Khamis, 26 Ogos 2021

5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Kuala Lumpur

Khamis, Ogos 26, 2021 14

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur, kebanyakkan daripada kita seolah-olah tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Kebanyakannya hanya merasakan Kuala Lumpur sekadar sebuah tempah yang penuh dengan pasaraya semata-mata sedangkan sebenarnya terdapat pelbagai perkara menarik yang boleh kita lakukan di Kuala Lumpur. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Kuala Lumpur.

1. BERGAMBAR SAMBIL MEMPELAJARI SEJARAH DI KWAI CHAI HONG
Kredit Gambar: DISINI

Sebut sahaja nama Petaling Street mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran masing-masing adalah tentang tempat jualan barang-barang seperti di pasar malam. Hakikatnya kawasan Petaling Street ini mempunyai banyak tempat yang menarik untuk anda lawati dan lakukan. Salah satu lokasi di sini yang menarik perhatian Hans ialah Kwai Chai Hong yang sebenarnya telah dibuka sejak tahun 2019. Menariknya disini ialah anda boleh mempelajari sejarah tentang kaum Cina yang menetap disini sambil bergambar di hadapan 10 bangunan lama yang telah diberi nafas baru serta 6 mural bertemakan zaman Cina yang cukup cantik dan menarik. Mesti ramai tertanya-tanya kan bagaimana mempelajari sejarah disini dengan bergambar? Sebenarnya disetiap mural tersebut terdapat kod QR yang anda boleh imbas menggunakan telefon dan segala maklumat berkenaan mural tersebut akan terpapar di skrin telefon anda. Disini juga terdapat salah satu tiang lampu yang paling tua berada di Kuala Lumpur ini yang dibina sejak tahun 1900 lagi. Selain itu, di kawasan ini juga menawarkan pelbagai jenis kafe yang berkonsepkan Retro yang anda boleh kunjungi sama ada untuk makan dan minum atau pun bergambar.


2. MENGHAYATI KEINDAHAN SIANG DAN MALAM DI THE RIVER OF LIFE
KREDIT GAMBAR: DISINI

Siapa sangka sungai di dalam bandaraya Kuala Lumpur yang sebelum ini tidak terlintas untuk dilawati kini menjadi perhatian masyarakat dan pelancong luar apabila berwajah baru melalui The River of Life. Hans sendiri sudah beberapa kali berkunjung ke kawasan The River of Life ini sama ada pada waktu siang atau pun malam. Menariknya tidak kira siang mahu pun malam, kawasan ini sememangnya sangat menarik untuk dikunjungi disebabkan kawasan sekitarnya yang sudah diubahsuai, dinaiktaraf dan dipulihkan untuk menjadikannya sebagai salah satu lokasi tarikan ikonik Kuala Lumpur. Jika pada waktu siang, anda boleh melawat dan bergambar di kawasan ini yang menawarkan landskap serta mural yang cukup cantik. Manakala pada waktu malam pula, anda turut boleh bergambar berlatar belakang wajah sungai yang penuh dengan kerlipan cahaya lampu yang memukau serta menghayati suasana malam yang sungguh mengasyikkan.

3. BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA DI KUALA LUMPUR BIRD PARK

Tidak mengira sama ada anda bujang atau sudah berkeluarga, Hans melihat Kuala Lumpur Bird Park merupakan satu lokasi menarik di Kuala Lumpurnyang boleh anda kunjungi untuk merasai suasana dan pengalaman baru yang unik. Hans menyatakan demikian kerana burung-burung di dalam kawasan ini bebas berterbangan dan kita boleh memerhati aktiviti dan gelagat spesis burung seperti merak, kenyalang dan bangau di kawasan terbuka dengan jarak dekat. Taman Burung yang telah dibuka sejak tahun 1991 di atas tanah seluas 21 ekar ini sentiasa menampilkan perubahan yang menarik pada setiap tahun. Dikhabarkan lokasi ini telah menempatkan lebih 3000 ekor burung daripada 200 spesies yang berterbangan bebas di empat zon dimana 60 peratus burung yang terdapat di taman ini berasal dari negara lain manakala bakinya adalah daripada spesies tempatan. Mengikut rujukan Hans, disini terdapat pelbagai burung yang sememangnya sukar untuk kita temui iaitu burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakak tua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia, Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda.

4. MENIKMATI KEINDAHAN SALOMA BRIDGE SAMBIL MAKAN-MAKAN DI KAMPUNG BARU


Salah satu perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur ialah dengan melawat Saloma Bridge sambil menikmati keindahan limpahan cahaya di sana. Untuk makluman semua, Saloma Bridge ini bukan sekadar sebuah mercu tanda baru Kuala Lumpur tetapi turut menjadi tarikan pengunjung untuk berswafoto dengan konsep futuristik di bandaraya Kuala Lumpur. Jambatan cantik sepanjang 370 meter dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Konsep seni binanya diinspirasikan daripada 'Sirih Junjung' yang sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu. Lebih menarik Saloma Bridge ini boleh menghubungkan serta memendekkan jarak perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC daripada 30 minit menjadi 7 minit sahaja. Jadi, anda boleh berjalan kaki dari KLCC ke Kampung Baru, atau sebaliknya, dalam tempoh cuma 15 minit. Bila dah puas bergambar dan merakam video di Saloma Bridge, anda boleh menuju ke Kampung Baru untuk mencari makanan-makanan yang sangat sedap dan menarik. Kalau Hans memang terus terjah Nasi Lemak Wanjo sebab memang sini adalah tempat makan kegemaran Hans. Hehehe!

5. STAYCATION DI HOTEL-HOTEL MENARIK DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Aktiviti staycation di hotel-hotel menarik sekitar KL juga pastinya merupakan salah satu perkara menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga atau dengan mereka yang tersayang. Jangan risau kerana anda boleh mendapatkan senarai hotel yang menarik dengan harga yang terbaik bersesuaian dengan kehendak anda melalui VIP PassBagi Hans, aktiviti staycation ini bagus untuk dilakukan dimana ia memberikan kita serta ahli keluarga satu pemandangan baru yang unik, selesa dan membuatkan kita semakin positif setelah terlalu lama berkurung di rumah. Hans sendiri pernah melakukan aktiviti staycation ini dan sememangnya ia menghilangkan tekanan dan memberikan Hans satu perasaan gembira yang cukup berbaloi.

Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Datang Ke Kuala Lumpur!

Ahad, 22 Ogos 2021

Carput So Senang : Perkhidmatan Penggantian Bateri Kenderaan Yang Terbaik Dan Murah

Ahad, Ogos 22, 2021 73

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin majoriti pembaca blog ini pastinya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta yang digunakan untuk pergi ke tempat kerja mahu pun atas urusan yang lain. Jadi, pasti ada di antara kita yang pernah mengalami pengalaman genting apabila secara tiba-tiba enjin kenderaan kita tidak berjaya dihidupkan. Semestinya jika terjadinya perkara tersebut ke atas diri terutama pada saat-saat kecemasan sememangnya akan membuatkan kita risau terutamanya buat mereka yang kurang arif tentang perihal kerosakan kenderaan.



Tetapi, jika masalah sebegini berlaku kepada anda maka jangan lah risau kerana kini segalanya mudah dengan aplikasi Carput yang sememangnya pantas membantu menyelesaikan masalah bateri kenderaan pada bila-bila masa. Buat anda yang mungkin pertama kali mendengar tentang syarikat Carput ini, ia sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia dan menawarkan bantuan di dalam menyelesaikan masalah kenderaan terutamanya ketika waktu kecemasan seperti:


1) Penghantaran Serta Penggantian Bateri (Perniagaan Utama)
2) Jumpstart Bateri
3) Menukar Tayar Simpanan (Spare) Kenderaan
4) Penghantaran Minyak Petrol Kenderaan Pada Waktu Kecemasan
5) Servis Towing Kenderaan.


Carput sememangnya terkenal sebagai Car Battery Delivery di kalangan para pengguna masa kini kerana menawarkan servis yang sangat efisyen, pantas dan murah. Apa yang membuatkan Carput So Senang buat kita yang menggunakan aplikasi ini kerana pihak Carput akan memberi maklum balas sangat cepat kepada masalah anda iaitu sekitar 35 minit sahaja disamping tidak mengenakan sebarang caj untuk pemasangan dan penghantaran bateri. Memang menarik kerana ianya adalah percuma. 


Lebih membuatkan Hans kagum dengan servis Carput ini kerana harga untuk bateri baru ini dikira selepas anda menukarnya dengan bateri yang lama. Jadi, ini bermaksud harga bateri pun menjadi lebih murah daripada biasa. Ini memang satu tawaran yang cukup menarik kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding dengan harga bateri baru dari bengkel dan pusat servis.


Testimonial daripada para pelanggan yang telah menggunakan aplikasi Carput ini jug turut mengagumkan kerana rata-ratanya sangat berpuas hati dan memberi penilaian yang cukup tinggi kepada servis yang mereka terima daripada pihak Carput.

Review Lain Di Google Reviews Boleh Dibaca Dengan Klik Link Dibawah: 

Review Lain Di Facebook Reviews Boleh Dibaca Dengan Klik Link Dibawah: 

Bagaimana cara nak menggunakan aplikasi Carput ini? Semesti yang Hans bagitahu bahawa Carput So Senang untuk digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah kereta anda. Hanya dengan klik pada telefon bimbit sahaja. Tekan-tekan saja Carput sampai! Jadi, anda boleh muat turun aplikasi Carput ini melalui:


Android Appstore: 

Apple Playstore: 

Hotline: 
1800180010

Website: 

App: 


Maklumat tambahan untuk para pembaca sekalian, buat masa ini Carput menawarkan servis perkhidmatannya di lokasi-lokasi seperti:
1) Lembah Klang
2) Johor Bahru
3) Pulau Pinang
4) Ipoh
5) Melaka
6) Seremban


Selain itu, cara pembayaran yang ditawarkan Carput juga sangat menarik kerana anda boleh memilih untuk membayar secara:
1) Pembayaran Tunai (Cash)
2) Kad Kredit
3) E-wallet (QRpay, Boost, GrabPay) .

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman sosial media Carput seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:



Khamis, 19 Ogos 2021

Tun Mahathir Kongsi Tips Percuma Di Platform YEG Academy

Khamis, Ogos 19, 2021 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang peluang pekerjaan tidak dinafikan terdapat hampir 90 peratus graduan yang berasa kesal dengan jurusan pelajaran yang dipilih mereka kerana tidak bersesuaian dengan peluang pekerjaan semasa.


Jadi, platform pendidikan dan kerjaya atas talian iaitu Your Education Guidance Academy (YEG) sangat berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke-7 Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Hans merasakan ini merupakan satu peluang keemasan yang tidak boleh kita lepaskan kerana bukan mudah untuk mendengar sendiri tips yang semestinya menarik daripada Tun M secara percuma.

Perkongsian tips yang menarik ini akan berlangsung melalui program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ pada 22 Ogos 2021 ini. Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula pada jam 10.30 pagi. Pihak YEG Academy sememangnya berharap agar Tun M dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak memandangkan beliau pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan pada suatu ketika dahulu. 

Lebih menarik apabila usahawan dan penyanyi rap terkenal iaitu Caprice juga turut hadir dengan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. Turut membuatkan ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy ini cukup istimewa kerana selain program ini berlangsung secara atas talian, ia juga turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Secara tidak langsung ia menjadikan YEG Academy sebagai sebuah platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Program ini sebenarnya mula berlangsung pada 2 Ogos lalu dan rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif terutamanya para pelajar yang lebih cakna untuk membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi. Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi bahawa tujuan mereka mengadakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana yang rata-ratanya di dalam lingkungan usia 17 hingga 19 tahun untuk memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. Untuk rekod, bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya.

Mengambil kira faktor situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, YEG Academy telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia. 

Selain itu, faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah. Tidak dilupakan, Tun Mahathir yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani sudah pasti mempunyai banyak perkongsian yang pastinya dapat membantu para pelajar sewaktu sesi siaran langsung secara virtual nanti.

Jadi, buat anda yang berminat untuk menyertai program YEG Academy ini, anda boleh layari pautan serta media sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:

YouTube


MENGENAI YEG ACADEMY

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023 , Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.


Jumaat, 6 Ogos 2021

Laksa Ninja : The Best Laksa Penang Di Banting

Jumaat, Ogos 06, 2021 36

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sesiapa disini penggemar laksa? Di Malaysia ini ada pelbagai jenis laksa dimana setiap negeri di Malaysia ini boleh dikatakan mempunyai laksa ikoniknya yang tersendiri. Salah satu laksa yang menjadi sebutan dan idaman penggemar laksa ialah Laksa Penang. Hans sendiri sebagai seorang penggemar laksa sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah menu Laksa Penang atau asam laksa yang cukup sedap di lidah dan tekak Hans iaitu Laksa Ninja



Hans sebenarnya secara kebetulan terjumpa instagram Laksa Ninja ini melalui seorang rakan Hans yang telah pun menikmati dan memberikan pujian menggunung kepada keenakan rasa Laksa Ninja ini. Memandangkan Hans merupakan seorang penggemar laksa yang tegar maka Hans memang tertanya-tanya betul atau tidak Laksa Ninja ini betul-betul sedap kerana Hans memang sangat cerewet tentang perihal rasa kelazatan laksa ini. Susah sebenarnya nak jumpa laksa yang betul-betul menepati citarasa Hans. Lagi menyakitkan hati kalau kuah laksa pula penuh dengan tulang ikan. Memang betul-betul buat Hans hilang rasa nak makan laksa. 



Jadi, pada 4 Ogos 2021 yang lepas Hans mengambil keputusan untuk mencuba sendiri menu Laksa Ninja serta menu tambahan mereka iaitu Rojak Buah Ninja untuk menilai sendiri tahap kelazatan hidangan ini. Alhamdulillah! Rasa Laksa Ninja ini sangat mengejutkan Hans kerana ianya amat bertepatan dengan rasa, selera dan apa yang Hans impikan ada pada laksa penang. Maka Hans dengan gembiranya ingin berkongsi Empat Sebab Kenapa Laksa Ninja ini wajib dicuba oleh setiap penggemar laksa yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya:


TONTON VIDEO MUKBANG HANS MAKAN LAKSA NINJA DUA BEKAS DISINI!


1) Rasa kuah Laksa Ninja ini memang sedap, separa pekat dan penuh dengan isi ikan yang segar. Hans sebenarnya kurang menggemari kuah laksa yang terlampau pekat atau terlalu cair. Jadi, kriteria kuah Laksa Ninja ini memang betul-betul mencapai piawaian yang Hans tetapkan. Terbaik!

2) Kuantiti sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang banyak pada pandangan Hans. Selalunya Hans sangat susah nak jumpa peniaga atau penjual laksa yang sangat pemurah nak bagi banyak sayur seperti Laksa Ninja ini. Selalunya sayur diberi seurat dua sahaja. Memang tak puas lah sebab salah satu sebab Hans suka makan laksa juga kerana kemeriahan sayur dan ulam-ulaman juga. Jadi, Laksa Ninja berjaya membuatkan Hans puas dapat makan laksa beserta sayur dalam kuantitit yang banyak.


3) Hans sebenarnya cukup suka dan sangat tertarik dengan cara pembungkusan bahan-bahan dalam bekas Laksa Ninja ini. Setiap sayur dibungkus asing di dalam plastik dan ini sememangnya sangat memudahkan buat sesiapa yang nak simpan atau pun buat mereka yang tidak gemar makan sayur tertentu. Serius terbaik dan wajar dipuji usaha serta kerajinan pihak Laksa Ninja ini!

4) Harga satu bekas Laksa Ninja yang bagi Hans sangat berpatutan iaitu cuma RM7 sahaja. Hans betul-betul sangat berpuas hati dan rasa cukup erbaloi dengan kelazatan, kuantiti dan cara pembungkusan Laksa Ninja ini yang pada Hans sudah cukup terbaik!


Selain itu, Hans juga sangat seronok menikmati Rojak Buah Ninja yang cuma berharga RM6 sahaja. Hans suka dengan kuantiti buah serta timun yang seimbang. Kadang-kadang bila Hans beli rojak buah, Hans agak geram sebab yang banyaknya bukan buah tetapi timun. Jadi, Hans sangat gembira kerana Rojak Buah Ninja penuh dengan pelbagai jenis isi buah yang manis-manis belaka. Senang cerita memang berbaloi lah beli Rojak Buah Ninja ini.


Hans memang sarankan buat anda semua yang merupakan penggemar Laksa Penang untuk mencuba sendiri kehebatan rasa Laksa Ninja serta Rojak Buah Ninja ini. Hans yakin anda semua pasti berpuas hati dan secara tidak langsung berjaya menghilangkan rindu anda di luar sana yang mungkin teringin nak menikmati Laksa Penang sekarang. Jadi, buat anda yang teringin untuk mencuba sendiri Laksa Ninja dan Rojak Buah Ninja ini, anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial yang Hans kongsikan dibawah. Selamat mencuba dan menjamu selera! TERBAIK BAK HANGGGGGGG!!!! 


❤️SYARIKAT:
Ninja Food Trading

❤️Menu:
Laksa Ninja
Rojak Buah Ninja
Kuah Rojak Buah Ninja

🛵PENGHANTARAN:
Sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur & Putrajaya
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:

Instagram:

Facebook:


#SepekatKuahSepaduRasa   #LaksaNinja   #LaksaUtara   #AsamLaksaUtara


Khamis, 5 Ogos 2021

Review Filem Hutang 2D

Khamis, Ogos 05, 2021 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan untuk menonton sebuah filem bergenre aksi komedi tempatan lakonan vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham dan penyanyi Baby Shima berjudul Hutang 2D secara virtual pada 2 Ogos 2021 yang lepas. Filem yang menjalani penggambaran selama 10 hari dengan kos sebanyak RM300,000 ini banyak memaparkan adegan-adegan komedi ringan yang penuh dengan mesej dan nasihat bertepatan dengan lagu Hutang nyanyi kumpulan Floor 88 yang menjadi penyebab kepada terciptanya filem Hutang 2D ini



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Hutang 2D ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan Hans dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca dan menonton :)