Rakan Saya Siri 6


Member teman yang sorang nih plak asalnya dari Taiping, Perak. Nama dia Munirah tapi aku panggil dia Kak Mun jer. Aku mula kenal dia masa part 1 sebab kitaorang nih satu kelas juga dan masing – masing pun orang kampung. Silaturahim budak – budak kampung dalam kelas nih memang bagus. Haha.

Pandangan pertama : Perempuan Melayu Terakhir(drama drama drama…haha)..slumber!

Pandangan sekarang : Rambut sekarang lurus habis dah…wakakakaka….coollll(tapi den lebih sukakan perwatakan ekau yang den kenal dulu - dulu)

Hah, entry kali nih cheq takdak lah nak cakap kau ker aku ker sebab beliau nih sedikit tua(padahal tua setahun jer pun..waakakakakaka). So, kena hormatlah sikitkan. Paling mula kenal dia masa dekat stesen bas Alor Gajah. Masa tu cuti Tahun Baru Cina ker cuti apa entah. Masing – masing balik kampung. So, masing – masing tegur dekat situlah. Siap aku mesej dalam bas lagi lumba bas mana sampai dulu tapi akhirnya bas aku yang tersangkut sebab jammed gila dekat Sungai Buloh. Masa tu ingat umur minah nih sama macam aku(masa tu terasa lagi macam dekat sekolah..satu kelas umur semua sama jer..haha). Tiba – tiba satu hari dengar orang panggil dia Kak Mun so panggilan tu melekat sampai sekarang.

Waktu part 1 banyak jugalah memori – memori daun pisang nih. Rajin jugalah dia join aku dan lain – lain bergambar – gambar dekat Fescom, masa presentation BBM dan masa masing – masing tengah sibuk buat assignment sociology dekat Dewan Makan Temenggung. Paling lawak minah nih berlakon jadi 7 Dwarf dalam drama Snow Putih sempena English Week(kata orang aku pun sama juga). Yang paling best yang budak – budak lelaki belanja budak – budak perempuan makan dekat dining lelaki(dining kitaorang sedap sebab ada roti canai..hahaha). Bersemangat betul diorang nih makan.

Masa part 2 si Kakak Mun nih mula dipandang hebat oleh sesetengah orang sebab dia antara student yang sentiasa DL(pandai rupanya ekau…hahaha). Tapi, gua tak kisahlah Lu dapat DL ker apa sebab Lu slumber punya orang maaa. Tak bising – bising ker kecoh – kecoh ker. Gua sangat respect Lu punya ini pendirian owh(paling seronok masa duduk sebelah Lu waktu midterm...kalau tak tahu leh tanya...haha). Lepas tu ingat lagi dekat bawah library, tiba – tiba Kak Mun & the geng panggil aku dan cuba korek rahsia pasal salah seorang yang pernah group dengan aku. Paksa – paksa cerita plak(sibukkk jer nak tahu….hahahhhaa). Masa part 2 juga dapat group dengan dia untuk subject Mass Media. Buat pasal Melaka Hari Ini. Ingat lagi waktu tu gila – gila jer ambil gambar dekat bangunan baru tu sebab tak tahu apa nak buat. Dari tangga sampai ke dinding asyik bergambar jer. Pastu masa ambil gambar kelas DMC2B original tu. Yang dekat atas bukit depan tasik tu. Anda sangat – sangat memberikan kerjasama(trimas2).

Dan mula jadi team Bas Sekolah masa part 5 sebab selalu kalau nak pergi kelas mesti suruh ekau dengan Amalina tunggu dekat jambatan tu dan yang seronok tu sebab selalu mabuk – mabuk dekat mamak(mabuk tu bahasa kitaorang yang melambangkan minum teh tarik..jangan salah sangka). Hahaha. Lepas habis kelas Afiq jer mesti selalu jer nak pergi sana sebab nak bergossip atau nak tengok Duyung Tasik Tun Fatimah(Amalina) mabuk. Hahaha. Dan yang best tu bila ada orang lain nak join dan gua tengok cubaan menipu dari Lu tu memang buat wa ketawa gila – gila punya.

Dekat sini gua nak lah berterima kasih dan minta maaf pada hang Kak Mun dalam beberapa hal :-

1) Terima kasihlah sudi menawarkan diri nak masuk group gua masa part 6 nih. Teringat lagi masa taklimat group dekat DKHEA masa tu. Haih, gua masih ingat member baik Lu datang – datang merayu nak masuk group kita tapi group kita dah penuh. Lu pun gua rasa kadang – kadang leh jadi Drama Queen kan? Hahaha.

2) Terima kasih jugalah sebab bersusah payah dengan gua untuk semester last nih. Dari buat proposal, turun naik TV3, pergi interview orang, buat assignment, beli barang, uruskan booth dan macam – macam lagilah. Tapi, untung juga kan ekau group dengan gua. Dapat jumpa idola hang si Samy Vellu(sukalah tu jumpa buah hati). Hahahaha.

3) Gua teringat masa pergi rumah sedara ekau dekat Segambut(hahaha…bestkan ayat sedara tu). Den rasa macam penjenayah pun ada juga kadang – kadang masa nak pergi sana tapi nasib tak ada apa – apa kes yang berlaku. Hahaha.

4) Trimas lah sebab memakbulkan hajat gua mau pergi Aquaria KLCC. Akhirnya, dapat juga masuk dalam tempat tu dan trimas lagi sebab memperkenalkan gua pada Roti Subway yang sangat – sangat sedap dan mengenyangkan. Baguih hang nih!! Hahaha!

5) Thanks jugalah sebab ekau antara manusia yang memeriahkan hidup gua dekat Taman Intekma tambah – tambah masa H1N1 tu selain Jue. Dan yang best tu ekau dengan gua menjadi team yang selalu mencari kesalahan tatabahasa Jue di dalam kereta dan paling best of courselah masa Jue jatuh dekat Mcd tu kan(Jue jerit MALUUUU)? Hahaha…

6) Trimas lagi sekali lagi noh sebab hang sudi ajak cheq pi pekena ikan bakaq dekat Muara Sungai Duyung sana. Siap boleh jumpa Abu Shah lagi tu. Tiba – tiba rasa diri macam VVIP ja masa tu. Hahaha. Dan cheq setuju sangat – sangatlah hang berpisah dengan kekasih hati lama ang tu. Lagipun dia tak sesuaiiii dengan hang. Wakakakakaka. Tak pa…hidup muda lagi noh…relax sudah!!!

7) Thanks jugalah kasi karipap sebesar alam dekat rumah sewa gua hari tu. Sedap – sedap cuma kalau boleh kandungan inti karipap diperkuatkan lagi dengan daging unta yer(nak demand jer..haha).

8) Thanks lagi sekali sebab bersemangat nak sambut besday gua dengan Jue dan Deja hari tu..trimas!!

9) Sejak gua kenal Lu lah kan..prinsip Lu tu pun gua ada ikut juga…sebab gua suka sama Lu punya sesetengah prinsip…coolll!!

10)Thanks sebab call Miss Zuliani suruh cancelkan kelas masa part 5..Hahaha.

11)Trimas lagi sekali sebab pengaruh Gua ponteng kelas Afiq dan lepak dekat pondok depan tasik tu dengan Amalina. Dan masa tu hujan pula kan? Balasan ponteng kelas Afiq lah tu. Haha.

12)Gua pun nak minta maaf jugalah pasal masa gua bawa ekau dengan amalina guna ‘jalan shortcut’ nak balik blok tu(masa tu part 5 kut). Sekejap jer kan sampai blok. Hahaha. Padahal sampai kebas – kebas kaki guna jalan shortcut tu. Minta maaflah sebab memperkenalkan jalan tu pada ekau yer. Hahaha.

13)Gua pun nak minta maaflah pasal ekau kena pergi sorang – sorang taklimat tu dan kena pergi bukukan assignment tu sorang – sorang sebab masing – masing semua balik. Thanks sangat – sangat yer atas pertolongan itu.

14)Gua pun nak minta maaf siap – siaplah pasal kenduri kahwin abang ekau nih rasa – rasanya gua tak dapat datang. Tak ada transport maaa…tapi kalau lu kahwin gua confirm datang lorr(kalau lu jemput lah…hahaha).

Ada lagi nak tulis nih tapi gua tahu member – member gua semuanya manusia yang tak suka nak membaca. Rambut baru Lu sangat cun lah dan pandai – pandailah jaga noh. Haha. Dan lagi satu jangan selalu pasang ramai – ramai maaa. Nanti Lu dapat balasan di masa akan datang. Hahaha. So, gua mohon maaflah banyak – banyak atas apa salah silap selama 3 tahun kenal nih(mana tahu ada mengumpat Lu ker apa ker..haha). Gembira dapat kenal Lu tambah – tambah bila boleh speaking utara dengan Lu(tension tengok Yat cakap Sarawak..haha). So, insyaallah kalau jumpa dekat Shah Alam nanti harap – harap tegurlah yer dan harap Geng Bas Sekolah Intekma sentiasa kekal bersatu. Amin! Bye2!

P/S : Rakan Saya Siri 7 Akan Datang!

P/S Lagi : Cerita Rakan Saya Nih Sampai Siri 10 Sahaja...Lepas Nih Kalau Ada Orang Nak Beli Cerita - Cerita Nih Buat Filem Ker Drama Bersiri Ker Sila Contact Aku Yer..Hahaha

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. biarla dia nak pasang ramai... bleh berpasangan dgn gua!hahahaha.

    Munirah, Kak Mun...nama kakak gua lah!

    BalasPadam
  2. salute aku!
    ko ingat smua scene lak tuh.
    haha.
    2 thumbs up lahh:D

    BalasPadam
  3. hihi......
    rating mesti tinggi neyh kalo ko wat drama. drama....drama....drama.....wakaka!!

    BalasPadam
  4. huhuhh...
    ramai la no kali bleh wat smpai siri 10..
    baguih la hang nieyh!!!

    BalasPadam
  5. hehehehehe.. kalo nk beli kawan2 ko yg aweks ajo bleh x? hahahahahaaha... ayat poyo!

    BalasPadam
  6. Hidemichi : Allah..sudah2lah weih ko perasan..aiyo

    sizuka : haha..bukan semua pun aku ingat

    cj : tunggu nanti aku jadi director la...tgh kumpul duit nak beli buku macam mana nak buat script

    ghostone : ialah...kira macam carta top ten plak benda nih..haha

    cik cookie : hahaha...xleh..

    kawie2020 : saya anti urusan perdagangan manusia..harap maklum

    BalasPadam
  7. er,,,hans...kemslm kt beliau.boleh?pakcik kordi nk masuk line ni,,,...asyik2 supi supian dan roslee arshad je sapu mkwe yg pakcik kordi nk..tensen la aii gini waks!!!

    BalasPadam
  8. hahah ape kate buat episode Siri RAKAN SAYA.. haha ok what cukup 10 episode nnt, leh jual kt afdlin shauki :p

    BalasPadam
  9. pakcik kordi : insyaallah...haha

    arieza : aku nak arah sendiri maaa...haha

    BalasPadam
  10. bangge siak sume kwn2 ko..huhu

    btw subway mang sedap..bes..=)

    BalasPadam
  11. bila nak buat enrty pasal aku pulak?
    kehkeh

    BalasPadam
  12. ohohoi. lama xdnga cte.
    kwn bersiri. fuh bahye. haha :D

    BalasPadam
  13. chokio_nia : tak tau la apa diorang rasa...subway memang best..haha..kenyang dowh melantak dkt situ

    hanida lavida : tunggula 10 tahun lagi..hahaha

    asybedazzle : kawan bersiri bukan perogol bersiri..apa yg bahayanya?adess

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama