Khamis, 16 September 2021

Nasi Dalca Bawang Penang : Nasi Dalca Paling Sedap Di Seri Kembangan Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sesiapa disini peminat hidangan dalca? Di Malaysia ini sebenarnya hidangan dalca amat terkenal di kalangan mereka yang tinggal di negeri-negeri utara khususnya Kedah dan Pulau Pinang. Hans sendiri sebenarnya merupakan seorang penggemar dalca dan kali ini Hans memang betul-betul teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah restoran yang menampilkan menu Nasi Dalca Bawang Penang yang betul-betul padu dan surrrr bak kata orang utara.


Restoran Nasi Dalca Bawang Penang ini terletak di kawasan berdekatan Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Hans sebenarnya baru mengetahui tentang kewujudan Nasi Dalca Bawang Penang ini pada bulan Mei yang lepas melalui laman sosial Instagram. Sedar tak sedar ini merupakan kali keempat Hans menjamah menu-menu yang dijual disini dimana Hans boleh katakan semuanya sedap-sedap belaka. Cuma ini merupakan kali pertama Hans menikmati Nasi Dalca Bawang Penang ini di restoran mereka selepas penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan untuk kembali makan di kedai. 

Untuk info tambahan, Nasi Dalca Bawang Penang ini sebenarnya diasaskan pada tahun 2016 di kawasan Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak dan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian pada tahun 2019, mereka meluaskan operasi pembukaan cawangan di dua lokasi terbaru iaitu Wisma Central dan Jalan Hang Lekiu. Namun, kesan akibat pandemik Covid-19 membuatkan mereka terpaksa menutup dua cawangan disebabkan para pelanggan mereka yang rata-rata bekerja di sekitar KLCC mulai bekerja di rumah masing-masing. Namun kini Restoran Nasi Dalca Bawang Penang kembali mengaum dan membuatkan para pelanggan setia yang merindui hidangan mereka kembali tersenyum lebar selepas pihak restoran mulai beroperasi kembali di kawasan Seri Kembangan ini.


Nasi Dalca Bawang Penang ini sebenarnya dimasak bersama dengan dhal, bawang merah, ubi kentang dan lobak merah sehingga ianya menyerap ke dalam nasi tersebut. Ia menjadikan rasa nasi dalca ini sangat istimewa. Jadi, antara menu-menu yang ada di Restoran Nasi Dalca Bawang Penang yang wajib anda cuba apabila datang makan disini ialah:

Menu Wajib:
1. Ayam Goreng
2. Ayam Ros
3. Daging Cincang
4. Daging Keping
5. Kurma Kambing

Menu Sampingan:
1. Kacang Buncis
2. Acar Timun Nanas

Extra:
1. Bawang Goreng

AYAM GORENG
AYAM ROS
DAGING KEPING
KURMA KAMBING
KACANG BUNCIS
KUAH DALCA

Selain kenikmatan menikmati hidangan Nasi Dalca Bawang Penang ini panas-panas di restoran mereka, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan hidangan ini dengan membelinya melalui aplikasi di dalam talian seperti:

1. M2U Sama Sama Lokal
2. Grab Food
3. Food Panda sahaja.

Sebelum ini Hans hanya berkesempatan makan di rumah sahaja Nasi Dalca Bawang Penang ini dan rasanya memang sangat lazat. Jadi, cuba anda bayangkan apabila Hans berpeluang makan terus hidangan di restoran mereka. Makanan sampai depan meja dalam keadaan panas dan segar lagi. Fuhhhh! Memang syahdu dan buat Hans tambah berselera untuk makan sambil menambah nasi dengan gembiranya. Hahaha!


Hans pasti ramai yang tertanya-tanya apa keistimewaan Nasi Dalca Bawang Penang ini sehingga empat kali sudah Hans menjamah makanan ini? Maka Hans dengan gembiranya ingin berkongsi Tiga Sebab Kenapa Nasi Dalca Bawang Penang ini wajib dicuba oleh anda semua yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya:


1) Rahsia sebenar kelazatan hidangan ini sebenarnya terletak pada keindahan rasa kuah dalca serta bawang gorengnya yang manis-manis manja. Apabila digaul bersana dengan nasi serta menikmati pula dengan aneka lauk pauk yang sedap ini memang memberikan anda satu pengalaman rasa makanan yang cukup mengasyikkan! 


2) Semua lauk yang dijual sememangnya menawarkan kelazatan rasa yang cukup mempesona untuk membuatkan anda menambah nasi paling tidak sepinggan. Serius sangat puas dan berbaloi makan Nasi Dalca Bawang Penang ini. Kadang-kadang rasa macam tengah makan di majlis kenduri kahwin yang hidangannya untuk pengantin tau. Sedap sangat!


3) Kuantiti makanan serta harga jualan yang sangat berpatutan. Memang mengenyangkan dan berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Serius puas hati!


Jadi, Hans memang wajibkan anda semua supaya berkunjung sendiri ke Restoran Nasi Dalca Bawang Penang bersama keluarga mahu pun rakan-rakan dan rasai sendiri setiap menu yang terdapat disini. Hans pasti anda semua akan puas hati. Silap-silap boleh datang berkali-kali nanti. Memang surrrrrr! Padu bak hang!

Restoran: 
Nasi Dalca Bawang Penang

Alamat:
No 79, Jalan LP 7/2, Taman Lestari Perdana, 
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Hari Operasi:
Isnin - Sabtu  

Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 4.00 Petang

Maps: 

Telefon @ Whatsapps: 

Untuk Tempahan: 

Instagram: 


#NasiDalcaBawangPenang  #NasiDalca


56 ulasan:

  1. Uishh sedapnyaa lauk2 dia. Macam makan dkt kenduri

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      tambah sekarang memang dah setahun lebih tak makan kenduri...
      so dapat makan dekat sini...fuhhhhh puas hati!

      Padam
  2. perghhh lauk dia...makan panas-panas, gigit cili hijau tuuu, mintak bawang goreng extraaa pulakkkk mmg padu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku cili hijau tak makan sangat...hahaha
      tapi bawang goreng tu memang wow weh!!
      gaul pula dengan kuah dalca...fuhhhh!! surrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

      Padam
  3. Balasan
    1. wah
      dua kali komen nih
      mesti tengah lapar masa komen nih
      hehehehe

      Padam
  4. Balasan
    1. memang semua sedap kak ayu
      saya yang tak minat sangat kacang buncis boleh jadi berselera makan sayur kacang buncis yang diorang masak nih
      sedap!

      Padam
  5. Balasan
    1. try jangan tak try
      harga pun okay
      portion ok
      rasa sedap!

      Padam
  6. Balasan
    1. sedap
      jangan lupa cuba
      nak beli delivery pun ada

      Padam
  7. Perhhh terbaikk lah meletop sedapnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang meletop
      sedap weh
      serius wajib pergi makan dekat kedai dia

      Padam
  8. fuhhh bikin terliur nih... daging keping dia tu mmg nampak surrrrr .... tunggu kita terjah sana pula nnt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terjah jangan tak terjah weh
      confirm tak menyesal

      Padam
  9. Lauk dia meriah, kat taman akak ni nasi dalca jual gak ada 3 jenis lauk dia sedia hihihi, lepas la nak merasa nasi dalca hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. meriah lauk dia
      nanti datang lah cuba
      sedap owhhhh

      Padam
  10. sedapnya... melampau betul duk pelayang banyak banyak kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahah
      sila datang makan dekat kedai dia
      tak pun order delivery jer

      Padam
  11. Wah best nyer! nanti kita nak try juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. try jangan tak try
      masa hans pergi kedai dia hari tu pun ramai datang tapau

      Padam
  12. Uish! Nmpak padu la lauk2 dia. Kalau dapat makan ni mesti best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila lah berkunjung ke kedai dia
      tak pun order delivery jer
      memang sedap

      Padam
  13. Dekat sangat dengan kawasan rumah saya.. tq sharing esok nak pergi beli nampak semua sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh dekat yer?
      selamat menikmati
      confirm puas hati

      Padam
  14. Terliurnya tengok lauk-pauk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hans yang dah makan pun jadi lapar balik bila tengok gambar nih
      teringat rasa sedap lauk-lauk dia

      Padam
  15. Sedap semuanya..dan² teringat nasik kenduri 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      itulah
      masa hans makan dekat kedai dia...tengok pinggan dah pinggan kenduri
      memang feel macam makan kenduri dah masa tu
      hahaha

      Padam
  16. Memang pernah tengok kedai ni... OK, Hans rekemen uncle mesti cuba!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba Uncle
      In Sha Allah kalau kena dengan selera nanti boleh datang repeat lagi

      Padam
  17. Berselera sungguh tgk lauk2 kat sini. Done save tempat ni . Boleh gi .

    BalasPadam
  18. Wahh meriah lauk-lauknya... Nampak sedap semua! Ada kesempatan nanti boleh cuba ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki datang lah nanti
      support local
      hehehehe

      Padam
  19. Balasan
    1. memang semua sedap kak
      puas hati makan
      bawa kawan hari tu pun tak malu sebab kawan pun sakan makan
      hahaha

      Padam
  20. Huyyooooo banyak pilihan... sedapnyeee... boleh la rekemen kat kengkawan nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rekemen jer
      confirm kawan-kawan yang datang makan puas hati punya

      Padam
  21. Nampak sedap. Puas hati dapat makan macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu tak apa kak
      puas hati sangat makan dekat kedai dia

      Padam
  22. Huwaaa nampak menyelerakan sungguh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. wajib kena datang sini
      nanti cuba semua lauk
      confirm puas hati

      Padam
  23. Kalau dapat ni mau bertambah makan.

    BalasPadam
  24. Kalau dapat ni mau bertambah makan.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com