Apabila Aku Melihat Suasana Di Siam @ Bangkok.....

Aku tak tahu nak kata apa. Sedih dan takut jika terjadi dekat negara yang aku sayang iaitu Malaysia. Bukannya takut berperang tetapi takut sebab perang saudara. Tak sanggup aku nak berperang dengan manusia yang seagama dengan aku. Apa yang berlaku dekat Siam a.k.a Bangkok a.ka Thailand tu sangat pelik dan pelik.

Mereka ada dua puak dan tak silap aku sebenarnya ada 3 puak. Puak Berbaju Merah, Puak Berbaju Biru dan Puak Berbaju Hitam. Tetapi, yang lebih menonjol puak Berbaju Merah dan puak Berbaju Biru. Maaflah aku kurang arif sikit bab nih tapi tak silap aku yang Puak Baju Merah nih pro Thaksin manakala puak Baju Biru pro kerajaan.

Sebab apa aku kata pelik? Sebab masalah diorang nih tak berkesudahan. Puak baju merah nih mahu Thaksin berkuasa walaupun Thaksin nih memang dah kantoi rasuah. Jadi, tak kiralah siapa yang naik menjadi pemimpin utama Thailand pasti akan mendapat tentangan daripada puak ini. Jadi, memang susah dan tak akan aman kerana semua pemimpian yang naik pasti tak kena di mata mereka. Setiap masa mahu berperang. Semua yang dibuat oleh pemimpin utama kerajaan tidak kira benda itu sebaik mana pun pasti akan ditentang.

Sebenarnya, pemimpin mereka sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang dimahukan si Puak Baju Merah ini. Siri pemberontakan dan mogok lapar sentiasa berlaku dan minggu ini Bangkok yang terkenal bertukar menjadi medan perang. Puak Baju Merah banyak yang mati dan tentera juga ada yang mati dibelasah.

Sedih betul aku melihat perkara ini dan aku terfikir tentang situasi di Malaysia. Di Malaysia tidak kira apa kaum pun sekarang aku lihat semakin berpecah belah kerana berlainan perjuangan politik. Jika perkara ini tidak dibendung tidak mustahil Malaysia akan menjadi Bangkok kedua di mana kita berperang bukannya dengan menentang negara asing untuk menyelamatkan negara tetapi berperang sesama sendiri kerana berlainan perjuangan politik. Perang Saudara!!

Jadi, sebagai rakyat Malaysia marilah kita menghargai keamanan yang kita masih ada ini. Jagalah ia sebaik mungkin. Lindungilah dan sayangilah apa yang kita ada. Bertindak mengikut akal dan bukannya perasaan. Lihat situasi negara lain dan anda akan menghargai apa yang anda ada sekarang. 

Aku juga  berharap setiap ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang bersatulah demi keamanan dan kemajuan negara. Janganlah bertekak dan mementingkan diri kerana mahu mengisi perut masing - masing sahaja. Pentingkan rakyat kerana anda bekerja untuk rakyat.

P/S : Maaf Berunsur Politik Tetapi Aku Risau Melihat Situasi Di Bangkok Kerana Tidak Mustahil Kita Atau Anak Cucu Kita Bakal Menghadapi Situasi Yang Sama Seperti Itu.

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku jatuh cinta dgn en3 kau mcm nih..

    bravo2..

    BalasPadam
  2. sama sama kita fikirkan ;) seorang sahaja tidak membantu

    BalasPadam
  3. ini bukan berunsur politik... =)

    nways... entri neh matang.. ehehe. .syabas

    BalasPadam
  4. tu la pasal.. semakin lama kat malaysia ni pun byk penyokong parti yg semakin fanatik.. sanggup buat sesuatu yg extremist..

    BalasPadam
  5. betul. harap-harap malaysia TAK AKAN jadi macam tu :)

    BalasPadam
  6. aku suka entri macam ni hans

    kalau tak silap aku, lagi satu puak baju kuning, pro Raja....

    apa pun, semoga Malaysia sentiasa selamat hendaknya

    BalasPadam
  7. hope takkan jadi ar kat negara kiter...hee....hans sorry yer..tak dpt bacer citer antara aku,dia....tak smpt...busy sikit...panjang lak tuh..hee...so sori yer

    BalasPadam
  8. aku bersyukur malaysia kita aman..
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama