Aku Merepek...Jika Bosan Jangan Baca!!

Teringin mahu beli dan bawa kereta merentasi jalan - jalan di Malaysia. Kereta pilihan adalah Caldina. Bayangkan gua ada itu kereta. Siapa - siapa yang pandang gua terus jer gua langgar diorang dengan Caldina gua. Gila best dapat langgar orang tanpa di tangkap apatah lagi dipenjara.

Serina sudah kahwin sama itu Mat Salleh. Sangat cantik muka Serina. Asal lah mulut manusia susah mahu tutup? Bila dibuat kecil - kecilan dikatakan kedekut. Bila dibuat besar - besaran dikata membazir. Bila tak ditaja dituduh di taja. Apalah korang susahkan? Bukan Chef Wan pakai duit kau pun yang kau nak kecoh sangat. Kalau nanti kau nak kahwin kau buatlah apa cara yang kau rasa sesuai dengan kau. Kan senang!!

Lagi pasal hiburan! Azwan Ali mahu kahwin? Boleh percayakah? Hahaha. Aku kalau lepas nih terbukti dia nih menipu aku tak tahulah nak cakap apa. Cuma tunggu dan lihat sajalah kan. Tapi, berita yang agak sensasi jugalah kan sebab dia nih banyak sangat buat kontroversi.

Dekat Shah Alam nih, dekat mana jer kedai aku makan mesti ada jer orang datang minta sedekah atau duit dari taktik zaman jahiliah hinggalah kepada teknik zaman moden. Masa dekat restoran Ummi ada si perempuan nih bercakap pasal nak bantu kanak - kanak apa entah dan suruh beli sticker. Katanya boleh tampal dekat kereta. Maaf gua tak ada kereta. Makan dekat restoran Khulafah yang sebelah restoran Pak Li tu pula ada dua orang minah Filiphines nyanyi - nyanyi untuk program kanak - kanak apa entah dan lepas habis nyanyi minta duit. Lagi satu dekat kedai Nasi Ayam apa entah ada pula budak - budak datang suruh beli ayat - ayat Al-Quran. Paling aku suka dengan diorang nih ialah diorang tak tarik muka kalau aku tak bagi duit. Tapi, paling aku panas hati diorang datang waktu aku tengah makan. Sangat menganggu fokus aku pada makanan.

Tiba - tiba aku sedikit homesick dan rindu pada wayang dekat Alor Star Mall sebab teringin nak mengketedarah dan menonton wayang kut. Hahaha. Kadang - kadang rasa bersyukurnya bila jadi orang berduit tapi apa - apapun aku tetap bersyukur dengan keadaan aku sekarang sebab aku rasa aku lebih gembira macam nih.

Aku mencari sesuatu dan aku telah mengetahui kebenaran sesuatu. Sedih betul. Malu pun ada. Tapi hanya aku saja yang tahu. Apapun baik tahu sekarang dari tahu selepas nih.

Okay, aku tahu korang tak faham apa aku merepek nih sebab tu aku kata kalau bosan jangan baca.

Okay lah! Papai!

P/S : Wo Ai Ni? Ai Ni Wo? Li Hau Ma? Cho Me Nga? Okay, Aku Tahu Aku Campurkan Mandarin & Kantonis. Sila Buat - Buat Tak Nampak.

Perhatian : Sila Kumpul Duit Selepas Melihat Wishlist Birthday Aku Tu! Hahaha!

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ngape ek semua org suke caldina? my bro bwk caldina, xde awek pndg pun haha sbb tunang dia duduk sblh! hahah berani pndg? kang kena jeling dek tunang haha

    BalasPadam
  2. wa pun ske merepek .. yer betul bagai dikata, wa x ske org kacau gua masa makan ... x leh!! nafsu wa terbantut!

    BalasPadam
  3. if g shah alam,aku suka gila g makan dekat seksyen 6. dekat kuarters jkr.

    restoran soto kot nama kedai tu.
    banayk pilihan,sedap n murah untuk student! g ah try.

    bila kau ada caldina,aku nak tumpang jek. aku tak minat nak beli. :P

    BalasPadam
  4. hah, baru tadi wa berada di belakang caldina atas jalan raya. tapi drebar caldina tu drive cam kayuh sampan.

    BalasPadam
  5. benda ap yg baru tau tu?

    nk jgk tau..

    ;p

    BalasPadam
  6. Hahahaha.. Mmg campur weh.. Takpe, bese laa tu.. Kdang2 campur bahasa tamil pon ade.. Hahaha.. ;p

    Bnyk cite update skaligus ni.. Mst masa SPM dulu rumusan subjek BM tip top kan hans.. Ngeee.. ;)

    ~ kat sini rmai gak, esp yg jual2 cd tu.. huhu..

    BalasPadam
  7. caldina??sebelah umah ak ni ade..lame2 tgk jadi muak plak ak..=p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama