Rabu, 1 September 2021

Top 5 Kafe Instagrammable Di Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans perasan sejak beberapa tahun ini terdapat banyak kafe di sekitar Kuala Lumpur yang bukan sahaja cuba menarik perhatian pengunjung dan pelanggan dengan menu yang lazat dan kreatif tetapi turut juga menawarkan sudut-sudut menarik di dalam dan luar kafe yang sesuai untuk para pelanggan bergambar dan memuat naik gambar tersebut di dalam akaun Instagram mereka. Jadi, untuk kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua Top 5 Kafe Instagrammable Di Kuala Lumpur yang menarik untuk anda kunjungi.

1. JIBBY EAST


Terletak di Sunway Montana, Kuala Lumpur, Hans yakin Jibby East merupakan salah satu kafe mesra instagrammable yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung atau melawat Kuala Lumpur. Menu yang ditawarkan kafe ini kebanyakannya berunsurkan Barat dan ada juga menu-menu Asia ditawarkan disini. 



Selain menawarkan makanan lazat yang dipersembahkan dengan dekorasi yang cukup menarik, Jibby East juga tidak terkecuali menampilkan suasana dan sudut-sudut yang cukup cantik buat anda untuk bergambar dan memuat naik di laman instagram masing-masing. Jadi, tidak hairan lah apabila Jibby East dikenali sebagai sebuah kafe instagrammable yang sangat terkenal di Kuala Lumpur sehingga berjaya menarik ramai tokoh-tokoh serta selebriti tanah air untuk menjamu selera di sini.


2. VCR KAFE


Terletak di Jalan Galloway, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Hans suka VCR Kafe merupakan salah satu kafe mesra instagrammable yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung atau melawat Kuala Lumpur. Kafe ini sangat dikenali sebagai salah satu kafe yang menyediakan makanan dan hiasan dalaman yang sangat berbaloi buat mereka yang suka bergambar dan memuat naik ke dalam akaun sosial Instagram.



Kafe ini sangat dikenali dengan rasa kopinya yang memukau serta menawarkan makanan-makanan yang cukup enak dan indah dengan persembahan dekorasinya yang menakjubkan. Jadi, tidak hairan lah apabila VCR Kafe masih bertahan dan dikenali sebagai sebuah kafe instagrammable yang sangat terkenal di Kuala Lumpur sehingga ke hari ini.


3. BOTANICA +CO 


Terletak di Jalan Ang Seng, Brickfields, Kuala Lumpur, Hans sentiasa syorkan Botanica +CO juga merupakan salah satu kafe mesra instagrammable yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung atau melawat Kuala Lumpur. Kafe ini sangat dikenali sebagai salah satu kafe yang menawarkan pelbagai jenis makanan menarik serta pencuci mulut yang sedap-sedap belaka. Selain itu, dekorasi yang disediakan juga sangat menarik buat anda yang gemar bergambar untuk memuat naik gambar disini ke dalam akaun sosial Instagram.



Memang rambang mata apabila berkunjung ke sini kerana banyak menunya yang menjadi rebutan ramai untuk dicuba. Jadi, tidak pelik apabila Botanica +CO mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga dilabel sebagai sebuah kafe instagrammable yang perlu anda kunjungi.

4. POKOK KL CAFE


Terletak di MAHSA COLLEGE, Kuala Lumpur, Pokok KL Cafe juga merupakan salah satu kafe mesra instagrammable yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung atau melawat Kuala Lumpur. Kafe yang berkonsepkan glasshouse ini sangat terkenal sejak memulakan operasinya pada Oktober 2018. Memang seronok betul bergambar disini.



Terdapat pelbagai menu-menu menarik yang ditawarkan sama ada hidangan tempatan mahu pun barat. Dari nasi lemak, sandwich, kek dan minuman kopi serta coklat, semuanya sangat memikat selera. Jadi, Pokok KL sememangnya mempunyai aura tersendiri sehingga dilabel sebagai sebuah kafe instagrammable yang kerap dikunjungi.


5. LUCKIN KOPI

Terletak di Jalan Panggong, Kuala Lumpur, Hans sememangnya cukup suka berkunjung ke Luckin Kopi yang juga merupakan salah satu kafe mesra instagrammable yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung atau melawat Kuala Lumpur. Memang banyak sudut-sudut menarik di tingkat atas yang boleh bergambar untuk diabadikan di dalam akaun Instagram.


Selain itu, Hans juga cukup tertarik dengan pelbagai menu yang ditawarkan disini dimana persembahan makanannya yang sangat cantik dan buatkan Hans lebih berselera untuk makan. Paling wajib cuba ialah minuman kopinya yang sangat kaw! Jadi, Luckin Kopi sememangnya tidak asing lagi di kalangan pengunjung kafe sehingga dilabel sebagai sebuah kafe instagrammable yang kerap dikunjungi di Kuala Lumpur.


Jadi, inilah 5 Kafe Instagrammable Di Kuala Lumpur yang wajib anda kunjungi apabila mengambil keputusan untuk holiday di Kuala Lumpur. Jangan risau kerana semua kafe-kafe ini sangat berdekatan dengan lokasi hotel-hotel yang menarik dan menawarkan harga yang cukup berpatutan apabila anda menggunakan VIP Pass. Jadi, selamat berkunjung ke setiap kafe ini dan Hans pasti ianya sangat berbaloi terutama buat anda yang suka bergambar. 


11 ulasan:

  1. bilalah nak dapat ke sana dan berposing sakan ni ek..tak sabar pula nak cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe mungkin dalam hujung tahun nih ker kan

      Padam
  2. wah mewahnya makanan habis ke hans makan mulut satu je perut pun kecik heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan sikit-sikit
      makan semua pecah perut karang
      hahaha

      Padam
  3. bestnya han.....harap2 berkuranganlah virus, boleh try bawak anak2, semua nampak best.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah bulan 11 ke 12 nih boleh makan dengan selesa

      Padam
  4. Menu nampak sedap2 bila dapat kesana sahkan nak g KL balik kampung tak xleh lagi hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe itu lah kan
      bulan 10 ke 11 In Sha Allah dah boleh kut

      Padam
  5. Balasan
    1. itulah
      makan sedap
      bergambar pun cantik
      confirm warga insta favourite punya
      hehehe

      Padam
  6. bestnya dapat makan dalam kedai yang mesra kamera dan media sosial...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com