Kegilaan Menonton Wayang Vs Kasih Balqis Episod Akhir Hari Ini!!

Sejak menonton filem Paranormal Activity hari itu membuatkan semangat dan ketagihan menonton wayang kembali memuncak. Lupakan pasal pop corn kerana ketiadaan duit membataskan nafsu makan aku terhadap pop corn.

Esok sahabat aku si Pikah ajak pergi tengok Adnan Sempit pada tengahari. Sayangnya kelas aku tamat pukul 12 tengahari jadi memang tak sempat. Malamnya pula dia ajak pergi tengok film Lu Fikir Sendiri dekat Dewan Seri Budiman. Aku rasa aku mahu pergi. Walaupun aku tak suka tengok Mila tapi aku mengakui aku suka dengar lagunya jika aku tidak nampak dia menyanyi. Mungkin aku akan pergi. Insyaallah.

Tambahan pula esok adalah episod akhir untuk drama Kasihnya Balqis dekat TV3. Walaupun sudah lama tidak menonton tetapi aku masih teruja mahu melihat episod akhir kerana aku mengikutinya dari episod pertama lagi. Tambahan pula, budak rumah aku yang seorang nih pun beriya - iya mahu menonton drama nih.

Jadi, esok nampaknya aku kena pandailah membahagikan masa. Banyak betul hiburan yang mahu ditonton sedangkan duit aku juga ibarat pop corn. Sedap digunakan tetapi sedar - sedar sudah habis. Mahu minta duit pada mak ayah? Sekarang aku sangat - sangatlah malu mahu minta duit. Tak tahu sebab apa. Tapi, mungkin awal bulan 2 aku akan minta. Duit yang ada nih aku rancang akan digunakan sehingga awal bulan 2.

Insyaallah!

29 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nak tengok cinta balqis la petang ni

    hasan mati kena tembak dgn ray?
    mar dan mukhriz anak kepada isteri tuan baharom?

    ezany memilih balqis dan ceraikan mar?

    jommmmmmm kita tgk siapa yg kenaaaaaaaaaa

    heeeeeeeeee

    ردحذف
  2. out of topic ->
    hahaha..dik,len kali langkah knn ye.. td lngkh kiri,tu yg dpt jamu mate je tgk mknn

    ردحذف
  3. Orang lain rancang masa untuk study dia rancang masa untuk tengok TV ???

    ردحذف
  4. adnan sempit best bro..
    jgn tak tengok..hakhak

    ردحذف
  5. pandai2 la kamu bahagikan masa...mmg syok menonton hiburan2 nih :p

    ردحذف
  6. nursarah : haha..betul2

    Blue city : haha..jom

    eya : hahaha...pasnih langkah kanan la sis

    siv : owh tidak..itu hobi gua la siv..

    touya : of course la kena pandai merancang..gua bukan jenis study 24jam maaa

    sya mansor : laju la plak tenet nih..haha

    xyncaholic : best ke?

    suehann : haha...insyallah

    ردحذف
  7. jom tgk episod akhir cinta balqis
    seronok2

    ردحذف
  8. hahaha minat beno tgk wyg ek.. den dh lama tak tgk wyg huhuhu

    ردحذف
  9. sejak bile cinta tuka jd kasih?
    heee cinta balqis laa.

    ohh maw tgk adnan sempit juge~

    ردحذف
  10. ketagih lah nie!

    ردحذف
  11. Berjimatlah kau. takyah pegi tgk wayang. Duk rumah lg bagus. Tgk tv je...

    ردحذف
  12. tak pernah tgk drama tue tp suka lakonan eira syazira...
    =)

    ردحذف
  13. Jom layan episod akhir ptang ni.. Aku tak sabar dah ni.. Hehehehe.. 2 jam lagik..

    ردحذف
  14. hahahaha..

    bagus giler ko plan pasai hburan semuanya!

    stdy nyew mane??????

    ردحذف
  15. ..banyak plan. duit pun turut berkurang. tunggu loan jak ar.
    huhu.

    ردحذف
  16. chenta balqis??
    mende tuh?
    hohohohohoho ~
    jommm main bola!!!!


    >>________<<

    ردحذف
  17. Adnan Sempit aku dh tengok...terbaik...best2....
    balqis nak abis dh?wahh...aku dh tinggal 3 minggu...mls nak ikut..

    ردحذف
  18. da episod akhir ke??
    sjak dtg cni aku xpnah tgk lagi weh..
    time kt umah dlu aku beriya tgk..
    sbb akak aku gedik2 sepak aku kalo xtgk balqis..haha....
    rase nk tgk plak..haha:D

    ردحذف
  19. bai.. bukan cinta balqis.. AIRMATA balqis dowh... cite paranormal aktivitycite seram terbaik penah aku tgk... 5star

    ردحذف
  20. xsgke akhir citer blqis cmtu..tp mg beshh.. :)

    ردحذف
  21. cint abalqish untuk sampai ke akhir.. belit2 gak.. ekekekeke..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم