Jumaat, 6 Ogos 2021

Laksa Ninja : The Best Laksa Penang Di Banting

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sesiapa disini penggemar laksa? Di Malaysia ini ada pelbagai jenis laksa dimana setiap negeri di Malaysia ini boleh dikatakan mempunyai laksa ikoniknya yang tersendiri. Salah satu laksa yang menjadi sebutan dan idaman penggemar laksa ialah Laksa Penang. Hans sendiri sebagai seorang penggemar laksa sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah menu Laksa Penang atau asam laksa yang cukup sedap di lidah dan tekak Hans iaitu Laksa Ninja



Hans sebenarnya secara kebetulan terjumpa instagram Laksa Ninja ini melalui seorang rakan Hans yang telah pun menikmati dan memberikan pujian menggunung kepada keenakan rasa Laksa Ninja ini. Memandangkan Hans merupakan seorang penggemar laksa yang tegar maka Hans memang tertanya-tanya betul atau tidak Laksa Ninja ini betul-betul sedap kerana Hans memang sangat cerewet tentang perihal rasa kelazatan laksa ini. Susah sebenarnya nak jumpa laksa yang betul-betul menepati citarasa Hans. Lagi menyakitkan hati kalau kuah laksa pula penuh dengan tulang ikan. Memang betul-betul buat Hans hilang rasa nak makan laksa. 



Jadi, pada 4 Ogos 2021 yang lepas Hans mengambil keputusan untuk mencuba sendiri menu Laksa Ninja serta menu tambahan mereka iaitu Rojak Buah Ninja untuk menilai sendiri tahap kelazatan hidangan ini. Alhamdulillah! Rasa Laksa Ninja ini sangat mengejutkan Hans kerana ianya amat bertepatan dengan rasa, selera dan apa yang Hans impikan ada pada laksa penang. Maka Hans dengan gembiranya ingin berkongsi Empat Sebab Kenapa Laksa Ninja ini wajib dicuba oleh setiap penggemar laksa yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya:


TONTON VIDEO MUKBANG HANS MAKAN LAKSA NINJA DUA BEKAS DISINI!


1) Rasa kuah Laksa Ninja ini memang sedap, separa pekat dan penuh dengan isi ikan yang segar. Hans sebenarnya kurang menggemari kuah laksa yang terlampau pekat atau terlalu cair. Jadi, kriteria kuah Laksa Ninja ini memang betul-betul mencapai piawaian yang Hans tetapkan. Terbaik!

2) Kuantiti sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang banyak pada pandangan Hans. Selalunya Hans sangat susah nak jumpa peniaga atau penjual laksa yang sangat pemurah nak bagi banyak sayur seperti Laksa Ninja ini. Selalunya sayur diberi seurat dua sahaja. Memang tak puas lah sebab salah satu sebab Hans suka makan laksa juga kerana kemeriahan sayur dan ulam-ulaman juga. Jadi, Laksa Ninja berjaya membuatkan Hans puas dapat makan laksa beserta sayur dalam kuantitit yang banyak.


3) Hans sebenarnya cukup suka dan sangat tertarik dengan cara pembungkusan bahan-bahan dalam bekas Laksa Ninja ini. Setiap sayur dibungkus asing di dalam plastik dan ini sememangnya sangat memudahkan buat sesiapa yang nak simpan atau pun buat mereka yang tidak gemar makan sayur tertentu. Serius terbaik dan wajar dipuji usaha serta kerajinan pihak Laksa Ninja ini!

4) Harga satu bekas Laksa Ninja yang bagi Hans sangat berpatutan iaitu cuma RM7 sahaja. Hans betul-betul sangat berpuas hati dan rasa cukup erbaloi dengan kelazatan, kuantiti dan cara pembungkusan Laksa Ninja ini yang pada Hans sudah cukup terbaik!


Selain itu, Hans juga sangat seronok menikmati Rojak Buah Ninja yang cuma berharga RM6 sahaja. Hans suka dengan kuantiti buah serta timun yang seimbang. Kadang-kadang bila Hans beli rojak buah, Hans agak geram sebab yang banyaknya bukan buah tetapi timun. Jadi, Hans sangat gembira kerana Rojak Buah Ninja penuh dengan pelbagai jenis isi buah yang manis-manis belaka. Senang cerita memang berbaloi lah beli Rojak Buah Ninja ini.


Hans memang sarankan buat anda semua yang merupakan penggemar Laksa Penang untuk mencuba sendiri kehebatan rasa Laksa Ninja serta Rojak Buah Ninja ini. Hans yakin anda semua pasti berpuas hati dan secara tidak langsung berjaya menghilangkan rindu anda di luar sana yang mungkin teringin nak menikmati Laksa Penang sekarang. Jadi, buat anda yang teringin untuk mencuba sendiri Laksa Ninja dan Rojak Buah Ninja ini, anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial yang Hans kongsikan dibawah. Selamat mencuba dan menjamu selera! TERBAIK BAK HANGGGGGGG!!!! 


❤️SYARIKAT:
Ninja Food Trading

❤️Menu:
Laksa Ninja
Rojak Buah Ninja
Kuah Rojak Buah Ninja

🛵PENGHANTARAN:
Sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur & Putrajaya
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:

Instagram:

Facebook:


#SepekatKuahSepaduRasa   #LaksaNinja   #LaksaUtara   #AsamLaksaUtara


36 ulasan:

  1. Yaaa ampun kuah die tu nmpk sgt pekat nk order nt.. tringin trus tgk gmbr hans post ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      kuah dia bagi Hans separa pekat. so, Hans memang suka lah sebab tak kedekut isi ikan.
      rasa kuah dia pun padu :)

      Padam
  2. Wah kuah laksa nampak sangat padu, sedap lah nanti sis nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis kena try
      kuah laksa ninja ni memang padu sis

      Padam
  3. Dua2 ni favorite sis. Aishh terliur memalam tengok laksa dengan rojak ni haa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi sis?
      order cepat-cepat
      berbaloi sangat makan

      Padam
  4. Balasan
    1. heheheh
      minat laksa juga ker?
      try lah.
      sedap oh

      Padam
  5. Nampak sedap Hans... Sis memang peminat Laksa.. kalau di JB ni ada boleh cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kan
      kalau dekat sini confirm boleh cuba

      Padam
  6. Balasan
    1. memang sedap kak
      Hans makan 2 bekas terus
      hahahaha

      Padam
  7. Wahhhh siap ada rojak buah lagi, cantik packaginh dia buat asing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      1st time beli laksa dapat packaging macam tu
      seronok gila nak makan pun
      hehehe

      Padam
  8. tengok kuah dia pun tau pekat. saya memang suka laksa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu wajib order laksa ninja nih
      sedap makan owhhh

      Padam
  9. Teringin pula petang2 ni. Mana nak cari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh order dengan Laksa Ninja
      ada delivery :)

      Padam
  10. Sedapnya nampak, esok saya nak beli laksa jugak lah. Nak buat tak reti pulak haha

    BalasPadam
  11. Woahh tengok kuah nampak sedap sangat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      hans pun suka kuah laksa ninja nih
      kena sangat dengan citarasa Hans

      Padam
  12. Pekat nampak kuahnya. Macam banyak belacan yang letak. Saya suka kalau macam tu! Yummmm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. separa pekat
      memang puas makan
      isi ikan pun padu

      Padam
  13. Balasan
    1. alhamdulillah berbaloi sangat beli
      sedap dan kuantiti pun banyak

      Padam
  14. Berbaloi rojak buah banyak buah diletak macam tu... ena setuju, selalu ena beli rojak buah mesti timun yang banyak.. geram... nanti ena nak try yang ni lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kan
      macam yang nih sama banyak
      jadi puas hati makan

      Padam
  15. Balasan
    1. jangan lupa order
      confirm repeat order nanti
      hehehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com