Bayangkan Sewaktu Anda Pulang Ke Rumah……Ramai Orang….Sekujur Tubuh……..

Apa jadahlah tajuk entry nih panjang – panjang kan? Sebenarnya benda ni ada hubung kait dengan apa yang aku nak cerita pada korang nih. Kalau korang perasan masa zaman – zaman belajar nih tak kiralah dekat sekolah, kolej ataupun universiti mesti akan ada tazkirah atau ceramah yang cuba menyedarkan kita para remaja ini daripada terus melakukan kesalahan dan menyeru kita bertaubat di jalan yang di redhai Allah.

Selalunya perkara macam nih selalu di adakan pada waktu malam sama ada di dalam seminar, ceramah motivasi dekat sekolah atau pun ceramah displin dekat Uitm. Mesti korang pernah merasai pengalaman macam nih seperti contoh seorang penceramah menyuruh anda menutup mata dan membayangkan :-

”Bayangkan anda pulang kerumah. Tiba – tiba anda lihat ramai orang dari luar sampai ke dalam rumah anda. Anda terdengar bacaan Yassin berkumandang dirumah anda. Semua orang menunjukkan muka simpati pada anda. Anda masih tertanya – tanya apa sebenarnya yang berlaku. Anda masuk ke dalam rumah dan ternampak sekujur tubuh terbaring diruang tamu ditutupi kain putih. Anda selak kain putih di wajahnya dan itu adalah ibu atau ayah anda”.


Aku rasa mungkin kita semua pernah ada pengalaman macam nih dan kebanyakan dari kamu semua mungkin akan menangis – nangis atau insaf selepas itu. Lain hal nya dengan aku. Bukan maksudnya di sini aku tidak insaf atau tidak ada perasaan tetapi ada berbagai – bagai halangan sewaktu aku cuba mengalami situasi keinsafan itu.

Seperti sewaktu aku bersekolah di sekolah agama, selalunya akan ada program qiyamulai(macam mana nak eja entah) semasa di tingkatan 1 dan pada suatu malam tu kami pelajar lelaki dan perempuan di kumpul berhampiran dewan sekolah dan mereka menyuruh kami menutup mata dan memberi tazkirah seperti itu. Baru permulaan aku mendengar ramai orang menangis teresak – esak terutama dari pelajar perempuan. Pelajar lelaki hanya segelintir. Aku cuba menghayati setiap patah perkataan yang terucap itu tapi tanpa aku sedar aku tertidur. Diulangi TERTIDUR! Sehingga selesai semuanya rakan sebelah mengejutkan aku. “Owh, dah habis ker?”tanya aku inginkan kepastian. “Asal?Hang tidoq ka?”tanya budak itu. Aku menganggukkan kepala sambil memberi senyuman seposen. Serius aku sangat mengantuk dan aku tak tahu apa yang berlaku.

Semasa di tingkatan 2, aku bersama rakanku, Luqman menyertai Kem Prostar dan di sana juga ada ceramah motivasi seperti ini. Kami ditempatkan beramai – ramai di dalam bilik yang berpenghawa dingin pada suatu malam. Macam biasa, kaum wanita akan mula menangis teresak – esak dulu dan tidak kurang juga kaum lelaki tetapi aku? Aku masih tidak dapat menghayati lagi cerita ini akibat terlebih minum air pada makan malam tadi membuatkan aku terasa sangat nak terkencing. Ditambah pula kedudukan aku bertentangan dengan penghawa dingin dan aku asyik menggoyangkan badan dan sebagainya menahan kencing dari mengalir keluar membasahi seluarku. “Hang tak sedih ka?”tanya Luqman kepadaku. “Nak sedih apa. Aku nak terkencing nih. Tak dak rasa nak sedih dah.”kataku dengan nada cemas tanda sudah tidak tahan lagi. “Hang memang tak dak perasaan,”kata Luqman lagi. Hahaha!

Cuma sewaktu di tingkatan 5 di sekolah teknik Kangar, akhirnya aku dapat juga menghayati kesedihan kisah itu. Tetapi, kisah itu tidak sama seperti dua kisah di atas. Si penceramah menceritakan kesusahan hidupnya di tambah dengan kisah – kisah tadi. Ramai orang menangis teresak – esak. Aku hanya sedih tetapi masih tidak ada apa – apa. Sehinggakan tiba – tiba penceramah memasang lagu dendangan penyanyi Aisha yang pasal ibu ker apa tu. Rashid Sibir selalu guna lagu tu dalam cerita – cerita dia yang sedih. Terus air mata aku bercucuran jatuh menyembah bumi. Tetapi, waktu tu tak kira laki dan perempuan semua menangis gila – gila punya. Saudari Pikah juga yang satu sekolah dengan aku mesti masih ingat pasal ceramah itu barangkali. Bagi aku, itulah satu – satunya ceramah motivasi yang paling memberi kesan dalam hidup aku. Aku agak insaf selama sebulan. Cukup lama bagi aku.

Dan kali terakhir sewaktu berada di Uitm dan kalau tak silap aku semasa di semester ke-4 atau ke-5. Aku terpaksa menghadiri ceramah berkenaan displin secara beramai – ramai di Dewan Bendahara kerana kesalahan tidak memakai kad matrik. Sudahlah waktu itu bulan Ramadhan. Terpaksa bangun awal di hari cuti semata – mata untuk perkara yang aku tak suka ini. Saudara Izzad juga aku rasa menyertai aku pada hari itu. Ceramah ini sangatlah membosankan dan aku rasa sangat terhina dengan gaya penceramah dia. Menggunakan teknik yang sama juga untuk membuat kami semua sedih tetapi suara penceramah ini sangat annoying. Aku sangat mengantuk. Akhirnya, tidak ada apa – apapun yang mahu membuatkan aku insaf.

Aku rasa para penceramah motivasi mungkin boleh mencari formula baru untuk menggantikan formula lama seperti di atas supaya dapat menusuk hati remaja – remaja sekarang agar lebih menjiwai apa yang mereka cuba sampaikan.

P/S : Bosan Dengar Ceramah Motivasi!

Perhatian :

Teman Blogger Kita Vee Ada Menyertai Pertandingan Miss Soccer. Anda boleh mengundi beliau dengan melihat langkah - langkahnya di Entry Ini .
Semoga Berjaya Vee!

37 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha!! setuju sangat!!!
    walaupon xselalu ikut ceramah cenggini.. tapi kalu de kem ke.. ceramah ke.. mesty de part nie kan?

    tapi mase kiteorg form 5.. xde ah macam nie tau.. still bebudak nanges.. siap skolah xbagi da sesi orentasi.. haha!!! cube teke?

    skola agame gak rupe nye die nie.. sekapal la kite..

    BalasPadam
  2. Salam..

    sekarang bila ada kem motivasi mesti ada part macam ni..tapi bagi sy walaupun bnyk kali sy hadapi.. mesti air mata tu nak mengalir gak.. mungkin mengenangkan dosa yang menimbun2 di masa lalu..

    ayat pada tajuk tu sy dah pernah alami masa darjah 5.. masa tu nenek sy meninggal.. tapi biasalah.. masa tu sy tak rasa apa2 sgt.. mungkin kecik lagi masa tu.. bila dah besar ni.. baru terasa sgt2 kehilangan itu.. dan terasa sangat2 terkilan..

    BalasPadam
  3. tak perlu motivasi..sebab ambe sendiri mengalaminya..tahun 2000....cukuplah menjadi satu abadi selamanya..al-fatihah...

    BalasPadam
  4. memang meninsafkan...

    berderai airmata

    BalasPadam
  5. masa aku kat sek agama pon byk gak xtiviti camnih..

    ramai gak yang insaf n ramai gak yang buat2 insaf :(

    BalasPadam
  6. Macam rancangan Macam2 Aznil plak. Segmen suruh orang menangis tu. hehe.

    BalasPadam
  7. btol hans..aku pn cm like..xder cita lain..ada skali..aku siap mgeluh dan terkuat pulak aku mgeluh tu smpai pncermah dgr n tnya aku.."yeke slalu dgr kisah ni" dn aku dgn relax nyeer.."nk sy critakn ker??"ajhaa..ustzah tu muka sposen je snyum kat aku..hakhakakhakh...n tukarlah crita lain yg lbih kurng x sedih jagak..dgn biadapnyer aku mnekan punat "on" kt mp4 aku..kahhak..relax lyan lagu..dah hbes bru aku sdar..smua bgun lap higuih pi mkn..

    sama la bosna nan mtivasi..insap buang 3 4 hri..patu setan my dok join lpak skali

    BalasPadam
  8. aigooo~
    aku paling benci part ni~
    bukan apa~

    setiap akmi aku join Qiam atau ceramah motivasi~
    dorangasyik guna modal sama~
    huwaa~
    stress aku~
    hahaha~

    BalasPadam
  9. hahahaha...

    ko nk kutuk ak ek???

    arghh..ak pnye kursus nieyh pnuh ngn ceramah motivasi!arghh!!!!!!

    ala...rlex r!ak pn mase sujud pn tertido mase qiamullai!

    BalasPadam
  10. wah..hati keras..kadang2 motivasi mcm tu, mmg effectnya kejap je..mungkin sehari..tp klo bnda ygt diceritakan tu betol2 jadik kat aku, effect seumur hidup wey..

    BalasPadam
  11. Edriena : owh,ku skolah agam sekejap jer..sampai form 3..pastu pindah skolah teknik

    Faarihin : owh,ntah..den dah lama kehilangan atuk nenek nih..masa kecik2 lagi..jadi feel xada...

    Nakamura : Al-Fatihah

    ~O~ : agaklah kalau khusyuk

    Suehann : haha..ada ekk buat2 insaf?

    Faiz Farish : haha..aku tgok fasha sanda menangis

    Yayarawr : sempoi ekk ko?

    Zara : aku ingat ko suka ceramah2 motivasi nih..haha

    Ghostone : sumpah xder niat nak kutuk abang MPP...hahha...owh,ceramah motivasi ke ko?tahniah!!

    BalasPadam
  12. haha..ak pnh gini gak..tgh layan syahdu, pandang sebelah, tgk member aku syok giler tdo ngn bantal pak guard yg tertinggal kt situ..ceh~

    BalasPadam
  13. aiyok..
    baca tajuk pun dh sayu..

    xberkesan ek..
    erm.. to me.. berkesan jap jer..hehehe pastu mcm biasa balik.. aduss..

    BalasPadam
  14. Hans.. Sokla untuk ko.. Nape pompuan akan nanges dulu??? Hahaha.. ;p

    Betul tu, aku dulu kalau program mcm ni mmg aku nanges dulu.. Hahaha.. Even tgk cite pn aku nanges.. Dok sorang2 trmenung pn kdang2 aku nanges.. Hahaha.. Aku adalah.. PEREMPUAN.. Ngehehe.. ;p

    ~ tapi aku kuat.. ;)

    BalasPadam
  15. Salam Hans,

    Memang pelbagai cara digunakan motivator untuk mengetuk pintu hati audiens, supaya tersentuh dengan apa yang dikatakan meditasi.

    Tujuannya baik, tetapi bukan semua orang boleh menerimanya.

    Saya tak pasti mengapa orang perempuan mudah sangat tersentuh dengan aktiviti seperti ini. Kekadang, baru intro, dah ada bunyi sob..sob..sob... yang menjejaskan tumpuan orang lain.

    Tapi mungkin itu yang dikehendaki oleh motivator.

    Apa pun, saya dah mengalami kehilangan mak dan ayah. Pelik, semasa menguruskan jenazah, baik semasa mencium buat kali akhir, atau pun semasa mengiringi ke liang lahat, air mata tak menitis, cuma hati yang rasa tak keruan.

    BalasPadam
  16. out of topic:

    hahaha.. adoi..

    tu lah.. sy pun terkujat tetiba..

    macam ada angin yang tak kena bila dpt msg cam gitu.. nasib baik angin ditempat sy cool..kalo same cam tmpt hans.. mungkin lain pula jadinya.. huhuhu.. kasi tarik nafas panjang2.. pastu lepas.. be cool man.. hehehe.. (^__^)

    BalasPadam
  17. owh yeker..

    jangan risau.. sy tak ada niat yg bukan2 pun... cuma niat nak tambah kawan aje.. sy bukan jenis suka kata.. "sy add kamu, sila add sy kembali" sy bukan begitu.. terpulang kpd individu itu sndri, nak add smula atau pun tak.. yg pntg sy yg nk cari kwn.. sy rilek2 aje ni.. hehehe.. (^__^)
    cucur jagung? sedap ke? tak pernah makanlah.. meh la pos ke sini sket.. huhuhu.. (^__^)

    BalasPadam
  18. Hans..
    Masa sekolah dulu selalu gak dengar ceramah motivasi..
    Mcm yang ekau ceritakan tu pun ada banyak gak..
    MAsa kat asrama tu selalu gak..
    COnfirm menangis ar..
    Masa belajar dulu pown ada gak Fasi buat mcm tue..
    Gua yang menangis lebih..
    Bila dah menangis lebih2 dorang suh pulak gua ceritakan kisah yg buatkan gua nangis..
    Aiseh..
    Gua berat hati tapi memandangkan aku dah menangis tak hengat dunia maka gua pun sharelah pengalaman hidup gua..

    Akhirnya kwn2 gua turut menangis sama bersama ngn lecturer dan fasi..
    Sebelum berpisah tue, kwn2 gua , lecturer dan Fasi siap peluk2 gua lagi..

    tak de niat nak bercerita sebenarnya time tue..

    Dan baru2 ni, ceramah motivasi yang buatkan gua menangis ialah ceramah2 kat ESQ Training. GUa rasa kalau ekau pegi training motivasi tu, gua jamin ekau pasti menitiskan airmata.

    *Ah Fatt pernah pegi training tue.

    BalasPadam
  19. salam hans;

    ya..kat skola aku ada.yang paling aku takle lupa, kawan aku memekik..

    "makkkkkkkkk"

    hehehe..masa tu dajah 6, tahun 97.

    cikgu plak psiko gila.saja nak bagi budak nangis. 2nd time, masa skola rendah with all quamuallail thingy. Masa ni da ready kaber2 purak2 sedih.hahahaha

    BalasPadam
  20. erm~
    law la tu sekujur tubuh pa @ ma aku aku akan kata

    'hooo~ ni rupanyer mak bapak aku'
    takde pon nak rasa pape
    jz bacakan yasinn n berdoa yg baek2 tuk beliau~

    BalasPadam
  21. dulu ada gak sekali , budak pompuan nangis dulu .. budak laki still cover macho .. konon-kononnya laaa cover macho.

    Tapi klu dah banyak kali kena stail camnie .. dah tak terasa.

    BalasPadam
  22. thu xpe..mesti ngs pnye la..gua prnh ngis sekli je masa form 1 ble akak senior wat bnda alah ni.masa form 5 ble ckgu wat cmni..gua xngis pn...gua tgok junior ngis2 gua pkt gelak...sial je

    BalasPadam
  23. aku penah kene sekali je..
    masa tuh form 2 kot..

    aku nih pantang bile sebot sal mak ayah nih kompom meleleh..

    sebab aku selalu wat salah..


    g pon aku tak suke mende2 nih walaupun ianya menginsafkan..sebab aku akan rasa sedih yg teramat sangat..

    BalasPadam
  24. Iylienaz : yups..betul2..ku sokong

    Cik Memy : hahaha..sempat lagi ko pandang ekk

    Zuewairy : haha..selalunya macam tu lah

    Farhana : perempuan hati lembut

    Brahim Nyior : yups...sedih bila dah ada pengalaman betul2

    Farihin : haha..xper2...slamat berkenalan n sorry again

    Aki : haha..nak wat macam mana kan?

    HAN : sabo2

    Lotsofpearls : uish,ah fatt pun penah pergi ker?

    Faizal : wah,dosa apa la budak tu dah buat dkt mak dia..haha

    Ayudeathwish : yups..betul2

    Touyakaruma : budak2 dah lali kan?

    Aminah : haha..leh gelakkan tu tak tahan

    BalasPadam
  25. hehehe..aku suka pegi ceramah camtu..bukan untuk nangis k..tp ntuk menyedarkan diri yg selalu leka...

    tapi, setiap kali aku pegi kem atau ceramah camni..aku hanya insaf time kem tu aja..lepas abis kem aku buat perangai balik..aduhaiii..apa nak jadi dgn diri ini...

    untuk mengelakkan diri aku dari melakukan perbuatan mungkar, aku akan sentiasa ingat kat mak aku..bila terbayang muka mak, terus aku tak jadi buat..huhuhu

    BalasPadam
  26. sgt agreee...sekali kena terasa..menangis..berkali-kali..alahai..

    BalasPadam
  27. Nagiha : faham perempuan hati lembut

    Imam : betul..aku apa2 nak buat ingat mak ayah jer dlu

    Enheartsdiamond : hahaha..itula pasal

    BalasPadam
  28. aku tak dpt bayangkan..

    muehehehehehehe

    BalasPadam
  29. hahaha..samelah lebeyh kurang..aku ttdo tym sujud qiamulail..adeh..malu gle..haha

    BalasPadam
  30. wei..aku bru nk hepi2...dh p blog ko..aku sedih la plak..huhu

    BalasPadam
  31. xde pengalaman yg sarat2..
    kalau ada pun aku tgk perempuan yg beria..
    bukan x sedih dan xde kesedaran untk smua tu..
    tapi pendamkan saja..
    kita perlu kuat..

    BalasPadam
  32. aku dapat bayangkan sebab aku dah alami
    seriously,memang perit

    BalasPadam
  33. betul la tu
    dulu skolah2 kalo buat qiyaimulai siap tutup mata..den pun join gak ngis2 yg maha hebat..kira pas2 insaflah kunun2..kahhhkahhh
    tpi hang lg dasat no..siap tertido tu...
    hahahahaha anak sapa lah tu

    hans..ko taruh link den kat mama the gojes ok x..hehehehe

    BalasPadam
  34. ohw, yg die tayang video org beranak, kene sembelih. aku still tetanya2 sampai sekarang, ape kejedahnya tunjuk video 2!padahal kesalahan x pakai kad matrik jer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama