesawang ini seperti:


1) ENDLESS SIEGE


Permainan berkonsepkan 'Defense Game' ini memang sangat menghiburkan untuk dimainkan. Selalunya setiap hari Hans akan dapat bermain dalam bentuk peta yang berlainan seperti mana gambar dibawah ini.


Permainannya sangat mudah dimana Hans perlu membangunkan empat jenis menara dan sentiasa menaik taraf semua menara ini bertujuan untuk menghalang musuh-musuh daripada menceroboh masuk istana Hans. Empat jenis menara pertahanan ini ialah:
i) Ballista
ii) Torch
iii) Canon
iv) Time Warper


Memang seronok sebab permainan sangat mudah dan memerlukan strategi serta ketangkasan di dalam membuat keputusan sahaja. Pusingan paling tinggi Hans berjaya capai setakat ini ialah pusingan 91 dengan markah sebanyak 94,320. Serius anda semua memang kena cuba main Endless Siege ini sebab ianya sangat menghiburkan dan pastinya menaikkan adrenalin anda untuk berasa gembira apabila berjaya menghalang musuh-musuh yang terdiri daripada pelbagai makhluk seperti gergasi, raksasa terbang, ahli sihir dan sebagainya daripada menewaskan anda. Ini adalah permainan yang Hans sangat suka untuk mainkan setiap hari.



2) DEFENSE BATTLE: PLANTS vs ZOMBIE


Permainan video kedua yang Hans suka main ini juga berkonsepkan 'Defense Battle'. Dengan grafik yang comel dan menghiburkan pasti akan buatkan anda lebih bersemangat untuk bermain. Permainannya mudah dimana anda mempunyai empat item untuk dihasilkan iaitu:

i) Power: Menghasilkan tenaga untuk pemain menghasilkan Flamma, Zeus dan Stone.

ii) Flamma: Pahlawan yang kuasa pertarungannya rendah tetapi mampu bertahan dalam jangka waktu yang agak lama.

iii) Zeus: Merupakan pahlawan yang mempunyai kuasa petir yang kuat tetapi nilai nyawannya rendah.

iv) Stone: Menjadi tembok pertahanan untuk melambatkan pergerakan musuh yang cuba menceroboh benteng anda.



3) KING RUGNI TOWER CONQUEST



Hans masih baru lagi bermain permainan yang berkonsepkan 'Fun Base Defense Strategy Game' ini. Setiap kali Hans memenangi pusingan permainan, Hans akan berpeluang untuk membeli atau menaik taraf peralatan ketenteraan Hans agar musuh dapat ditewaskan pada pusingan yang seterusnya. Grafiknya sangat comel dan semestinya menghiburkan. Hehehe!




Ada banyak lagi permainan yang anda boleh pilih untuk dimainkan melalui pelbagai kategori yang telah disediakan mengikut kesukaan dan keselesaan anda sendiri. Jadi, selamat bermain permainan video disini dan sila kongsikan dengan rakan-rakan yang sentiasa sunyi, bosan atau peminat permainan video untuk mencuba segala jenis permainan menarik di sini. Setiap permainan baru yang dimasukkan di dalam laman sesawang ini boleh dilihat di https://plays.org/games/. Semoga terhibur dan gembira seperti Hans!



12 ulasan:

  1. main game mmg ralit sekali terjebak xjumpa jln keluar lupa segalanya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe kena control
      kalau anak-anak tu, ibu bapa kena buat pemantauan dan arahan berapa lama je boleh main
      ehehee

      Padam
  2. I do agree, playing video games can stir our creativity as well.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. hehehe
      betul tu
      yang besar pun suka main game

      Padam
  4. Game mmg best tp smpi kdg naik risau klu game pembelajaran ok je

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada game pembelajaran juga untuk dimainkan

      Padam
  5. wowwww bnyaknye games yg best!!!

    BalasPadam
  6. Masa PKP ni lah banyak habis main game jer hehehe nak hilang stress....

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com