Review Filem : Niyang Rapik Komedi Seram


Hajat gua mahu menonton My Name Is Khan tetapi sayangnya tempat duduk kosong hanya ada untuk 4 orang sahaja sedangkan gua berlima dengan member gua. Jadi, gua tak boleh pentingkan diri lalu selepas berfikir selama 10 saat akhirnya kami berlima setuju mahu menonton filem melayu terbaru minggu ini iaitu Niyang Rapik. Sebuah filem bergenre seram yang dilakonkan oleh pelakon – pelakon hebat terdiri daripada Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Kamal Adli, Awal Ashaari, Sharonizam dan Nasir Bilal Khan.

Filem ini mengisahkan tentang 5 orang pelajar daripada bidang kajian sejarah yang baru pulang daripada membuat kajian tentang bahan arkeologi yang terdapat di sebuah tempat yang jauh di pedalaman iaitu Niyang Rapik.

Selepas pulang daripada kampung itu, seorang daripada mereka iaitu Fizz Fairuz diserang penyakit aneh dan akhirnya mati disebabkan perkara itu. Selepas disiasat mereka berempat membuat kesimpulan kejadian itu berlaku disebabkan Fizz Fairuz telah mengambil satu bahan arkeologi sejarah kepunyaan kampung Niyang Rapik iaitu sebuah gambir.

Jadi, mereka berempat merasakan mereka perlu kembali ke kampung Niyang Rapik untuk memulangkan semula gambir itu. Zed Zaidi telah mengutus surat kepada Laila(Liyana Jasmay) iaitu anak ketua kampung Niyang Rapik untuk memberitahu tentang kedatangan mereka ke sana. Sewaktu perjalanan mereka ke kampung tersebut sehinggalah mereka tiba di sana, pelbagai rahsia dan masalah melanda mereka berempat. Tanpa mereka sedar, ada seseorang mahu membalas dendam kepada mereka.

Persoalannya di sini, apakah kesalahan yang telah mereka lakukan? Adakah ini semua berpunca daripada perbuatan mencuri gambir? Atau mereka telah melakukan kesalahan atau melanggar pantang larang sewaktu berada di kampung Niyang Rapik? Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini silalah menonton filem Niyang Rapik di pawagam berhampiran anda.

Mungkin ada sedikit persamaan dengan jalan cerita mana – mana filem hantu dari negara luar tetapi gua tolak ke tepi jer lah. Sebab setiap tahun berpuluh - puluh filem di hasilkan di mana – mana negara dan jika dicongak secara kasar memang beribu – ribu filem di hasilkan setiap tahun. Jadi, jika ada persamaan tu memang gua abaikan jer lah. Bagi gua jalan cerita filem ini menarik.

Berkenaan tahap keseraman filem nih pula, gua suka sound effect film ini sebab boleh buat gua cuak. Hahaha. Tetapi, imej hantu – hantu dalam filem ni kurang menakutkanlah bagi gua. Ada juga yang berwajah seram cuma mungkin juga sebab member gua suka buat lawak jadi mengurangkan sikit rasa takut pada wajah hantu – hantu tu tetapi gua memang tergelak juga tengok hantu – hantu dia. Ada hantu yang muka macam bapok pun ada. Hahaha.

Adegan paling lawak dalam filem ni sewaktu Kamal Adli dan Shaheizy Sam makan mee goreng dekat sebuah warung yang terdapat dekat kampung Niyang Rapik tu. Sesiapa yang sudah tengok mungkin bersetuju dengan gua. Serius gua gelak besar tengok watak pemilik warung yang dilakonkan oleh Den Wahab. Gua rasa watak tu tak sesuai dengan dia. Hahaha.

Apa – apapun gua suka lakonan Shaheizy Sam sebab watak dia sangat hidup dan sempoi. Pelakon lain pun tak kurang hebatnya lah. Apa – apapun gua rasa tak rugilah tengok filem nih dan gua mencadangkan kalau korang dah tahu nak tengok filem apa pilihlah filem ini.

Dari 5 bintang, gua bagi 4 bintang lah untuk filem nih.

Selamat menonton.

P/S : Ada Jer Halangan Nak Tengok My Name Is Khan!!!

31 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ok. baru tersedar yg dah lama gila tak tgk wayang!

    BalasPadam
  2. Aku tak tgk lagi niyang rapik ni....

    BalasPadam
  3. hahaha~

    aku tunggu review ko pasal My Name is Khan~

    hans, aku rindu ko!!

    meh pergi gath jom!!

    BalasPadam
  4. gambit lah!

    hahaha.
    klu faiz xwt lwk, aku seram lh kot. huhu!

    BalasPadam
  5. aku xde duit nak g tengok...baca kat blog ko je la..ahaaha

    BalasPadam
  6. LOL.
    xterpikir pun ada yang lawak.. stress dengan pelakon bukan stress ngn hantu.. stress sbb asyik terjerit2..

    BalasPadam
  7. best ea weii.. aku tgk setabik tabir je.. cm xde seram sgt kot.. ke seram..? hehehehhe

    BalasPadam
  8. wah..mcm best jer nih...mesti tgk nih!!!

    BalasPadam
  9. Aku pon same gak.. Ipoh takde my name is khan.. Takkan aku kene tgk DVD??? Aku takmoooo. Huuuu..

    BalasPadam
  10. saya nak tengok esok.
    oleh itu.
    saya tanak baca review ini sampai habis.


    kih.

    BalasPadam
  11. saya nak tengok esok.
    oleh itu.
    saya tanak baca review ini sampai habis.


    kih.

    BalasPadam
  12. ahah
    cm aku tgk ju on
    blh gelak tgk hantu die
    hehhh.

    mls da nak tgk cte antu.
    huhuhuh

    BalasPadam
  13. Tunggu dvd kuar.. eheheh.. (kes malas nak g tgk wayang)

    BalasPadam
  14. waa..taknak tengok filem melayu.serik...haha

    BalasPadam
  15. gambir ke gambit ye hanis????ehehehhee

    BalasPadam
  16. hencekk..
    ulasan ni da ckup buat ak tahu citer nie
    so, xpayah masuk wayang..
    wakakaka..
    :)

    BalasPadam
  17. lepas aku nengok cite paranormal activity tuh,memang tanak lah aku nengok lagi cite2 antu nih..

    tak suke okay*padahal penakot gila!







    haha!

    BalasPadam
  18. tamau tgk filem ahamd idhammmmmmm

    BalasPadam
  19. liyana jasmay cantikk. i laikk. err geli kot time awal muntah2~ yuckss

    BalasPadam
  20. ramai cakap my name is khan best? best ke?

    BalasPadam
  21. ahaha. lagi 1, niyang rapik = razak baginda uitm melaka :P

    BalasPadam
  22. sy tringin nk layan cite my name is khan

    BalasPadam
  23. uiks.. bnyaknye bintang ko bagi..

    aku bagi 3 je la

    aku rasa biase je.. nak kata bes pon x.. xbes pon x..

    ntah.. kua je mcm xde pasaan nak kata pe..

    biase je kot

    tp bes sbb cite sal pesahabatan tu.. tu yg ptt ditabik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama