Piala Thomas Semi Final : Malaysia Versus China.....Mampu Menang Kah?



Mengikut percaturan di atas kertas, Dato Lee Chong Wei, Wong Choong Hann serta Muhammad Hafiz Hashim bakal menggalas tugas mewakili negara bagi kategori perseorangan lelaki.

Manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula akan menjadi beregu utama negara pada perlawanan hari ini. Beregu kedua negara masih di dalam perancangan sama ada mengekalkan pasangan hari itu atau mengembalikan kembali Mohd. Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif.

Malaysia perlu menang dua game awal yang melibatkan Dato Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kerana 3 lagi perlawanan berisiko untuk menang. Wong Choong Hann kurang menyengat kerana faktor usinya. Beregu kedua pula masih terumbang - ambing. Tidak tahu jika  Mohd. Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif jika disatukan kembali mampu membalas kepercayaan itu. Jika dikekalkan kombinasi baru antara Zakry-Hoon Thien How pula masih berisiko untuk mencipta kejutan.

Hafiz Hashim pula agak merisaukan. Walau menang pertemuan dengan pemain Denmark namun prestasi beliau selalunya lebih kepada prestasi Yo-Yo. Kadang - kadang bagus dan kadang - kadang sangat teruk. Pasukan China pula mempunyai kekuatan yang seimbang daripada semua segi. Jadi, walaupun ini permainan peringkat separuh akhir, kita sudah boleh menganggap ia seperti perlawanan akhir kerana China memang pasukan yang kuat serta mantap.

Apa - apapun, jangan terlalu meletak harapan yang tinggi. Jika Malaysia menang itu satu bonus kepada negara namun jika kalah kita kena sedar bahawa kita perlu mencari pemain pelapis Dato Lee Chong Wei serta Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dengan kadar segera.

Semoga berjaya untuk pasukan Piala Thomas Malaysia.

P/S : Pakat Ramai - Ramai Duduk Depan TV Petang Nih.

P/S : Aku Muda Lagi Kut...Yang Korang Suruh Aku Kahwin Cepat - Cepat Nih Dah Kenapa? Belajar Belum Habis. Kerja Pun Tak Ada Lagi. Tak Boleh Kahwin Lagi Maaa....Beli Rumah Baru Boleh Kahwin. Hahaha.

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dorang terkeliru antara umo ko ngan shah rukh khan heheee

    tula kan.. frust gak tengok team malaysia.. pepun hope dorang wat yang terbaik

    :)

    BalasPadam
  2. haha..arini baru betol malaysia lawan china..nak balik awal..haha
    ko tu da jatuh hukum sunat muakad kene kawen..haha

    BalasPadam
  3. ok hans..pakat ramai2 duduk dpn tv ini petang..sambil2 ada kopi panas..perghh..best..

    btw, nampak sihat dah.. alhamdullilah..

    BalasPadam
  4. pasal apa ni? lu bernazar kalau Malaysia menang lu nak kahwin ke?

    ....jgn lupa jemput gua.

    BalasPadam
  5. payah..
    tgk result terkini..
    malaysia x layak ke final..
    cedey..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama