Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 11

Cikgu Azlan : Hurm....Apa saya nak denda kamu berempat nih yer?? Kejap!! Saya buat cabutan undilah. Hah, kamu berempat! Hantar seorang wakil untuk cabut undi nih.

Danish & Mei Ling : Erk!

Siti Nurbaiyah : Saya rasa sayalah cikgu yang sesuai jadi wakil cabut undi nih. Tangan saya nih selalunya bertuah sikit. Tapi, cikgu Azlan. Apakah dendanya?

Cikgu Azlan : Saya dah tulis 4 jenis denda untuk kamu semua. Bergantunglah pada rezeki kamu nak dapat denda yang mana satu.

Atan : Erk..denda apa cikgu?

Cikgu Azlan : Ada 4 jenis denda. Antaranya ialah cuci tandas pelajar, kutip sampah keliling sekolah, siram pokok bunga setiap pagi di Taman Sains dan cuci longkang dekat sekitar sekolah.

Mei Ling : Haiya! Banyak teruklah ini denda cikgu.

Cikgu Azlan : Sudahhh!! Baiyah! Cepat cabut undi! Saya tak ada masa nak layan kamu semua nih.

Siti Nurbaiyah : Erk..cikgu! Tukar oranglah cikgu. Saya rasa macam malas pula nak jadi wakil cabut undi nih.

Cikgu Azlan : Baiyahhhh!!! Kamu jangan mengada - ngada!! Cabut undi nih cepat!!!

Siti Nurbaiyah : Baiklah, cikgu Azlan! Erk...kawan - kawan! Korang nak denda yang mana satu nih?

Mei Ling : Baiyah! Jangan cabut denda Cuci Tandas. Kalau tidak putus sahabat maa.

Danish : Cabut kertas yang dendanya Kutip Sampah Keliling Sekolah lah Baiyah. Okay sikit dari denda - denda yang lain.

Atan : Baiyah! Cabut undi Siram Pokok Bunga Dekat Taman Sains tu. Itu paling senang sekali.

Siti Nurbaiyah : Diamlah kau Atan! Aku tanya kawan - kawan aku jer. Kau kawan aku ker??

Cikgu Azlan : Sudah!! Sempat lagi tu kamu bergaduh. Nak saya tambah lagi ker denda untuk kamu?

Siti Nurbaiyah & Atan : Tak nak cikgu!


Cikgu Azlan : Hah!! Tunggu apa lagi tu?? Cabutlah undi tu cepat!! Saya banyak lagi urusan kerja nak disiapkan nih.

Siti Nurbaiyah : Saya dah cabut cikgu. Nah, kertas undinya!

Cikgu Azlan : Owh, bagus! Yeah, ini denda yang sesuai untuk kamu semua!

Atan, Danish, Mei Ling & Siti Nurbaiyah : Denda apa kami dapat cikgu??

Cikgu Azlan : Sekejap! Sebelum tu saya nak bagitahu kamu semua. Denda yang bakal dikenakan terhadap kamu nih bukan hanya sehari sahaja tetapi selama seminggu yer. Take note!!

Siti Nurbaiyah : Apa? Seminggu?? Kenapalah semua ini berlaku kepadaku?

Mei Ling : Adoi!! Matilah saya!

Danish : Ya Allah! Lamanya!

Atan : Owh, tidak!

Cikgu Azlan : Baiklah! Nampaknya tangan rakan kamu  si Baiyah nih memang bertuah. Kamu semua bakal didenda melakukan.....

To Be Continue.....

P/S
Nantikan 
Episod 12 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Dengan Sabar Yer. 
Insyaallah! 


Pengumuman :
Tuan Punya Blog Mengucapkan 
Terima Kasih Tak Terhingga 
Kepada Semua Pembaca Dan Follower 
Serta Silent Reader 
Yang Sentiasa Menyokong 
Siri - Antara Dia, Kau Dan Aku
Terima Kasih Semua.




Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

19 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. heeee...tgn baiyah yg cabut....bawak tuah aper..seminggu kene denda..ha4....tapi denda aper ek...huhuhhu...episod 12!!

    ردحذف
  2. cuci tandas kot aku rase..HAHAHA

    pandai kau buat suspen hans,boleh buat novel kau nih..

    ردحذف
  3. wawa cuci longkangg!!! im waiting hahhaha

    ردحذف
  4. ala...
    abiskan la citer nie..
    isk!
    tak sabar nak tao..
    ;)

    ردحذف
  5. gaknya akak ketinggalan cerita ni..
    tp suspens gak nk tahu apa endingnya..

    ردحذف
  6. aku tk prnh tau pon ko wat novel?
    hahahha

    ردحذف
  7. yehh baiyah cabut undi kene cuci tandas..

    ردحذف
  8. wah, berkarya ya hans. teruskan. who knows nnt keluar printed version. :)

    ردحذف
  9. uish, igt dah dpt tahu apa dendanya
    suspen habis,hak3

    tup3 kena cuci longkang

    ردحذف
  10. tangan tuah membawa bala haha

    ردحذف
  11. kene lari keliling padang sambil kaki kene ikat ngan batu kot..

    ردحذف
  12. asal suspen je sambung. Stress aku! Hehe

    ردحذف
  13. mnyampah r ngan atan..
    mcm giler kuasa pon ade...

    meiling shbt yg bek..
    ade ke shbt mcm tu kat dunia realiti skrg...

    ape2 pon xsbr nk taw ending yer

    ردحذف
  14. eh! denda pun ade cabut undi ker? hahahahha ni first time dgr? hehe

    ردحذف
  15. nak episod 12..huhu..ape dendanya..hans pndai wat org suspen la..huhu

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم