Tamatlah Kerjayaku Sebagai Toy's & Stationery Staff

Hari ini aku bangun awal gila. Pukul 6.20 pagi dah bangun dah sebab hari ni aku kerja pukul 8.00 pagi. Hari ni dari pukul 8.00 pagi sampai 12.00 tengahari kena check stock. Aku pegi keje pukul 7.30 pagi. Sampai sana aku terus masuk dan letakkan senarai list toy’s untuk dicheck sebab semalam tak sempat.



Deparment Toy’s aku berjalan lancar walaupun ada kesilapan code sikit-sikitlah(macam mana tak silap..barang sama..nama barang samaharga sama…alih-alih barcode lain). Apa-apapun kesimpulannya berjalan lancarlah tanpa banyak masalah yang memeningkan.



Beralih kepada department stationery, bahagian - bahagian yang aku dengan kak yati check semua okay. Masalahnya, cuma tempat kerja bekas staff yang berhenti tu jer, si Hani yang membawa masalah besar. Barang-barang tidak mengikut susunan. Sejam lebih jugalah aku dengan kak yati bertungkus lumus buat benda tu sambil dibantu cashier – cashier yang ditugaskan. Memang penat jugalah ditambah dengan artist + deejay = aku menyampah mamat nih yang ditugaskan check stock dekat department stationery. Dia bising pasal 3 kali dia kira dapat jumlah yang tidak sama dengan yang ditulis dalam kertas. Aku macam nak maki dia pun ada. Buatlah kerja hang. Kalau dah silap betulkanlah. Orang lain tak kecoh yang hang plak melebih – lebih. Nasib ramai supervisor masa tu. Kalau tak memang aku dah maki dah. Kak Yati pun bengang jer dengan dia.



Dalam masa yang sama, dekat almari kaca pen jenama Zebra, ada seorang perempuan Cina ni..nama dia May Wa macam tu lah bunyinya. Dia nih kalau cakap..suara dia punyalah kuat..tu belum dengar dia bising ker marah lagi..aku tak tahulah macam mana rasanya. Dah banyak hari dah dia datang situ..dia terkejut aku dah kira siap jumlah pen dia dalam almari tu tanpa ada salah pun. Terdiam dia. Haha! Kalau tunggu dia buat alamat sehari pun tak siap macam dia buat check stock untuk rak pen dia jer. Aku buat setengah hari jer. Dia dua hari baru siap. Haha!



Lepas tu aku rehat pukul 1 tengahari. Aku rehat dengan Lin dengan akak sorang tu. Diorang baru tahu aku nak berhenti kerja. Terkejut masing-masing. Kami makan nasi ayam hari nih. Sembang macam-macam dengan diorang. Aku ceritalah pasal staff artis+deejay yang buat aku bengang tu dekat diorang. Diorang pun cakap diorang tak suka mamat tu. Ramai tak suka dia sebab kecohlah berlagaklah..Hurmm, patutlah! Haha!



Lepas tu aku ikut diorang jalan – jalan kejap. Habis rehat, aku masuk balik ke department aku. Alhamdulillah, semua dah siap. Semua sudah diaudit. Gembiranya hati. Tetapi, ingat kerja dah settle. Alih-alih kena keluarkan balik pen-pen dalam kotak yang aku simpan dalam stor dan masukkan balik dekat rak-rak jenama pen tu. Nasib ada 3 orang cashier tolong. Kalau tak mahu terterap aku depan rak pen tu. Haha!



Aku siapkan semua sebab tak tergamak aku nak suruh dia habiskan kerja dekat situ sebab banyak lagi dia kena buat. Ada lagi dalam 15 minit macam tu untuk tibanya pukul 5.00 petang atau erti kata lainnya waktu terakhir aku kerja dekat situ. Aku mula rasa lain sangat-sangat. Adakah aku patut gembira sebab hari ini tamatlah kerjaya aku sebagai toy’s & stationery staff? Atau adakah patut aku sedih sebab aku berhenti kerja demi pelajaran aku? Atau adakah aku hanya perlu buat selamba jer? Tapi masalahnya tak boleh.



Secara jujurnya aku teramat sedih nak tinggalkan department aku dengan teman-teman sekerja yang dah macam keluarga aku sendiri. Tambah - tambah sedihnya tu sebab kasihan lihat Kak Yati kerja seorang-seorang jer. Staff baru masih belum ada lagi dan ini bermakna dia harus sentiasa kerja dengan shif full dan masuk hari nih dah 5 hari dia berkerja shif full dengan tak dapat nak cuti sebab kekurangan staff. Tapi apa boleh buat. Aku berhenti pun sebab nak sambung belajar. Tapi, memang aku kesian tengok Kak Yati kerja sorang-sorang.



Aku ambil masa yang terhad tu untuk borak – borak dengan Kak Yati. Buat lawak sikit bagi di happy. Dalam seronok bersembang-sembang dengan Kak Yati tu, tiba-tiba Mr Oie(aku xtahu ejaan dia macam mana) datang dekat aku.



Dia tanya aku ,” Hari nih U last day ka?”


Aku pun cakap ,”Ya, hari nih I last dekat sini”.



Tetapi yang buat aku terkejut badak tu(aku tak tahu pun macam mana badak terkejut tapi hentam kromo jer lah)…tiba-tiba dia menghulur tangan. Aku pun salam lah tangan dia.



Lepas tu dia kata” study elok-elok arr”.



Aku pun hanya anggukkan kepala. Mungkin sebab terkejut lagi sebab susah nak tengok orang tua nih cakap macam nih. Hahaha!



Jam loceng pasaraya pun dah bunyi. Aku rasa berat sangat nak tinggalkan tempat tu. Kak Yati pun hulurkan tangan. Dia kata jangan lupa dekat dia pula. Siap jemput aku pi kenduri adik dia kawin lagi. Tapi bulan 10 nih aku rasa UiTM tak cuti masa tu. Jadi, aku cakap dekat dia masa hari rayalah aku pergi rumah dia. Dia kata no hal lah. Lagipun masing-masing ada no telefon.



Lepas tu aku pergi jumpa akak-akak electrical. Diorang pun terkejut sebab aku cakap hari nih hari last aku kerja. Diorang pun borak-borak kejap dengan aku pastu wish aku belajar elok – elok. Thanks coz tolong ikat pen hari tu. Kalau tidak tak tahulah macam mana jadi hari nih. Haha!



Lepas tu member aku datang pastu ajak aku pegi bawah kejap. Dekat bawah aku jumpa Mary, seorang India yang pertama aku jumpa melatah. Sebab setahu aku orang Melayu jer suka melatah. Haha! Dia terkejut bila dia tahu aku nak berhenti. Lepas tu dia kata dia sedihlah hilang kawan. Lagipun ramai member-member dia nak berhenti. Aku kata apa susah. Handphone kan ada. Pastu dia bagi pen dgn kertas. Aku bagi jer nombor aku. Lepas nih aku rindulah dengan panggilan Raja Samy(nama penyanyi ker pelakon ntah) yang Mary selalu sakat aku tuh dan tak dapatlah aku nak sakat dia supaya melatah. Haha!



Lepas tu aku pergi jumpa Abang Wan. Abang Wan tengah buat kerja masa tu. Aku panggil Abang Wan. Dia toleh. Aku hulur tangan lepas tu aku kata aku nak balik dah. Lepas tu Abang Wan hairan. Dia tanya sebab apa. Ialah. Tak pernah-pernah aku macam nih kan. Aku pun cakaplah hari nih hari last aku kerja. Lagipun aku tahu esok dia cuti. Takut – takut tak sempat nak jumpa dah. Muka dia pun berubah. Terkejut dia. Aku ingat ker dia dah tahu.



Dia cakap, “ awat berhenti? Dapat kerja tempat lain ker?”


Aku bagitahu aku nak sambung belajar.


Lepas tu dia cakap, “ Jumpa lagi tau”.


Aku pun senyum jer lah.



Haih, pasnih dia seorang jer lah lelaki dekat floor tu. Kena tutup pintu sorang-sorang. Haha! Tak pa! Tunggu Bang Wan kahwin nanti kita jumpa lagi!!Kahwin jangan lupa panggil tau!



Melangkah aku keluar dari situ dengan seribu satu pengalaman. Syukur pada Allah sebab dia beri aku peluang untuk kerja dekat situ. Macam – macam aku belajar dekat sini tentang diri aku, diri orang, kehidupan, pengorbanan, kegembiraan, kesedihan, join mengumpat(haha)…macam-macamlah.



Hari Khamis nih aku nak pergi lagi sekali sebab nak bagi baju. Aku akan ambil kesempatan hari tu untuk jumpa dengan member – member yang tak sempat aku jumpa dan yang aku dah jumpa. Aku memang rindukan korang, rindukan suasana kerja yang kadangkala seronok, yang kadangkala suram, yang kadangkala memeningkan, yang kadangkala membuatkan aku gila, makan nasi lemak dengan korang semua dan yang pasti aku takkan lupakan semua kenangan ini.



Aku tak dapat tulis lagi sebab mungkin dah sangat panjang dan aku rasa sangat sedih lepas aku menulis semua nih!!



SAYANG KORANG SEMUA STAFF PASARAYA BILLION CAWANGAN MBAS 2008.




P/S: SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN TETAPI SEGALA KENANGAN SENTIASA AKAN TERPAHAT DI DALAM INGATAN BUAT SELAMA – LAMANYA.

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aduhh!!..
    sdey plak aku dongar eh...
    hahaha..
    bley wt cite ni...

    BalasPadam
  2. sedeynyer aku bce kish ko ni...
    dgr la lg samsons kenagnan terindah...lg feel...

    BalasPadam
  3. jelesnya..
    aku xda pngalaman camni lgik..
    haih..
    besh kan klu dpt kwn2 camtuh..
    tambah yg pmpuan2 rmai..
    ar ar..
    takira jgak..lpas ni klu nk keja tggu aku skali..
    haaaa..
    jgn dok b'kmpromi ngan am ja..
    bydaway sdeyh jgak cita hg nih..
    tmbah2 kt part RAJA SAMY tuh..
    huhu..
    aku suka suma cita hg..

    BalasPadam
  4. part raja samy tu sedey?

    haih, aku rasa part tu lawak tu..

    sampai skrg aku xtahu macam mana muka raja samy tu...

    BalasPadam
  5. raja samy!

    agak . sedih la...

    berpisah2 gtu...

    ala.. cecuti nnt singgah je kat biliyen itu.

    BalasPadam
  6. raja samy.

    nickname baru geni bila start sem ni.

    BalasPadam
  7. abang, kenapa abang punya blog cara penulisannya seperti di buku teks bahasa melayu baku dan sejarah semasa kita di darjah satu sehingga tingkatan lima dulu ya? kenapa ya? oh abang sangat baku. terima kasih abang raja samy! rindumu kan tetap d hati. saya rindu semua staff dan pekerja dewan makan laksamana di universiti teknologi mara melaka. haha. ayam berapa?

    BalasPadam
  8. mestilah
    BM aku A la...
    mestilah baku..
    martabatkan bahasa negara...
    siapa lagi nak martabat kalau bukan rakyatnya sendiri...
    aku tau lah ko rindu sahak...
    konon2 ko rindu kak lela la tu..
    hahaha3

    BalasPadam
  9. aku leh bayangkan ko menaip ngan penuh emosinya..
    sebab.. kalau tanpa emosi yang mendalam dan menyentuh kalbu.. ko takan dapat menaip dengan sebegini panjang....ahaks! berhujah laks.. hhahaha..

    biase la tuh setiap yang bertemu pasti akan berpisah.. tapi setiap yang berpisah itu untuk menebalkan kerinduan.. kite nie.. diberi sedikit jea masa untuk kenal sane, kenal sini.. untuk memanjangkan silaturahim katekan.. huhuhu.. sejak bile la aku nie jadi ustazah.. hihihihi
    tu la.. mase mule2 nak keje dulu.. aku ingat lagi ko ckp kat aku..
    skrg tgk kan.. dah terkena angau rindu.. sayang.. sape yg susah..=)

    BalasPadam
  10. so dah abis keje ni.. ape lak ko nak tulis dlm blog ni?

    cite la lgi pasl abg wan! hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama