Selasa, 27 Julai 2021

Perbaharui Takaful Dan Cukai Jalan Kenderaan Melalui Platform Atas Talian CAKNA

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan kita masih kekal berada di dalam keadaan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas sejak akhir-akhir ini maka tidak dinafikan memang ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pekerjaan mahu pun nilai pendapatan yang diperoleh setiap bulan. Jadi, salah satu perkara yang sering merungsingkan kita terutamanya mereka yang mempunyai kenderaan apabila ianya melibatkan takaful insurans dan cukai jalan atau sering kali kita panggil road tax yang sudah hampir tamat tempoh atau pun telah tamat tempoh tanpa kita sedar.


Biasalah nilai bayaran cukai jalan atau road tax ini bukannya murah. Jadi, keadaan sekarang menyebabkan ramai yang rasa terbeban dan tertekan untuk membayar cukai jalan mereka secara sekali gus disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil. Jadi, disini Hans sangat gembira untuk berkongsi dengan anda semua perihal satu platform atas talian yang mampu membantu anda menyelesaikan masalah ini iaitu CAKNA.


CAKNA MERUPAKAN PLATFORM TERBARU MEMBANTU MEMPERBAHARUI TAKAFUL DAN CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA.

Untuk pengetahuan semua, CAKNA adalah satu platform baru yang menawarkan Pembayaran Ansuran Perbaharuan Takaful Dan Cukai Jalan Tanpa Faedah dengan potongan gaji selama setahun. Pembiayaan tanpa faedah Islamik ini sebenarnya berkonsepkan Qard UL Hassan untuk membeli takaful kenderaan dan membayar cukai jalan melalui potongan gaji selama satu tahun. Ianya merupakan satu usaha yang cukup baik, mudah dan sangat ringkas kerana anda boleh melakukannya hanya dari rumah sahaja.


BAGAIMANA MENGGUNAKAN CAKNA?

Kalau sebut sahaja pasal platform atas talian, sememangnya segala urusan menjadi sangat mudah dan cukup senang untuk menggunakannya. Jika anda menggunakan CAKNA untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan, anda hanya perlu:


2) Dapatkan Sebut Harga.

3) Pilih Pakej Takaful

4) Log Masuk Portal Cakna

5) Pilih Kaedah Pembayaran (3 jenis)

**Buatlah pilihan pembayaran yang bersesuaian dengan komitmen anda.


CAKNA BERKONSEPKAN QARD UL HASSAN YANG BEBAS RIBA'

Untuk makluman semua, CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan Qard Ul Hassan iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “faedah” dan bebas riba’. Ianya menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 


CAKNA MENAWARKAN 3 KELEBIHAN UTAMA BUAT PARA PENGGUNA

1) Urusan sepenuhnya secara atas talian yang membuatkan segalanya menjadi lebih cepat, mudah dan ringkas.

2) Pembayaran mudah tanpa faedah.

3) Pembayaran mudah dengan potongan gaji dimana butir maklumat diri anda dilindungi.


TUTORIAL VIDEO PENDAFTARAN PENGGUNA BARU CAKNA


SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON CAKNA?

1) Kakitangan Kerajaan.

2) Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji.

3) Kakitangan Syarikat Swasta


Jika anda berminat dengan tawaran daripada CAKNA ini, anda boleh dapatkan senarai sebut harga kenderaan anda dengan cepat, mudah dan murah di laman sesawang CAKNA dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan. Anda juga boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan CAKNA melalui aplikasi Whatsapps untuk sebarang pertanyaan lanjut. Dibawah Hans kongsikan info laman sosial CAKNA untuk memudahkan urusan anda. Selamat memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan kenderaan anda melalui CAKNA.

Laman Sesawang:

Instagram:

Facebook:


68 ulasan:

  1. wah terbaik tu udah urusannya online saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      boleh pula bayar bulanan
      memang membantu sangat

      Padam
  2. nice sharing.. musim pandemik nie segalanya mudah dgn apps je

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      banyak urusan dapat dimudahkan dengan guna apps jer :)

      Padam
  3. Dengan ada nyer platform CAKNA ni maka tiada masalah nak renew roadtax anytime anywhere.

    BalasPadam
  4. Good sharing... Semua dihujung jari memudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      harap dapat membantu ramai orang untuk cakna tentang CAKNA nih :)

      Padam
  5. thanks for sharing...bagus produknya..kaedah Islamik..bila buat potongan gaji setiap bulan, tak terasa stress nak sediakan duit insuran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe betul tu
      kadang-kadang stress tu bila kena bayar lumsum kan
      itu penat sikit tu
      ini bayar bulan-bulan rasa okay jer

      Padam
  6. Memang bagus dan jadi keperluan lah sekarang. Buat secara online je. Mudah CAKNA ni

    BalasPadam
  7. bagus ada potongan gaji so dumusim ekonomi down srg ni dpt juga bantu golongan yg terkesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      memang sangat-sangat bantu lah tambah-tambah waktu macam sekarang nih kan

      Padam
  8. Wah..nampak menarik tapi sayang tak cover kereta yang sudah lebih 20 tahun pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      war war kan dekat kawan-kawan yang lain :)

      Padam
  9. mudah la lepas ni.. smuanya online. tq atas pkongsian ;)

    BalasPadam
  10. Sgt mudah sbb buat buleh buat dlm talian je.

    BalasPadam
  11. Bagusnya ada kemudahan bayaran ansuran bebas riba. Sgt meringankan beban rakyat yg tertekan dengan kewangan akibat c19 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat
      ramai sekarang nih tertekan dan terbeban
      jadi ada inisiatif macam CAKNA nih memang banyak membantu meringankan beban ramai pihak kan

      Padam
  12. Wah bagus sangat ni. Zaman2 pandamic ni memudahakn orng

    BalasPadam
  13. Bagus sharing ni, info yang sangat bermanfaat 🥰

    BalasPadam
  14. Ala terlambat sikit jer baru jer renew insurance dan roadtax kalau tak boleh ambil yang cakna ni kena tunggu lagi tahun depan lah hehehe..

    BalasPadam
  15. semua dihujung jari je sekarang ni kan

    BalasPadam
  16. Baru tau pasal Cakna ni. TQ sharing.

    BalasPadam
  17. Serius la boleh buat online skrg? Terbaik la mmg CAKNA sungguh!

    BalasPadam
  18. Hujung jari je nowadays kan.

    BalasPadam
  19. Banyak kelebihan CAKNA, TQ sharing info bagus

    BalasPadam
  20. Mudahnya Ada CAKNA ni- caj commission berapa?

    BalasPadam
  21. Bagusss.. pembayaran mudah tanpa faedah.. barulah nice camni.. huhu

    BalasPadam
  22. Wah senang mcm ni , boleh buat online.. apalagi during pkp mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      time PKP nih memang nak keluar rumah pun risau
      alhamdulillah CAKNA boleh buat kita bayar secara online jer

      Padam
  23. Menarik ni. Sngt memudahkan kerja bila nk renew road tax. Sekarang tkut bila nk keluar, nasib baik semua boleh buat online je

    BalasPadam
  24. Terbaik hans...mudah nak berurusan lepas ni

    BalasPadam
  25. Baru tahu pasal cakna ni..senang lah bt online je

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah.. senang semua dah online.. tq for the informative sharing Hans!!

    BalasPadam
  27. Thank you sharing Hans, memudahkan lagi dengan adanya apps & online

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sangat memudahkan kita renex roadtax kan

      Padam
  28. Senang je skg sume pkai phone ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul
      tak penat nak beratur panjang dah
      hehehe

      Padam
  29. Yeayyy... Right on time! Memang tengah cari punnn

    BalasPadam
  30. Tak pernah lagi try buat kat sini. Nanti boleh bgtau husband la. Biasa dia yang buatkan.

    BalasPadam
  31. Tak pernah try lagi kat sini. Nanti boleh la bgtau husband. Sebab dia yang selalu buatkan.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com