Novel Diari Mat Despatch - Kenapa Anda Perlu Beli Dan Baca?


Tak silap aku ini adalah entry aku yang pertama yang mengulas tentang buku atau novel yang aku baca. Sebelum nih aku ada beritahu aku beli 6 novel dan salah satu darinya ialah Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri.  Aku beli dekat MPH sebelum tengok wayang Iron Man 2. Harga dia tak silap aku tak mahal pun. Dalam RM9 ker RM10 jer kut. Aku lupa sebab novel nih ada dekat rumah sewa dekat Shah Alam.

Aku sebenarnya beli novel nih sebab nak memanfaatkan MPH Member Card yang aku buat dengan harga RM20 kalau tak silap aku. Hahaha. Jadi, memang sakanlah aku borong. Lagipun dekat Alor Setar nih tak ada MPH. Ada Popular jer. Bosan betul. Baiklah. Aku nak cerita bagaimana aku tertarik nak beli novel nih.

Sebenarnya dah lama aku tak baca novel. Kali terakhir aku baca novel ialah novel Lagenda Budak Setan waktu Ahadiat Akashah datang ker Uitm Melaka sempena seminar penerbitan. Sebelum novel LBS, aku suka baca novel siri Yoyo karya Liena Afiera Malik dan novel - novel karya Ramlee Awang Murshid. Jadi, hari tu memang target nak beli novel. Saja usha - usha dan terpandang 1 rak nih. Ada satu sahaja lagi novel yang tinggal dekat rak tu.

Diari Mat Despatch? Macam comel - comel jer kulit buku novel nih. Sebab novel tu berbalut so tak dapatlah nak buka baca. Aku lihat di bahagian belakang. "Jika Anda Terjumpa Buku Ini, Sila Jangan Baca Kerana Ia Akan Memalukan Penulis...." Ada lagi tapi aku lupa. Sebab benda tu lah buat aku senyum sorang - sorang depan rak tu dan aku terus beli. Sampai rumah aku buka dan sekali lagi aku ketawa.  Ketawa besar! Setiap helaian dia memang macam buku laporan sains. Ada garis - garis. Hahaha.

Aku baca helaian pertama dimana si Mat Despatch atau namanya Idlan Rayyan(bukan nama sebenar) nih kata dia tak mampu nak beli diari untuk dibuat diari. So, dia beli buku laporan sains yang panjang tu untuk dijadikan diari. Sumpah aku gelak baca. Dan memang bestlah. Aku habiskan novel nih tak sampai sehari. Lagipun novel nih taklah tebal macam novel - novel lain.

Aku bagi sinopsis novel Diari Mat Despatch nih. Novel ini mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi.

Bagi aku ini pertama kali aku jumpa novel yang unik, kreatif, sempoi dan sangat jujur. Hahaha. Aku harap pihak penerbitan novel ini menerbitkan siri sambungannya dan aku pasti akan beli

Serius, sangat kelakar.

P/S : Hanya Orang Skema Yang Baju Di Dalam Seluar Beserta Rambut Disikat Tepi Saja Yang Ada Diari = Salah Satu Ayat Dalam Novel Nih Yang Buat Aku Gelak Besar. Hahaha.

30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau hans terbitkan novel, bagitau sufy..org pertama baca nih..ahaha

    BalasPadam
  2. ehhhhhh baru hari tu g kinokuniya jumpa buku tuh, tertarik tgk buku tu sbb comel gila...tgk cover buku tu pun dah gelak..macam best je nak beli..rm9 je kan..

    BalasPadam
  3. haha~
    terbitkan cerita antara dia , kau dan aku .
    >.<

    BalasPadam
  4. haha. cambest jer.
    tgk cover pun da bole gelak.
    haha..

    BalasPadam
  5. aku baca ulasan ko pun dah tersenyum kambing...hahahha

    BalasPadam
  6. hans : like juga la ayat tu, ada lagi ke buku tu???

    BalasPadam
  7. x stuju!
    sbb aku sikat tepi...
    xde pn diari!
    haha..

    BalasPadam
  8. rambut aku pacak2 ade je diari...
    hahahaha~~

    BalasPadam
  9. aku nak cari lah nnt buku nih
    mcm best jek
    tengkiu hans gitau
    muah!


    jgn segan ke laman sy yek
    Awek kesepian, kamu sudi teman?

    BalasPadam
  10. aku nk cri la novel ni..tp tnggu aku ada duit

    BalasPadam
  11. next time aku kluar aku nak beli..sepatutnya buku2 camni harus dijual di pos ofis.barulah stylo.posmen pun boleh jual time nak hantar urat rumah ke rumah,

    Latest Entri : Peristiwa Subuh

    BalasPadam
  12. hahaha....nk g cri lah...meksh3...

    BalasPadam
  13. hahaha....nk g cri lah...meksh3...

    BalasPadam
  14. cumel la hai kulit buku dia. hahaha.. mesti lelaki tulis ni kan.. sempoi..

    BalasPadam
  15. sungguh menarik nmpknye buku laporan sains itu ! :)

    BalasPadam
  16. aku dah tertarik dah!heeehe..nanti aku nak cari gak!

    BalasPadam
  17. dah lame aku tak bace novel. Ko wat aku tertarik utk beli buku nih :)

    BalasPadam
  18. aku bukan seorg pembaca novel..tp cam menarik je review ko ni..haish

    BalasPadam
  19. Pergh..mamam best jek.. MEsti Cari nih~

    BalasPadam
  20. nak baca..ko xnak bagi aku pinjam ke??

    BalasPadam
  21. Thanks semua sudi komen dekat entry nih.
    Pada pandangan den, buku nih sangat menarik.
    Cubalah beli. Tak mahal pun. Insyaallah anda semua terhibur.

    BalasPadam
  22. Novel ker tu hans? Unik sangat cover dier tu.. Baru cover dah unik, apa lagi isi kandungan tu.. hehe

    BalasPadam
  23. waahh.. macam best je.. nak pinjam.. boleh?

    BalasPadam
  24. Mmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh

    BalasPadam
  25. Mmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh

    BalasPadam
  26. tengah baca buku ni..tapi tak abes lagi sbb pinjam buku org..kah kah kah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama