Khamis, 19 Ogos 2021

Tun Mahathir Kongsi Tips Percuma Di Platform YEG Academy

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang peluang pekerjaan tidak dinafikan terdapat hampir 90 peratus graduan yang berasa kesal dengan jurusan pelajaran yang dipilih mereka kerana tidak bersesuaian dengan peluang pekerjaan semasa.


Jadi, platform pendidikan dan kerjaya atas talian iaitu Your Education Guidance Academy (YEG) sangat berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke-7 Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Hans merasakan ini merupakan satu peluang keemasan yang tidak boleh kita lepaskan kerana bukan mudah untuk mendengar sendiri tips yang semestinya menarik daripada Tun M secara percuma.

Perkongsian tips yang menarik ini akan berlangsung melalui program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ pada 22 Ogos 2021 ini. Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula pada jam 10.30 pagi. Pihak YEG Academy sememangnya berharap agar Tun M dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak memandangkan beliau pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan pada suatu ketika dahulu. 

Lebih menarik apabila usahawan dan penyanyi rap terkenal iaitu Caprice juga turut hadir dengan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. Turut membuatkan ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy ini cukup istimewa kerana selain program ini berlangsung secara atas talian, ia juga turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Secara tidak langsung ia menjadikan YEG Academy sebagai sebuah platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Program ini sebenarnya mula berlangsung pada 2 Ogos lalu dan rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif terutamanya para pelajar yang lebih cakna untuk membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi. Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi bahawa tujuan mereka mengadakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana yang rata-ratanya di dalam lingkungan usia 17 hingga 19 tahun untuk memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. Untuk rekod, bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya.

Mengambil kira faktor situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, YEG Academy telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia. 

Selain itu, faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah. Tidak dilupakan, Tun Mahathir yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani sudah pasti mempunyai banyak perkongsian yang pastinya dapat membantu para pelajar sewaktu sesi siaran langsung secara virtual nanti.

Jadi, buat anda yang berminat untuk menyertai program YEG Academy ini, anda boleh layari pautan serta media sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:

YouTube


MENGENAI YEG ACADEMY

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023 , Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.


2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com