Jahatkah Aku?

Berkenaan entry semalam sebenarnya. Banyak juga komen yang aku dapat. Terima kasih yer semua. Terkejut juga aku dapat satu komen yang mengatakan aku jahat. Apa yang jahatnya aku pun tak pasti sebab aku tak suruh pun anak - anak menghantar emak ayah mereka ke rumah orang tua - tua. Aku juga tidak menyuruh anak - anak menderhaka pada emak ayah masing - masing.

Jadi, aku membuat kesimpulan ada beberapa pembaca yang tak faham apa yang aku maksudkan sebenarnya. Disini aku terangkan dengan lebih mendalam.

Ibu bapa banyak kerenah? Apa yang aku maksudkan disini ialah aku berharap bahawa si ibu bapa tadi supaya boleh bertolak ansur dalam beberapa hal. Adakalanya benda yang kecil pun dibesar - besarkan. Jadi, aku mengharapkan agar mereka bertolak ansur. Ialah, hati manusia nih selalunya rapuh. Tidak semestinya kuat selalu. Kadang - kadang manusia yang baik pun boleh berubah dalam sekelip mata. Memanglah sewaktu kita kecil ibu bapa kita letih melayan kerenah kita yang pelbagai itu tetapi memang lumrah sewaktu kecil kita merengek yang bukan - bukan. Maksud aku di sini bukannya aku nak cakap sewaktu tua kita tidak boleh merengek atau apa - apa. Cuma bergantung pada situasi. Seboleh - bolehnya jagalah juga perasaan anak.

Kepada si anak pula di harap bersabarlah kalau anda mendapat ibu bapa yang bersikap begitu di kemudian hari. Sebab itu pada entry semalam aku berkata bahawa tidak rugi bersabar. Mungkin itu satu ujian dari Allah atau ada hikmah daripadanya. Janganlah kerana emak ayah selalu merungut hingga mendorong anda tergamak menghantar mereka ke rumah orang tua - tua. Aku juga ada berkata jangan sesekali pun berfikir mahu menghantar ibu bapa anda kerumah orang tua kerana ia berpotensi mendorong anda melakukan perkara yang difikirkan.

Jadi, aku tak tahu sebenarnya apa sebab sehingga aku dituduh jahat. Mungkin entry nih kelihatan seperti aku melatah. Adalah sikit - sikit aku rasa tapi aku perlu juga perbetulkan apa yang kurang jelas. Bagi aku dua - dua pihak kena bertolak ansur dan aku berkata aku tak boleh nak tuduh yang mana satu yang salah sebab kita tak tahu cerita sebenar. Hakikatnya, memang ada sesetengah ibu bapa yang berkelakuan seperti pakcik itu di mana mereka cuba mencari peluang untuk berkelakuan seperti itu dan tiba - tiba anak pula yang terpalit dengan gelaran derhaka.

Aku menulis melalui pemerhatian aku selama nih. Dan jika kau lihat di dalam cerita - cerita di Televisyen pun sebenarnya kau boleh mebuat dua andaian iaitu sama ada memang anak itu derhaka atau itu atas inisiatif si emak atau bapa. Jika anaknya yang betul - betul derhaka..nauzubillah. Tapi, kalau itu memang hajat si ibu atau bapa macam mana anak nak menghalang?

Itulah maksud aku dan aku sangat bersyukur kerana aku mempunyai mak dan ayah yang alhamdulillah bagus dalam mendidik aku setakat nih dan aku sangat menyayangi mereka. Entry semalam juga aku ada berkata SAYANGILAH IBU BAPA ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA.

Jadi, aku pun masih keliru bagaimana aku boleh dituduh jahat. Mungkin miss communication atau terlepas pandang sewaktu membaca. Wallahualam.

P/S : Hanya Mahu Menjelaskan Apa Yang Kurang Jelas.

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam..sy x baca n3 semalam saudara..tapi saya baca n3 hr ni saudara.hehe..jadi sy dapat mengagak apa maksud saudara..

    hmm..begini la ye..baek buruk pun ayah kita jgk..seburuk mana dia pun ayah kita jika..saya beri contoh begini..

    jika ada orang menghina ayah saya disebabkan sikap dia yg tidak betul..maka saya akan tetap pertahankan dia dan membela dia walau apapun terjadi..tetapi pada masa yg sama sy tetap menasihati dia apabila kami berdua..namun jika dia tidak mahu mendengar maka saya terpaksa bersabar..nak bwt cane lg.

    kesimpulannya-seburuk mana pun,sejahat mana pun tetap ayah kita..maka jaga lah dia selagimana dia tidak akan mengancam orang lain..contohnya membunuh,merogol dan seumpama dngnnya..maksudnya jika dia tidak berbuat demikian bermakna dia masih boleh di dalam kawalan kita lagi..

    namun jika si bapa hanya sekadar tidak sependapat dngn kita,kerana mulutnya yg menyakitkan hati kita,karenahnya,tabiatnya,nyanyuknya sehingga buang najis merata-rata..maka apalah sangat semua itu..bagi saya jika contoh inilah yg terjadi kpd saya maka saya tetap akan setia menjaganya..dan saya tetap berpegang pd prinsip"buruk mana pun ttp bapa aku"..

    BalasPadam
  2. mungkin orang tu tersalah baca dan tersalah faham kot..

    BalasPadam
  3. haha.
    tulisan ko kecik sangat kot bai?
    tak pun bebola mata si pembaca tu makin mengecil bila membaca?
    haha

    BalasPadam
  4. aku tak berapa setuju dengan enty ko semalam. sebab tu aku malas nak komen. takut aku teremosional!

    bagi aku.. macam mana sekalipun... tindakan anak itu aku mmg tak setuju langsung!

    x kesahlah bapa itu macam mana sekalipun...

    dan.. aku x nak komen lanjut!

    aku mmg emo bab ini!

    BalasPadam
  5. ko xjahat hans
    ko nakal jew
    erk888

    susah tul org misunderstanding, miscommunication, miskol ni

    BalasPadam
  6. Hans..
    relex jek.
    masing2 ada pendapat tersendiri. Jadi, kalau dorang cakap lu jahat, tu pada mereka. yg penting lu tau lu baik oke..

    ..dan gua tau lu baik otg nye.
    mcm gua juga. hehe..


    cheers!

    BalasPadam
  7. seb baik mak bapak aku pun baik..hehe.

    kadang2 tak semua orang setuju dengan pendapat kita..biasa la tu

    BalasPadam
  8. kdg2 org salah faham dgn penulisan kita ehe sabar2

    BalasPadam
  9. ala..ku tau k0 xjht..jgn risau..

    BalasPadam
  10. ko x slh...mereka dan keluarge mrk lah yg bersalh...hahaha

    BalasPadam
  11. setiap org ade pandangan masing2...

    dalam hal ini aku memang x setuju pasal sikap anak terhadap bapa dy tuh...

    dalam agama kita, ibu bapa diletakkan di darjat yg cukup tinggi, mereka perlu dijaga, dihormati dan disayangi...

    walaupun ibubapa kita adalah sejahat2 org dimuka bumi ini.. kejahatan dy biarlah allah yg menentukan tetapi kita tetap mesti bertanggungjawab terhadap kedua ibubapa kita itu...

    kawie teringat kisah pemuda yg berbakti terhadap kedua ibubapanya yg banyak berdosa sehinggakan allah menukar ibubapanya menjadi babi. tapi pemuda ini tetap berbakti kpd ibu bapanya walaupun fizikal ibubapanya sudah berubah.

    pemuda ini adalah teman nabi musa disyurga kelak..itu janji allah...

    BalasPadam
  12. sygilah parents anda...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama