Review Film : 2012 SUPERB!!

Sangat hebat terutama dari segi kesan effect dan nilai kasih sayang sesama manusia. 2012 bukanlah filem pertama sutradara Roland Emmerich yang mengangkat tema kehancuran dunia kerana sebelum ini beliau juga menempa nama menerusi filem The Day After Tomorrow dan Independence Day.

Sinopsis filem ini telah pun diceritakan oleh penulis pada entry sebelum ini(sila lihat di bawah). Jadi, penulis rasa selain dari berhibur menonton kesan – kesan effect yang menarik dan superb nih tak salah jikanya kalau kita renungkan mesej di sebalik filem ini.

Tema kasih sayang sesama manusia terutama antara ahli keluarga sangat terkesan dihati penulis sewaktu menonton filem ini. Garapan ceritanya yang menimbulkan nilai – nilai murni nih patutnya dicontohi oleh pengarah – pengarah filem di Malaysia. Maksud penulis disini, tidak salah jika penonton Malaysia disogok dengan teknik CGI atau apa – apa kesan khas yang hebat ataupun pengarah sahaja merasakan benda itu hebat tetapi dalam masa yang sama jangan lupa selitkan unsur – unsur kasih sayang seperti ini kerana penonton anda bukan sahaja dihiburkan dengan aksi – aksi hebat sahaja tetapi pada waktu yang sama mengajar dan mengingatkan mereka tentang kasih sayang yang amat tinggi nilai harganya.

Dari segi kesan khas, pengarah filem ini telah memaksimumkan imaginasi beliau di dalam filem ini. Tanah runtuh, letupan gunung berapi, tsunami yang lebih tinggi dari gunung sangat hebat dan kelihatan sangat realiti. Sangat menakutkan bagi penulis sewaktu menonton. Bagi pasangan couple? Semakin takut semakin memeluk. Takut pada filem tetapi tak takut pada dosa. Hahaha..

Dari segi politik, penulis rasa pengarah filem ini sangat bijak dengan menjadikan negara – negara berkuasa di dunia atau G8 seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, China dan lain – lain sebagai salah sebuah subjek filem beliau. Di dalam filem ini, kita ditunjukkan bahawa yang berkuasa dan kaya menjadi penentu kepada nyawa manusia lain. Hakikatnya, dunia sekarang memang menjadi seperti itu. Ia seakan Aparteid tetapi kali ini ia bukannya melibatkan warna kulit tetapi kepada jurang kekayaan. Yang kaya akan hidup dan yang miskin pandai – pandailah nak hidup. Mungkin lebih kepada sistem kasta kalau boleh disamakan. Cuma, Presiden Amerika kali ini dilakonkan oleh manusia berkulit hitam dan mungkin dirujuk kepada Obama. Dan kalau betul Obama akan berkelakuan seperti dalam filem ini pada 2012 akan datang, penulis akan berasa sangat terharu.

Cuma, penulis rasa sedikit kecewa kerana ‘Hari Kiamat’ yang cuba digambarkan dalam filem ini tidak melibatkan semua benua kerana negara Afrika digambarkan selamat dalam bencana ini. Ironinya, manusia takkan mampu menyelamatkan diri sendiri sewaktu kiamat itu datang. Tetapi, secara keseluruhan filem ini sangat bagus dan penulis berasa sangat sedih menonton filem ini terutama nilai kasih sayang yang ditonjolkan dalam filem ini.

Penambahan Fakta : Adegan - adegan yang mengecewakan seperti adegan bercium di saat - saat genting dan talian telefon bimbit yang masih berfungsi sedikit mencacatkan filem ini. Tetapi, mana ada filem yang sempurna. So, abaikan!

Pengalaman Tadi…..

Itu tentang filem 2012. Ini aku nak cerita dari permulaan beli tiket sampailah aku pulang ke rumah. Sewaktu membeli tiket, aku beratur dua kali. Kali pertama aku beratur aku melihat orang depan aku membeli tiket dan aku terus membatalkan niat. Rasa – rasanya macam seat depan jer yang kosong. Selepas itu aku beratur kali kedua kononnya nak tempah tiket untuk esok. Tetapi, sebab memang hati nih dah tak tahan sangat nak tunggu jadi aku gagahkan jugalah tanya tempat duduk :-

Aku : Pukul 3.20..

Penjual Tiket : Ada depan nih jer adik

Aku : Okaylah…kasi saya yang tepi tangga tu..

Penjual Tiket : Dua tiket kan adik?

Aku : Eh, satu jerlah kak…

Penjual : ….(memandang)

Aku : Satu jer…(hati nih tengah panas)

Penjual Tiket : Owh, single…kalau single seat dia lain..(terus menekan – nekan tetikus)

Aku : Owh!

Penjual Tiket : Terima Kasih yer dik…

Aku : Sama – sama…

Cess!!!!!!!!!!!…apa yang peliknya kalau aku seorang jer beli tiket. Nasib muka kau lawa. Hahaha. Aku datang dengan member aku si Am tanpa di rancang tetapi malangnya dia dah tengok. Kalau aku tunggu orang memang aku rasa aku takkan dapat tengok filem ini. Jadi, terpaksalah berdikari dalam beberapa perkara.

Lepas tu beli popcorn tetapi popcorn sini TAK SEDAP macam dekat GSC(apa-apapun tetap habis sebab aku belum makan apa – apa lagi). Rupanya ramai juga yang datang menonton sendiri jadi taklah rasa diri ini hina seperti pandangan penjual tiket tu. Hahaha.

Sedikit tension dengan suara budak – budak yang memekik. Tetiba terfikir mahu baling budak itu dengan KASUT aku tapi sebab memikirkan kasut aku agak bernilai jadi cepat – cepat aku lupakan niat aku tu. Hahaha!!

Apa – apapun 5 Bintang untuk filem yang superb nih!!

P/S : Mak Aku Kata Aku Kaki Wayang…Tak Senang Duduk Kalau Tak Tengok..Korang Rasa Aku Macam Tu Ker?

PERINGATAN : UNTUK MENGETAHUI SAMA ADA FILEM INI BEST,MENARIK,BOSAN ATAU INDAH KHABAR DARI RUPA...PENULIS MENYARANKAN AGAR ANDA MENONTON SENDIRI...KERANA BAGI PENULIS MASING - MASING ADA SELERA MASING - MASING. SETIAP FILEM YANG PENULIS TONTON PENULIS JARANG MELETAKKAN HARAPAN YANG TERLALU TINGGI MELAINKAN FILEM HARRY POTTER!SEKIAN!

26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ala..gua pon kaki wayang..xdulik pon tgok sorg..byk kali la org kaunter buat2 pekak tny tgok sorg ke??gua mls nk mgmuk....hahaah..bile da kuar muvie..klu lmt tgok.,.rasa loser gle..ahaha

    BalasPadam
  2. aku belum tj lagi lah..
    macam2 review yg aku baca,.. ada yg kata tak okey.. ada yg macam kamu kata okey!!

    BalasPadam
  3. hg tgk kat ne weh? aloq staq mall ke?
    huhu.

    tak berpeluang tgk lgi.
    adess.

    ak bace kat murai:
    Yang keterlaluan...


    1. Gelombang tsunami pada sesetengah tempat seperti Pergunungan Himalaya sangat 'bersih' padahal sudah banyak kota dan jutaan manusia disapu ombak besar itu sebelum sampai ke situ.


    2. Aksi hero (John Cusack) yang memandu limosin bagi menyelamatkan keluarganya ketika gempa bumi melanda Los Angeles, sangatlah over. Nampak seperti mereka sahaja yang terselamat menyelinap di celahan bandaraya yang sedang punah ranah itu!


    3. Siaran ulangan babak 'ucapan semangat bersatu-padu demi keamanan sejagat' seperti mana dalam Independence Day berlaku lagi ketika saat-saat cemas dalam filem ini.


    4. Walaupun muka bumi sudah musnah, telefon bimbit semuanya masih boleh berfungsi! Hebat sungguh jenama telefon dan syarikat telco terbabit!

    hehe. kantoi la aku slalu bukak murai.

    BalasPadam
  4. ye ke kene tengok sorang2? baru ingat nak ajak ko tgk sama. hahaha

    BalasPadam
  5. aku belum tgk... stakat ni tade lagi yg cakap tak best.. tp ade satu paper lagi ah.

    owh, aku tgk pisau cukur n time travelers wife. ak rase, pisau cukur best. c(;

    BalasPadam
  6. mst best ni..kna tgk ni..huhu...
    ala xksahla tgk sorng pon...pe tgk wyng mst berdua ke?

    BalasPadam
  7. kawan CC sanggup redah g Kuantan sbb nak tgk 2012.

    BalasPadam
  8. kawan2 i semangat nak tgk movie smalam. tgk cte 2012. semangat giler smpi sgp berjalan kaki ulang alik ke city becoz kitorg x suka timing movie kat cinema yg 1 neh. so berjalan balek ke cinema yg kat city pastuh tgk. rs2nyer ad motivasi tinggi pasal masing2 tgh stress pasal law exam!! =p

    BalasPadam
  9. aminah : hahaha..itula pasal...xkisahlah kan..janji diri puas dan gembira sudah...rasa sedikit loser kalau tgok terlalu lewat..haha

    si tedi : rasa2 baik sendiri tgok..ada juga scene2 dia yg tak logik tapi layan jer lah...

    afiq : no.1 tu aku rasa bersih..nama pun buat sendiri..haha

    no2. tu memang tak dinafikan..tapi dia sebagai hero kenalah bagi hidup..haha

    no.3 itu memang sedikit pelik

    no.4 haha..yg tu aku memang persoalkan..siyot ker kan...maybe line afrika kut sebab afrika tak kena..haha

    Miss Izan : len kali kita tgok sama2 noh..haha

    Nuraimyyasmin : haha...pisau cukur best kan...aku tingin nak tgok Jennifer Body dgn Fourth Kind tapi wayang dkt kedah nih cam haram jer...nasib filem 2012 tu depa tayang..haha

    Batrish : ntah...maybe pemikiran depa nih kena ada kawan tak pun couple..aku peduli apa..janji aku dapat tgok..haha

    cik cookie : gigih tul member cik cookie tu..bagus2..haha

    muhammad afif : semangat itu yg kita mau dalam hidup..haha

    BalasPadam
  10. aku rela tunggu minggu terakhir nak tgk ni

    td pun x dapat... huhuhu

    sorang jer? samalah. aku pun selalu tgk sorang2 jer... bebasssss

    BalasPadam
  11. tgk wayang sesorang baru arr dapat tgk details2...
    hahahaha

    BalasPadam
  12. yeah...siyes... mmg best...


    ala..xdak hal lah p tgk sorg pon..
    aku besa ja p tgk sorg kt aloq staq mall tu...

    bkn nk tgk kwn..nk tgk ceta..kan? kan?

    BalasPadam
  13. aleee tgk sensorang ke?
    nangis pun sensorang ye.
    hehe..
    takpe, yang penting nilai kemanusiaan tetap ade :)

    BalasPadam
  14. haha. akhirnyaaaa! cerita ni ada part yg sedih. aku suka gila dr adnan. haha.

    betul² aku setuju. movie ni kena tgk sendiri, baru rasa feel. Rasa aura dia. haha

    **tahniah sebab berjaya tgk movie ni. Beratur 2 kali tuh. 2 kali. haha ;DD

    BalasPadam
  15. mantap. tapi plot citer tu kurang skit la...feel dh ader. cumer too typical. macam lebih krg citer2 dia sebelum ni.

    BalasPadam
  16. Fatt Chin Choy : bukan ko kuar dgn bloggers ker tadi?haha

    Jazli Safwan : sama jer aku rasa...kuar ramai2 ker sorang sebab aku fokus film tu...tapi ada best dgn tak nya..kuar sorang2 aku more focus..kuar ramai2 leh kecoh2..haha

    Mier@Meer : haha..betul2

    Hanida Lavida : tak kuasa I nak nangis U...hahah...buang masa aku ja nangis2...tapi feel sedih tu ada la masa tgok film nih

    omarkhayam : itulah..dia still xdapat lari dari idea film2 dulu dia..

    BalasPadam
  17. beli vcd je la jwbnye nnti.. bz dgn final xam..

    BalasPadam
  18. Belum tgk lagi..
    JANJI dapat tgk dah..
    tak kisah laa pi tengok sorang atau ngan kapel kan...

    Bila laa MALAYSIA nak wat filem hebat cam tu.. huhu

    BalasPadam
  19. popcorn kat gsc memang sedap! ;)

    BalasPadam
  20. mmg rajin sssgt tgok wayang...akak mmg tak berkmsptn tgok wayang....1st tgokw aynag cter senario...alah, yg apek jadi aliaen tu..apa ntah tajuk nyer...itu jelah

    BalasPadam
  21. hahaha i pun g tgk sorg2 what.. sorg2 ar classy! patut u ambik golden ticket! hahah baru layan 2012 tgk sorg :p hehehe tp cite ni mmg superb!!

    BalasPadam
  22. ala...
    x tgk agi!!!!!!

    ak sgt menci bile owg pandang slack if kite kuar or tgk muvee sowg2..
    cz i love to do so!!!
    arghhh!!!!

    BalasPadam
  23. nak tgk jgk movie nie
    tp asyik2 sold out je
    tekanan ma
    huhuuuu...

    BalasPadam
  24. lemonade : hahaha..tgok cd tak feel maaa....

    cik daya : malaysia xder duit maaa nak wat filem mahal macam nih..tapi filem malaysia pun ok jer walau budget rendah..cuma kena pandai pilih film laa..huhu

    cik epal : betul!!sokong...

    siti nurie : owh...senario xx ker apa ntah yg alien tu..xbest citer tu...senario last best pun yg filem Lagi - Lagi Senario jer..

    arieza : hahahah...best2...

    ghostone : owh,ko pun tgok sorang2 ker?

    min : ko gi minggu ke-2..maybe time tu dah kurang kut

    BalasPadam
  25. Mmg cpt abes tiket wyg cite ni.
    Naseb baek sempat gak bli...

    Byk part cedey la cite ni...

    :)

    BalasPadam
  26. ms independant : ar ar..betulkan..citer ni sedey

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama