Seronoknya Beratur Sejam Lebih.

Xiojie, ni hao!

Ni hao ma?

Wo hen hao, xiexie. Ni ne?

Ni mang ma?

Hahaha. Baru belajar Mandarin darjah 1 jadi sedang menghafal lah nih. Okay, tadi aku pergi ke fakulti sebab nak tambah jam kredit. Gila letih sebab sejam lebih aku beratur semata – mata nak siapkan perkara yang tak sampai 5 minit pun. Macam buat medical checkup jer.

Sudahlah suara aku nih bila aku bercakap tanpa sedar seolah – olah aku bercakap dengan orang yang sebatu jauhnya. Aku siap mengutuk lagi si Fauzi yang pelajar perempuan kata kacak sangat tu. Sampailah si kakak mana entah cakap suara aku kuat. Hahaha. Baru aku sedar aku mengutuk dengan lantangnya. Mungkin muka akan di blacklist selepas ini.

Apa – apapun aku sebenarnya agak kagum dengan akak – akak yang bekerja dekat pejabat fakulti nih. Walaupun ramai budak – budak merungut tetapi diorang masih cool. Dalam hati tak tahulah tapi dari riak wajah tu tenang jer aku tengok.

Sama sekali berbeza dengan makcik – makcik atau kakak – kakak yang bekerja dekat Uitm Melaka tambah – tambah yang jaga bahagian kolej. Mulut semua lancing jer. Tanya sikit jer pun dah marah – marah. Kalau kita bertanya dengan nada yang kuat tak kisah juga tapi dengan nada yang sopan dan dibalas dengan hentaman yang keras. Mestilah panas kan. Padahal kerja bukan banyak mana pun. Kalau sibuk pun sewaktu awal semester jer sebab ramai budak – budak masih pening atau keliru jer.

Apa – apapun aku kagumlah dengan kakak – kakak dekat situ dan terima kasihlah sudi melayan kami semua dengan penuh sabar walaupun sempat juga anda – anda semua bergosip atau memakai selendang ataupun melihat langsir baru. Dan kepada budak – budak yang masih berada di Uitm Melaka, jika makcik – makcik kolej asrama bermulut lancang itu bising – bising pada anda maka lawanlah mereka sehingga mereka diam dan berasa malu pada diri sendiri kerana mereka memang patut dilayan sebegitu.

Okay, aku mahu menonton wayang kejap. Kelmarin ada 5 kelas daripada pukul 8.30 pagi sampai ke pukul 10 malam tetapi nasib lecture tu bagi balik pukul 8.45 malam. Rehat hanya 1 jam sahaja daripada pagi kelmarin sampai kelas terakhir. Sangat letih. Jadi, hari nih masa untuk menghabiskan duit. Eh, ada lagi ker duit? Hahaha.

P/S : Mandarin Asas Jer Atas Tu. Nak Aku Ajar? Bu Mang! Haha!

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ..wo hen hao..
    Huhu..

    dah mula kelas eh..

    belajar baik2 tau.

    ngeee...

    BalasPadam
  2. Janji kita belajor sesuatu yg baru kira ok lah kan?


    p/s Orang Melaka memang kasar cara cakap nya weiiii....
    Cth" Lahanat ko Lahabau! Apa Kabau?" Kalau tak biasa memang sentap nya ah.

    BalasPadam
  3. Ni hao..
    lps nie leh la tukar2 ckp mandarin ea
    hehee

    BalasPadam
  4. Tgk cite ape plak kali ni?
    Aku sungguh jeles!
    Huhu

    ;)

    BalasPadam
  5. wey hang amik bahasa mandarin ka? aku pun. level bopa dah wey? aku sem ni level 3. tapi aku tak kuasai sangat mandarin. huhu ~

    p/s --> bu mang ialah tidak sibok wahai kawan-kawan. sebenarnya bukan baca 'bu mang' tetapi 'pu mang'. oh nak tau lebih lanjut kena ambil mandari la. hehe ~

    BalasPadam
  6. wey hang amik bahasa mandarin ka? aku pun. level bopa dah wey? aku sem ni level 3. tapi aku tak kuasai sangat mandarin. huhu ~

    p/s --> bu mang ialah tidak sibok wahai kawan-kawan. sebenarnya bukan baca 'bu mang' tetapi 'pu mang'. oh nak tau lebih lanjut kena ambil mandari la. hehe ~

    BalasPadam
  7. pergh, jeles, aku nak blaja bahsa mandarin gak...

    BalasPadam
  8. ajar mende yang bukan bukan.




    huhu.

    BalasPadam
  9. kakak kau yg keje kerani sekolah ni pun penyabar orangnye..s enyyummmmmmmm jek!

    BalasPadam
  10. hehehehhehe...sabau je lah ek.. org melaka cakapnyer kasau sikit tapi hati nye baik.. hehehehhehe

    BalasPadam
  11. HAHA.
    aku pn mik mandarin.
    bru level 2.
    Huuu~

    BalasPadam
  12. ni hao
    wo shi laila~

    haha moga berjaya
    bahasa plg xbes pnh aku blaja
    result gempak tp syg xmasuk kredit
    hadir lulus je

    BalasPadam
  13. owh, hbs la pasni kna blacklist oleh KAG. ahaha.

    tp x sume drpd macik macik itu sebegitu. tp diakui diorg kdg2 ade mood baik kdg idak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama