Review Film : My Spy Karya Paling Lucu Afdlin Shauki

Filem genre komedi arahan Afdlin Shauki ini menampilkan dua pelakon yang memang terkenal dengan aksi lucu mereka iaitu AC Mizal dan Harun Salim Bachik. Pelakon – pelakon lain yang turut membintangi filem yang di klasifikasikan PG13 ialah Adlin Aman Ramlie, Redzuan Hashim, Carmen Soo, Daphne Iking, Maria Farida dan ramai lagi.

Filem My Spy ini menceritakan kisah dua penyiasat peribadi iaitu AJ(lakonan AC Mizal) serta Salleh(lakonan Harun Salim Bachik) yang saling benci membenci dalam menyelesaikan sesuatu kes yang besar. AJ seorang muda yang aktif dan kuat tetapi buta warna manakala Salleh pula merupakan bekas polis yang telah bersara dan cuba menjual produk ciptaannya kepada polis. Mereka selalu di beri amaran oleh Supt. Adnan(lakonan Adlin Aman Ramlie) supaya tidak mencampuri urusan polis dan meminta mereka pergi bercuti di Pulau Langkawi.

Walaupun mereka berdua(AJ dan Salleh) saling benci membenci tetapi sebagai penyiasat peribadi akhirnya mereka terpaksa bekerjasama untuk menyelesaikan satu kes besar yang membabitkan hal rumah tangga antara Datin(Maria Farida) dengan Datuk O(Redzuan Hashim). Datin mahukan mereka mencari bukti yang menunjukkan Datuk O curang bagi mendapat harta yang lebih dalam proses menuntut harta Datuk O. Tanpa disedari mereka, Datuk O telah terbabit dalam satu kes besar yang membabitkan sindiket pencurian koleksi seni yang bernilai RM40 juta pada pamerannya di Galeria Seni di Pulau Langkawi dan mereka telah terbabit dalam hal yang tidak disangka mereka ini. Pelbagai situasi yang lucu berlaku sewaktu proses mencari bukti – bukti kecurangan Dato O ini dan anda semua haruslah menontonnya di pawagam berdekatan anda.

Filem yang berdurasi sekitar 90 minit ini sangat menggeletek hati penulis dari permulaan cerita sehingga akhir cerita. Betul seperti mana kata pengarah filem ini, Afdlin Shauki,”Papadom adalah Papadom. My Spy adalah My Spy”. Afdlin berkata, beliau membuat filem ini mengikut otaknya yang gila – gila. Bagi penulis, filem ini memang menggilakan penulis sebab tahap lucunya adalah sangat tinggi.

Filem ini sangat lucu dengan dialog – dialog yang kelihatan spontan dan kelakar yang dilontarkan oleh AC dan Harun Salim Bachik serta pelakon – pelakon lain seperti Adlin dan Mamat Khalid yang bercakap loghat Perak dalam satu adegan yang seolah – olah memerli Sharifah Amani yang pernah berkata “Saya Kelihatan Bodoh Jika Bercakap Bahasa Melayu”(penulis telah menterjemah percakapan beliau kepada bahasa melayu). Cubaan menggunakan komedi yang bersifatkan homosexual juga sangat menarik seperti adegan di dalam bilik freezer. Sumpah sangat lucu.

Gambar lukisan di dalam filem ini juga membuatkan penulis ketawa besar. Gambar terung sahaja tetapi nilainya RM40 juta dan menjadi impian ramai hartawan untuk memilikinya. Hahaha!

Hasil kerja pihak KRU yang memasukkan kesan khas kepada barang – barang penyiasat seperti beg dan kereta yang digunakan oleh Harun Salleh Bachik juga menimbulkan unsur humor yang sangat bagus. Bayangkan suara kereta dan beg itu seakan – akan suara lelaki yang lembut dan sopan yang sangat mengambil berat tentang Harun Salleh Bachik. Sangat menghiburkan dan setiap penonton ketawa terbahak – bahak di dalam wayang.

Penulis rasa promosi dari filem ini seakan – akan suam – suam kuku dan seharusnya pihak Celcom lebih giat lagi mempromosikan filem My Spy kepada penonton. Jadi, penulis beranggapan filem My Spy adalah karya Afdlin yang paling lucu setakat ini dan penulis menyeru semua rakyat Malaysia agar pergilah menonton filem My Spy di pawagam – pawagam berhampiran dengan anda. Penulis pasti anda tidak akan kecewa dan keluar dengan senyum yang melebar selepas menonton filem ini.

Tahniah kepada semua tenaga kerja filem ini dan pujian seharusnya diberi kepada Ac Mizal dan Harun Salim Bachik kerana mereka menghidupkan hampir keseluruhan filem ini dengan kelucuan mereka.

Jika skalanya 5 bintang, penulis memberi filem ini 5 bintang.

Jika skalanya 10 bintang, penulis memberi file mini 9.5 bintang.

P/S : Berbaloi – Baloi Dengan My Spy.

Peringatan : Aku Dah Tengok Lah Film Nih. Kalau Tak Macam Mana Nak Buat Review. Korang Nih....Haha!

Peringatan Lagi : Korang Kena Tengok Sendiri Nak Tahu Lucu Ker Tak. Apa Aku Boleh Cakap, Buat Pertama Kali Aku Gelak Kuat Gila Dalam Wayang. Jadi, Bagi Aku Film Ini Memang Luculah....

Lagi - Lagi Pesanan : ......................(tinggal kosong nanti senang nak isi lagi...haha)

79 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. adik aku tgk dia kata pown lawak gila!! tu arrr aku tunggu raya je lah hahaha tu pown kalau ada nafas

    ردحذف
  2. aku tengok eklan macam tak best.
    tapi hang kata bes, aku mcm nak p tgk gak la! haha

    ردحذف
  3. perlu tgk perlu tgk
    karya dr afdlin shauki

    ردحذف
  4. erk...macam best...harus tonton inih :)

    belanja aku!! ekeke

    ردحذف
  5. Boneka : serius memang lawak weih..wajib tayang dan tgok

    Proffy : sila pergi lihat skrg

    Afiq : best weh...serius..cikdo menari dangdut pun xselucu filem nih

    H.A.N : yups..perlu tgok sendiri baru leh buat penilaian

    Mier@Meer : haha..duit simpan nak tgok movie lain plak

    ردحذف
  6. cite ni dah kuar kat wayang ke belum?

    ردحذف
  7. Filem afdlin shauki mmg best.. bagus cite lawak2 sempoi camni sbb boleh mereleasekan tekanan keje..esok confirm aku monteng keje utk 2 jam hahaha

    ردحذف
  8. arghhhh...siuttt aku nak pi tgk citer ni bro.ahahaha.Afdlin mang best.

    p/s--)Tunggu citer thriller dia tahun depan. "Jalan Lama" ataupun bak kata afdlin "lord-of-the-ring-with-tight-budget".

    hehehe

    ردحذف
  9. Cik Cookie : ar ar..kena dgn tagline dia

    Arief Arf : hang mamai ka apa?dah keluar lah tu..dari khamis ari tu lagi..kalau tak macam mana aku buat review..aiyak..arief2...

    Budak Kuning : haha..hati2..jgn kantoi sudah

    Faizal Sulaiman : xsilap movie tu dia dgn hans isacc ke?ada2 dia cakap macam lotr tapi budget rendah..haha

    ردحذف
  10. ang da p tgok ka..
    ish..x aci toi..

    ردحذف
  11. oh harus ajak adik2 p tgk nih!
    review mcm menarik minat hoho :)

    ردحذف
  12. aku nk tgk. AKU NAK TENGOK!! (sepanduk besar punye..) tp negeri ak tinggal skang ni xde cinema beb... haishhh.. hahha

    ردحذف
  13. wah... arap2 die tk mcm cite cicakman2 yg lawa gile... tp pelakon gediks2 mcm ayam kentaki

    ردحذف
  14. Zack : hahaha..tadi petang aku pi tgok

    Faizal Sulaiman : ok..if I have more time..I'll comment this entry

    Che Pah : dah memang best citer nih..sila bawa satu keluarga..haha

    Chah : xder wayang?kelantan ke terengganu?

    Meo Spy : haha..jgn risau..filem nih tak ada Fasha Sandha

    Pakcik Kordi : ajak pun bukan pakcik nak ikut..pakcik asyik lebihkan gabriel je..haha

    ردحذف
  15. betul kah lawak??aku harap sgt perut aku pecah tgk filem ni nanti..

    ردحذف
  16. @hans kaki wayang gan movie blogger bai. cam2 la. Gila, GI joe nmpk poor sgt effect dia despite the high budget. cam time mula nk gi markas Joes, Baroness fly sequences gan storm shadow, scarlet motor sequences, etc.

    tg0k special effect smallville/heroes/lost, nmpk smart lagi.

    ردحذف
  17. Alvin : aku rasa kalau ko makan banyak2 mesti perut ko pecah waktu tgok film nih..best2...aku gelak kuat kut dalam wayang..takpernah2 aku gelak macam tu..haha

    Iszaham : haha..tahu xper...ada juga la effect dia yg sempoi tapi ada yg nampak macam animation sangat

    ردحذف
  18. aku tgk wayang ikut gerak hati.

    dan hati aku kata

    "apakata kita tunggu vcd"

    huhu

    ردحذف
  19. Erk.. Cara pmberian bintang tu agak pelik tapi mmg mnarik hatiku utk nengok.. Huhu.. ;p

    ~dasat gak wat review filem kamu ni.. trtariksss.. haha..

    ردحذف
  20. Farhana : hahaha...ialah..kalau 10 tu banyak..5 sikit..so kena lebih cerewet..haha..sila menonton..sokonglah karya tempatan

    Ezul Iswhat : adess...tunggu vcd tak bestlah...

    ردحذف
  21. Terbaik.. Boleh la aku layan pasni.. Duk India nie sepatah citer Malysia pun tak tau...

    ردحذف
  22. huhu..
    nak tengok gak..
    cm bezz jer..

    ردحذف
  23. @hans kedah gak laa.. area bndr baharu.

    dua2 guna.. satu tuk movie blogger.. yg 1 lg gn bila2 tag aku laa..

    with mean, dua2 active. cuma yg K.A.M.I blogger masa2 moment jer.
    hahaha

    b'balik pada GI Joe, byk sgt CGI jadi cam Cicak-man 2. Tu yg nmpk x m'narik sgt tu..

    ردحذف
  24. Redz Da Tsar : eh, ko dkt india ke?study?medic?

    Ella : memang best....

    Iszaham : owh,aku penah duduk sana 2 bulan..dekat dgn kulim and bagai serai kan?haha..waktu aku duduk apa2pun takdak..

    ar ar...nampak benda tu memang computer punya kerja...itula pasal...tapi okay jugalah crita tu..macam crita Final Destination 4..lagilah..effect terlebih sudah

    ردحذف
  25. aku tak baca sebab panjang sangat.
    hehe.. tapi mesti kau copy dari mana mana review kan? macam 2012 tu? :P

    anyway, aku rasa nak tengok cerita ni :)

    ردحذف
  26. hehehe~
    memang best woo~
    tapi aku tak nak kata berbaloi2~
    sebab aku pengguna Maxis~
    hehehe~

    ردحذف
  27. ehh,dh kuar wayang ke? haha..giler mg ak xtau pkmbgan smase.. :D

    ردحذف
  28. kalo dah harunsalim bachik yg lakon of kos lah sure gempak babun pya lawak..kahhhhh
    den nk tgk beach boy pun x pi lg ni..huhuhu

    ردحذف
  29. wah han..ko menggoda aku untuk pi tengok la..aku suka la filem yg ada kaitan ngan aflin ni.

    ردحذف
  30. td aku p giant kulim.
    tadak cta my spy. (T-T)
    yg ada santau, avatar n lagi 2 filem (x igt). haish.

    ردحذف
  31. Hanida Lavida : eh, apa plak..semua review film aku buat sendiri..yg 2012 punya review pun aku wat sendiri..cuma sinopsis film 2012 jer aku ambil dari sumber2 sebab masa tu aku belum tgok..wah,tuduhan berat nih...mencemar imej aku

    Lord Zara : owh,aku guna dua2..haha

    Rara : hahaha..dah lama kut...dari khamis ari tu

    El : pi lah tgok..lawak giler

    Tengku_Fir21 : memang seronok

    Solehah : haha..sila2 lihat...

    Piqah : ang merepek apa oit..santau khamis ni baru start..avatar tu dua minggu lagi kut

    ردحذف
  32. alamak..
    hans marah ke pasal comment tu?
    hee!
    oke i know u suka buat review filem.
    aku je pemalas..

    ردحذف
  33. Hanida Lavida : xmarah tapi kecil hati...itu jer

    ردحذف
  34. alamak..
    sorry! mintak ampun..
    oke, tak comment dah awal awal bulan sebab emosi upside down.
    sorry!

    ردحذف
  35. Hanida Lavida : hahaha..relax2..gua ok jer lah..aiyak

    Joe Grimjow : Papadom best...tema kekeluargaan..sangat menusuk kalbu..harap tonton dengan segera

    ردحذف
  36. aku dah post special entry utk kau.
    haha.

    ردحذف
  37. aku nk g terjah nanti citew nie....

    ردحذف
  38. Hanida Lavida : adoi...malu I You..haha..adoi..aku takder apa2 lah..sampai ada entry2 nih..segan aku weih..haih

    Syaf : sila menonton bersama rakan2 ko weih

    ردحذف
  39. hahahahahaha..
    jangan la sogan sogan jang.
    rileks je..
    takde ape pun kan.
    mintak maaf kan amalan terpuji.
    hehe :D

    ردحذف
  40. huhuh...

    tinggi kebabom ko bg ek....

    besh sgt lew tue...

    huhuh...

    x pe lew...

    nnti ak tgk yg cetak rmpak kew...

    ردحذف
  41. hans..kalau memuaskan, aku pancung kepala kau.haha~

    ردحذف
  42. emh.

    nak tengokkk jugak rr. tungguuuuuu my spy.

    lagu tema die dah meletop :P

    ردحذف
  43. kejam doh hanida..
    kesian hans..
    penat2 die buat review panjang2..
    kate die copy..
    hahahaha

    X)

    ردحذف
  44. Hanida Lavida : haha..adoi..len kali jgn lah buat entry2 tu..segan den..

    Ghostone : cetak rompak?cess...sokonglah industri tempatan..nanti aku buat filem ko beli cetak rompak juga ke?

    Chentatiku : kalau memuaskan ker tak memuaskan? kalau tak memuaskan aku pancung kepala ko yer...

    Miss Lolly : lagu tema dia ezlyn ke nyanyi?ker KRU?

    Arief Arf : kesian ke apa?pelik jer bunyi tulisan yg tak berbunyi nih?haha

    ردحذف
  45. hahaha...

    ak gurau je la dowh!!!

    hahhahahaa...

    weh...

    ak td download ym...

    tp dah nk siap dah tetibe fail laks!!!

    ko rase adakah ak patot hempas laptop ak nieyh???

    ردحذف
  46. afdlin dihati ohh :)
    review kamu mmbuatkan indeks kemahuan menonton mysepai itu melonjak2 ohh..

    ردحذف
  47. owh cite ni! haha, masa tunggu nak tgk 2012 tu, ada nampak poster ni, sekali imbas je pandang, dan terus I cakap
    "Eleh, nak buat cerita pasal Myspace la pulak!"

    Dan bf I terus pndang I dan ckp, I dah mengntok la ape la, then after 2012 habis, dia nak hantar i balik, i mcm pelik jugaklah, bila masa i ngntok.

    Then bukak blog u, hahaha, nmpak entry filem Myspy ni baru la I sedor! I ckp Myspace, sbb sekali pandang poster tu, I nmpak mcm 'myspace', rupanya 'myspy', patut la bf i sangkakan I dh ngntok sgt smpai rabun jdnye, hahaha.

    Huish, pnjng lebar la plak komen, mcm nak buat entry kt blog org, hahaha :D

    ردحذف
  48. aku da tengok gak..
    but i dun think dis is the bes one from afdlin la..
    papadom is far better..
    dis one is KRU movie..
    skrip story n etc is alredi prepared..
    afdlin just direct it..
    so kurang raung untuk afdlin berkarya..
    kurang humor..
    plus the story was a bit basic..
    setem pon lg ok kot..

    ردحذف
  49. ouh bes ea cite..
    rugi ak xtgk smlm..
    aiyak..

    ردحذف
  50. salam bro..siyes ke best citer ni...ok2...tq coz bgtau...

    ردحذف
  51. salam...anak-anak akak kat rumah ni merengek jer nak tengok filem ni...kalau hans kata kelakar mesti best cite ni.

    ردحذف
  52. sy pun suka adflin..
    ermm sete,,.laus n faun..pun kelakar..
    my spy pun kelakar..
    nak kena tonton ni..

    ردحذف
  53. ngape ko citer dulu?
    aku geget ko kang

    ردحذف
  54. nak tgk lah cite ni..mcm best je dgr..

    ردحذف
  55. wahh hans~
    da tgk ea... aki x tgk g..

    ردحذف
  56. karya afdlin ni mmg cukup untuk membuatkan kita semua ketawa dan terus ketawa...x sabar nak tgk..huhuhu

    ردحذف
  57. Aku dah tgk gak semalam.
    Lawak giler!
    Memang besttt!!!!

    :)

    ردحذف
  58. ohh..bile ko kate cite ni best, tros mcm aku nk tgok sekarang..

    ردحذف
  59. alamak tk tgk lagi ni.dgr cam best je.tgk gambo cam biase je

    ردحذف
  60. Ghostone : lambat?selalu sekejap jer

    Milialara : hahaha..sila lihat dgn segera sebelum tamat tarikh tayangan

    Liliana Mardiana : hahaha...suka panjang2..taker..memang mamai betul..myspy dgn myspace..haha

    I'msosupernotcool : ko kena faham plak...papadom more to family story...myspy nih untuk idea yg gila2...setem pun best tapi aku tetap anggap myspy film paling lucu yg afdlin pernah buat

    Wan Sheva : hahaha...rugi2

    Naz Ilyn : yups..tunaikan hajat anak2 akak..haha

    Hisham : serius...sila tgok...tak rugi punya...baikkk punyaaa

    Teruterubuzu : wajib tonton...

    Ayudeathwish : haha..aku bukan cerita habis pun..aku cerita suku pun xsampai...

    Farenova : memang best pun

    Aki : pegilah lihat Aki..bawa kad matrik

    Suehann : hahaha..otak afdlin tu lawak kan?

    Iylienaz : hahaha..pi la tgok

    Ms Independent : haha..betul kan?lawak gila punya

    Datulkisya : dont judge the film by the poster..betul ke aku tulis ni?haha

    ردحذف
  61. salam hans,
    huwaaaaaaaaaaa
    akak ni tak minat sgt nga geng2 afdlin, ac , nih
    tak tahu ngaper yer
    muahahhahah

    kalo hans tuh , minat la jugak
    wakakkakakk

    tapi harun salim bachik, akak minat
    heeeeeeeeeee

    last 2 week, akak nak g tengok 2012 tapi tertengok senario laks
    ishhhhhhhhhh
    ekekkekek

    cam tgk tv3 jerk la
    heeeeeeeeee

    ردحذف
  62. hans, memanglah cerita ni lawak yang amat. sakit perut gelak..hehehe

    pemandangan cantik kat langkawi. nostalgia betul.

    rugi tak tengok

    ردحذف
  63. he..23x not bad la citenye... insya'lah bro akan g tgk huhuhu

    www.broframestone.com

    ردحذف
  64. Tengok muka Harun Salim Bachik pun dah nak gelak...


    Ini memang satu group pelakon yang sesueeeiii angat...menjadi-jadi!



    ;)

    ردحذف
  65. sampai hati hans..
    tgk wayang tak ajak kak yanie

    huhuhuhu

    ردحذف
  66. Blue City : best kak..xminat pun leh jadi minat

    Miss Nina : ahaha..betul2..langkawi cantik

    Frame Stome : jgn lupa tgok tau bro

    Xiinam : betul..menjadi gile gandingan nih

    Yanie : hahaa..jom tgok jom

    ردحذف
  67. aku nak tgk!!!tapi mane wayang cni tayah cte neh..pos cd bole??hehe

    ردحذف
  68. chokio_nia : bak duit RM40...nak beli cd ori n nak pos lagi..haha

    ردحذف
  69. @hans laa.. hg duduk ner nk nampak aper2.. cuba jalan2 kluar tg0k ader la ckit2 yg leh dibangga kaa.. huhuh.. :D :D

    ردحذف
  70. Iszaham : haha...masa aku kecik2..xleh kuar..ekekeke

    ردحذف
  71. kpale otak ko best.. macam taik

    ردحذف
  72. It is very valuable answer

    ردحذف
  73. boleh saya tahu tak sapa penulis skrip dia?

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم