Teringat Kisah Markah Subjek - Subjek Yang Senang Masa Sekolah Dulu.....

Selepas solat Jumaat ada kelas yang amat membosankan. Bukan bosan kerana subject tu tetapi bosan dengar suara lecturer yang membosankan lagi membuatkan aku mengantuk. Fuh, aku mampu bertahan setengah jam jer kut. Lagi 2 jam aku tak tahu apa aku buat. Owh, aku melukis orang lidi, sms kakak aku dan rakan - rakan serta menulis dialog di dalam kertas dan bertukar - tukar kertas dengan member aku si Yatie. Itupun masih belum mampu melawan kebosanan kelas itu. Petang tu sambil membuat assignment bersama group di seksyen 7 pusat komersial sempat jugalah berborak pasal markah - markah yang pernah diperoleh untuk subjek - subjek yang 'senang' masa sekolah menengah dulu seperti Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik. Hahaha. Sebagai contoh subject Add Math. Dulu kalau aku dapat markah atas daripada 15 pun dah rasa hebat dah. Hahaha. Antara dialog - dialog yang terhasil adalah :- Aku : Markah hang berapa weih? Budak Kelas 1 : Aku dapat 5 jer weih. Tapi, okaylah tu. Ada juga markah. Aku : Hahaha. Aku dapat 8. Gila betul markah sikit. Budak Kelas 1 : Babi lah markah tinggi dari aku. Hang dapat berapa pula weih? Budak Kelas 2 : Aku dapat 10 jer. Eh, budak tu dapat 13 markah weih. Gila pandai. Aku : Tu pompuan tu dapat 20 markah. Paling tinggi dalam kelas kita kut. Nanti aku nak pi belajaq dengan dia lah. Budak Kelas 3 : Hebat betoi hang pa noh ada markah. Aku : Awat? Hang dapat berapa? Budak Kelas 3 : Aku dapat 0 markah jer kut. Budak Kelas 2 : Hahahaha....hang malas belajaq sangat. Eh, hang dapat berapa weih? Budak Kelas 4 : Tengoklah sendiri..... Semua : Hahhhh????Negatif 7? Semua : .........Hahahahahhahhahaha!! Fuh, siap ada yang dapat markah negatif tu. Cuba bayangkan kesilapan yang telah dilakukan sampai boleh dapat negatif markah. Sangat hebat tu. Hahaha. Memang best giler borak pasal benda nih. Macam matematik moden aku pun tak pernah dapat A. Dari ujian awal bulan sampailah ker trial SPM semuanya gagal. Nasib cikgu Mat Mod aku maki satu kelas hingga buat aku tercabar. Lepas tu baru dapat A. Kalau tidak aku rasa memang aku tak dapat masuklah Uitm nih. Ialah! Kalau dah matematik pun gagal macam mana nak masuk sedangkan itu syarat wajib nak masuk belajar. Hahaha. Aku sedang gembira dah menyiapkan 3 assignment dalam masa sehari. Penat juga aku bertapa dalam bilik nih menaip dan menulis menggunakan tangan. Esok nak buat flip book ker atau nak buat comm research dulu? Benci betul aku nak lukis - lukis untuk flip book nih. Adoi! P/S : Tak Ada Ker Orang Buat Contest Lagi Yang Hadiahnya Duit? Aku Nak Masuk Nih. Nak Tambah Pendapatan Sampingan. Hehehe!

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahah teringat jugak 1st time exam add match.. cikgu plak cikgu baru lepas grad.. haha semua budak satu kelas dpt mrkah krg dr 30. plg tinggi is my marks which is 28.. hahaha pstu pakat2 complaint kat pengetua. mintak tukar cikgu. haha.. kesian cikgu tu.. dh la tgn dia menggeletar stp kali mengajar.. hehehe

    BalasPadam
  2. hehehe..ha..citer hang ni lebey kurang ngan aku la.paling rendah dapat 5.pas kena brainwash kaw2, pass gak aku paper add math;)

    BalasPadam
  3. hahaha...betoi2..lepas tuh sapa dapt mark pling tnggi kena belanja hahaha....cam gamapng...dpt 13 ja kot

    BalasPadam
  4. hahaa.
    cam bengong.
    :D

    tp betul lah.
    aku pena failed add math.
    siyol jer!

    BalasPadam
  5. mase time sekolah dulu, subjek yang palin zul suke pj aka pendidikan jasmani coz dapat bebaskan diri dari memerah otak untuk blaja.. aha!~

    BalasPadam
  6. hahah tak pernah failed add math.
    gila berlagak budak notso nih. jgn kawan dia.

    BalasPadam
  7. tak sah kalau tak fail add math. hahaha..lawak sungguh dialog.. saya pernah dapat 1 markah..tu pun sebab pandai tulis nama sendiri. hahaha gilos bebal add math

    BalasPadam
  8. sama la aku dulu..
    tapi MATMOD 0k lagik la..
    MAT TAM ku dari f4 sampai f5 xpernah lulus langsung..

    tapi alhamdulillaqh time spm dpt



































































    A1....hak3..ops...s0ri TERriak sebentar...

    BalasPadam
  9. add maths & modern maths subjek feveret kot dulu :p
    sebab tak payah baca ok. kira2 pakai kalkulator jek

    BalasPadam
  10. bagi aku fizik 'senang' lagi dari math..hahaha...

    BalasPadam
  11. hans..hahaha....ambe mase muda2 dulu paling ske subject maths la..sebab calculate tak payah baca2..thats why ambe continue dalam bidang engineering kat UiTM di hatiku juga...hahaha....so sampai sekarang kalau nak tanya maths no hal ambe sedia membantu..bleh jadi sensei maths part time..hahahaha

    BalasPadam
  12. klu aku pulak
    sekarang ni klu ada markah tu yg bersyukur
    sbb susah sgt
    dulu2 ok je kot masa sekolah

    aku ada wat kontes hadiah topap je tp hbs mlm ni
    tamau wat lama2

    BalasPadam
  13. haha! addmath aku tak pernah lulus dari form 4 sampai spm!

    BalasPadam
  14. wei...aku xtau ape2 psl math ni...
    ~nnti aku wat contest hadiah yg ade wang tunai...haha

    BalasPadam
  15. classmates sume bersaing nak dpt 0 paper add math


    salu kalah sebab tak pnh dpt 0
    sebab terjwb soklan
    hukhuk ;p


    ^___^

    BalasPadam
  16. ak xpernah lulus add math..
    bljr mcm mne pon ttap gak fail..
    classmate aku sume cmtu..
    sampaikn ckgu ak pengsan mgajar ktorg dlm klas..
    dasyat laa subjek add math nie..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama