Selamat Hari Ulang Tahun Ke-2 Untuk Blog www.hanspunyablog.blogspot.com

Hari nih genaplah umur blog nih menjadi 2 tahun. Sepatutnya entry ini dipublish pada malam nih sebab blog nih tercipta pada waktu malam dalam pukul 10 malam keatas. Tapi, tak kisahlah publish awal - awal pun. Sebab blog nih dah tak sabar nak menyambut ulang tahun kelahiran ke-2 dia. Hahaha.

Ini entry PERTAMA AKU dan disini korang boleh tengok betapa formal gila cara penulisan aku waktu tu. Hahaha. Maklumlah, waktu tu aku mentah sementah - mentahnya dalam arena blog yang penuh warna - warni nih.

Kalau korang perasan ada satu komen dekat entry tu yang bila dibaca berbunyi sebegini :-

Salam,

Teruslah menulis, kerana anda akan menyedari nanti bahawa ianya sesuatu yang menyeronokkan dan membuatkan anda berasa lebih baik tentang diri dan negara anda.

"Better to write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self".
-Cyril Connolly

Dulu aku ketawa jer baca komen nih sebab bagi aku kenapa terlalu serius sangat komen nih. Tetapi, bila aku baca balik sekarang aku rasa menyesal pula ketawa dulu. Bagi aku memang betul 100% komen nih. Baiklah! Apa yang mendorong aku berblog secara asalnya? Mari aku ceritakan kembali sala - silah sehingga munculnya blog Hanspunyablog nih.

Aku memang minat politik zaman aku budak - budak dulu. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku suka baca surat khabar. Jadi, sejak Tun Mahathir buat blog aku memang kerap baca blog dia dulu - dulu. Sekarang tak bacalah plak. Hahaha. Jadi, bila aku dah habis baca entry beliau dan aku baca banyak komen - komen dari pembaca blog beliau maka aku teringin nak komen. Tapi, aku tak berapa tahu waktu tu macam mana nak komen sebagai anonymous. Hahaha. Aku tekan send comment tapi tak tersend langsung pun. Jadi, dari bermula malam 18/05/2008 tu lah terhasilnya blog nih.

Tiba - tiba entry pertama aku mendapat 4 komen. Serius, sebagai seorang blogger baru yang mentah dan baru buat blog dan tiba - tiba melihat entry ada 4 komen. Memang rasa gembira tu tiba - tiba datang. Terasa diri femes gila waktu tu. Padahal 4 jer komen. Wakakaka. Jadi, entry - entry awal aku banyak berkisar pasal pengalaman dan tulisan memang maha formal lah. Aku baca balik sekarang pun aku menyampah. Hahaha.

Dan kemudian satu ENTRY NIH tiba - tiba mendapat komen yang banyak. Macam selalu komen setiap entry 2-3 komen atau 0 komen..haha...alih - alih entry tu ada 13 komen macam tu lah. Tiba - tiba rasa macam artis. Hahahaha. Sejak dari tu mulalah buat entry yang lebih gila - gila dan lebih santai. Aku masih tak kenal perkataan blogwalking. Hahaha. Semua orang yang datang komen blog aku waktu tu pun mungkin sebab aku suka promote dekat myspace satu ketika dulu.

Aku memang suka menulis. Ada seorang lecturer aku pun menggalakkan aku menulis. Aku masih belum kenal apa itu followers dan apa itu nuffnang. Tiba - tiba aku nampak ada orang follow blog aku nih. Hahaha. Waktu tu seronok bukan kepalang walaupu yang follow tak sampai 5 orang. Dan siapa sangka sekarang follower blog nih sudah mencecah 690 orang setakat nih? Bukan nak riak tapi aku sendiri pun tak sangka. Daripada 50 lebih followers pada bulan November tahun 2009 iaitu lepas menjadi 690 orang pada bulan Mei tahun 2010....apa lagi yang aku mahu? Bersyukur atas sokongan nih. Aku memang aktif gila berblog bermula pada November tahun lepas. Sebelum nih aku hanya update blog dan lepas tu tinggalkan jer. Hahaha. Waktu bulan 11 nih lah aku kenal apa itu perkataan blogwalking. Aku saja buat blogwalking sebab aku nak orang baca entry - entry dekat blog aku. Alhamdulillah, hasilnya sebegini.

Aku juga tahu pasal nuffnang sejak usia blog ini mencecah setahun. Tetapi, dengan kelajuan dial - up memang aku ada masalah nak daftar(nasib sekarang dah pakai streamyx..heaven hidup gua..haha). Alhamdulillah, blogger Pearls membantu aku sehingga aku mempunyai account nuffnang sendiri. Dan alhamdulillah aku dah mampu cash out jika aku mahu. Jika tanpa bantuan blogger Pearls sampai sekarang pun tak ada account nuffnang aku rasa.  Mesti kempunan nak merasa cash out jika tanpa bantuan beliau. Hahaha.

Jadi tujuan asal aku berblog kerana aku nak berkomen dekat blog Tun Mahathir. Kemudian, ia bertukar kepada minat kerana aku memang minat menulis. Dan ditambah pula dengan mahu berkenal dan menambah rakan - rakan sebab bagi aku kita berkawan di blog kerana cara penulisan dan bukannya kerana wajah. Pasal duit? Baiklah! Aku tidak mahu hipokrit. Sebelum aku kenal nuffnang memang tujuan asal menulis tetapi sejak aku tahu pasal nuffnang dan ada akaun nuffnang, aku rasa tak salah jika ia boleh menjadi sumber kewangan tambahan. Tak salah pun rasanya. Disamping berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu apa salah mendapat sedikit wang dari sumber iklan - iklan tu kan? Pandangan aku sajalah.

Dulu aku ada matlamat mahu menjadi blogger setaraf Hanis Zalikha. Nama pun nak dekat sama jer. Wakakaka. Tetapi, aku fikir dan aku berharap agar follower - follower blog nih follow blog nih sebab sukakan entry - entry aku. Bukannya mengharapkan aku follow kembali blog anda. Jika anda follow blog ini tanpa keikhlasan, silalah unfollow kembali. Okay, tanpa hipokrit aku nak bagitahu aku suka blog aku difollow tapi aku tak suka follow blog sesiapa. Cara ku follow dengan meletak link dekat blog list. Serius aku benci dan menyampah jika mereka follow aku dan diam seribu bahasa. Tak lama kemudian blog mereka hilang dari list follower aku. Mungkin mengharap aku follow kembali. Entah! Ini aku tulis macam nih mesti ramai unfollow pasnih. Hahaha. Terserah pada kamu semua.

Apa - apapun terima kasih kepada semua blogger yang menyokong blog ini, selalu berkunjung, yang follow blog nih dan sudi menjadi kawan aku. Ramai kawan - kawan blog yang dah menjadi sahabat aku walaupun tak pernah berjumpa. Aku hanya pernah berjumpa..eh terjumpa dengan blogger Azza awek kepada Moyang Man dekat KFC area seksyen 2 tu. Hahaha. Sangat gugup tapi rasa macam artis pun ada. Wakakaka.

Maaf panjang dan aku tahu mesti korang baca perenggan 1 dan kemudian perenggan akhir. Hahaha. Apa - apapun, aku sangat sayang pada blog aku nih. Umurnya sudah 2 tahun dan aku pun tak pasti mampukah blog nih bertahan di masa akan datang atau terkubur dan tersungkur di kemudian hari. Wallahualam. Apa - apapun, sekali lagi aku mengucapkan terima kasih kepada kalian. Tanpa kalian semua mana mungkin orang tahu dan kenal blog picisan ini.

P/S
Ini Bukan Blog Otai. Walaupun Usia 2 Tahun Tetapi Baru Aktif Selama 6 Bulan Lebih Sahaja. Ini Bukan Blog Famous. Sebab Bila Tuan Blog Ini Keluar Berjalan Tidak Ada Siapa Yang Kenal. Hahaha. Blog Ini Tidak Hebat Tetapi Cuba Menjadi Hebat. Azam Mahu Menjadi Seperti Hanis Zalikha. Bukannya Banyak Follower Tapi Mahu Nuffnang Taja Pergi Melancong Free. Wakakaka. Sudah Lebih Aku Merepek Nih. Kang Kena Baling Telur Plak. Assalammualaikum.

P/S
Siri Antara Kau, Dia Dan Aku Episod 10 Mungkin Lewat Sikit Kut Publish. Nak Berehatlah Sempena Hari Lahir Ke-2 Nih. Hehehe.

47 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahh happy besday!! hehe sy dah 3thn menulis pon folloer still ciput hehe..lagipon sy agak mls nak blogwalking..lagi2 time tgh2 sem adus...sy aktif time cuti sem jee~~

    BalasPadam
  2. SELAMAT ULANG TAHUN Kedua Hans.. aku mmg ske baca entri kau sbbb penulisan kau mmg menarik.. setiap hari aku akn singgah blog ka.. tp time cuti sem nilah.. nnt ble dh start nnt phm2lah.. tmbh wifi uitm tu slow skit.. heheh..

    apa2pun selat bergembira..

    BalasPadam
  3. hehehe.. hepi anniversay blog hans.. =)

    BalasPadam
  4. Hans,

    jap.. jap..

    nak amik tisu jap..hehehe..

    gua mula2 buat blog saja suka2.
    langsung tak mengharap apa2. gua rasa gua nak luahkan semua perasaan gua. tambahan gua suka berjiwang-jiwang. jadi, kewujudan blog ni menggalakkan gua makin berjiwang. hehehe..

    ..tetiba rasa blog ni menyeronokkan. ader kwn2 baru. gua suka. banyak yg gua dapat dari blogging. kaca kisah2 kawan2. pengajaran dari pengalaman dorang. sangat banyak yg gua dapat.

    sehingga kini dapat best friend melalui blog. best!

    ..dan gua sokong blog lu. ekau memang mempunyai talenta dalam penulisan. penulisan dalam pelbagai bentuk. politik, puisi, friendship, isu semasa...

    pelbagai..

    so, terus menulis dan berkarya..

    *pendapatan ekau dah boleh beli buku doraemon. silalah share2.. kahkah..

    *selamat meraikan 2 tahun blog ekau. Tahniah!

    All the BEST!

    BalasPadam
  5. hans ...
    gua kembali aktif..
    jgn lupe tabur benih suci d blog gua.. hehehe

    BalasPadam
  6. Camat Ulangtaun!
    2 taun dh kire blogger otai ni.

    :)

    BalasPadam
  7. Sblm aku join GB, aku xtau apa2pun psl nuffnang dsb. Sbb ms gn blogspot, aku x serius pun. Berblogging hanya nak share dgn kawan2 aku je. Skg aku byk belajar dr blogger lain ttg ilmu blogging. Apa2pun slmt ulang thn blog ke-2. Teruskan usaha hans berblogging. Dah sampai seru nanti, guna la self-hosted wordpress...

    BalasPadam
  8. tahniah! selamat hari ulang tahun berblog yang ke 2 ;)

    BalasPadam
  9. hepi bufday hans punya blog :)
    teruskan berblog dan teruskan menulis..
    majulah blogger M`sia utk negara..
    ngihahahahahaha..

    BalasPadam
  10. wah senior lu hebat :) popular apa lu

    BalasPadam
  11. selamat hari jadi blog,haha
    tahniah bro, pencapaian yg membanggakan
    follower ramai, pengomen tegar pun ramai
    semoga sokongan padu oleh mereka semua ni dpt membantu utk lebih maju dlm arena blogging

    BalasPadam
  12. happy birthday/anniversary blog hans!
    semoga penulisan and entry hans makin mantop...
    hehehe

    BalasPadam
  13. selamat ulang tahun..

    aku kagum dgn semangat juang HANS..

    teruskan berblogging!!!

    n tq jgk sudi link aku..

    :)

    BalasPadam
  14. wah!!!

    tahniah hans!!!

    great!

    awesome!

    tahniah sekali lagi!

    aku baca entri ini dari awal hingga habis walaupun mata aku naik juling sebab warna warni!

    agagagaga

    keep blogging!

    BalasPadam
  15. happy birthday!!

    bukan utk ekau tau hans. tapi utk blog nie heheee

    :)

    teroskan menulis walau ape pun yang orang cakap

    BalasPadam
  16. farha : haha..den pun bulan 11 tahun lepas yang start aktif pun waktu cuti semester la...waktu tu den publish entry iklan wimax yang POTONG2 tu...hahah..mula dari situlah yang jadi macam skrg nih

    syah : haha..thanks..biasalah..cuti2 sem lah nak aktif pun

    sis jard : thanks sis

    pearls : wah,panjang betul komen ko pearls..sonok den baca...hehe..thanks pearls..

    wan sheva : owh,mana menghilang sebelum nih?

    amir : haha...biasalah tu...blogging ni dapat banyak info baru dan latest

    ms independent : 5 tahun baru otai...wakakaka

    izan : thanks

    embun : thanks my friends...nasi ayam lemon aku mana?haha

    aieoreo : thanks..hehe..majulah blog untuk belia malaysia

    naz : ish,mana ada popular...biasa2 jer naz...ko lagi popular apa

    penaberkala : thanks..hopefully doa ekau menjadi kenyataan..hehe

    tukang kata : thanks...

    vee : thanks vee

    hakim : mata ko dah ok ker?haha

    BalasPadam
  17. hehe..congratz..
    sme ngan befday ak..
    :)
    bleh celebrate sesame..
    huahua..

    BalasPadam
  18. eppy birthday utk blog hans ini... ... apa pun mau adiah apa?? heheehehhee

    BalasPadam
  19. tahniah2...selamat ulang tahun ke 2..teruskan menjadi blogger yg cemerlang...

    BalasPadam
  20. hans... yang senyum tue vee lah...
    hehehe

    BalasPadam
  21. Bila tarikh lahir belog aku eyh? HAHA.

    BalasPadam
  22. style!caya la der!
    eppy bufday untok blog lu der!
    mana2 yang boleh di ajar nanti ajar ar enk..
    wa po bukan tau mana blog2 ni..
    budak baru seminggu jagung la katakan!LOL
    arap dapat bekongsi pepe yang patot ea nnaty..lalala~
    teruskan berbloging ni der! and teruskan usha yang mmbanggakan ni...money..money..money!hhahawakakakaka

    BalasPadam
  23. hans,,,asal aku letak link blog kat pages aku,,


    die x show upate blog ko,,bile aku try lg,,die kate,,,,
    url ko tah ape jadah x,,,

    BalasPadam
  24. hepy besday!
    aku lg sebulan nak setahun.
    hohoh
    wahh mau komen blog Dr M gitu.
    keep itu up!

    BalasPadam
  25. heee...tahniah2..dah 2 taun rupenye..

    semoga lebey sukses di masa akan datang, dan tercapai cita2 murni ko tu :)

    BalasPadam
  26. happy birthday blog! :)

    kalo belikan kek agak2 blog makan tak? haha...

    honestly, ku suka blog kamu dan entry2nya...

    keep it up bro!

    BalasPadam
  27. owh...penat aku baca entry ko kali ni:p

    pe pun selamat ulangtahun blog ko yang ke 2 tahun..teruskan la menulis lagi :)

    BalasPadam
  28. hepi bday! ^_^
    eh hans, sy ade letak link kamu kat list sy, tp nape mcm xde kua updated entry dr blog kamu.. -,-" susah nak taw kamu dah update entry ke blum..

    BalasPadam
  29. sy baru nak bertatih..semangat skit baca entry ni, two thumbs up!

    btw, epy b'day smoga maju jaya

    salam ziarah~

    BalasPadam
  30. gua pun terkejut coz komen gua tu dah mcm n3 dah..
    panjang giler. mujur tak sepanjang n3 ekau..
    hehehe..

    keep bloging..

    oh ya..

    series 'kisah dia, kau dan aku' tu gua tak baca lagi. nak baca dari awal..

    BalasPadam
  31. Hans, aku tetap akan support ko, biarpun aku jrg komen2, tapi aku selalu visit sini..peace bro..hehe

    BalasPadam
  32. aku lagi 2 bln baru ckp 2 tahun.. tu pun on off.. hehe.. aku bukak blog dulu pun sebab kena paksa..

    BalasPadam
  33. wah heppi burfday...aku rasa gembira baca apa yang ko tulis..sebab aku rasa ada persamaan..heppi untuk ulang tahun blog ko...hahahah

    BalasPadam
  34. wah heppi burfday...aku rasa gembira baca apa yang ko tulis..sebab aku rasa ada persamaan..heppi untuk ulang tahun blog ko...hahahah

    BalasPadam
  35. happy birthday utk blog hans..
    tahniah hans, makin ramai follower n pengunjung blog hans..

    moga blog semakin mantap!

    BalasPadam
  36. Salam hans,

    Selamat menyambut ulangtahun ke-2 blog ini.Tahniah! Moga hans akan diberikan kekuatan untuk berkarya... sy tumpang gembira dengan kejayaan blog ini...

    BalasPadam
  37. pjg umur blog hang ni ea..

    well slmt ulang tahun..ok!

    BalasPadam
  38. adei membebel plak...cepat2 episode 10...arghhh...

    hehehe...tahniah ulang tahun kedua~ dah leh sunat kot...

    BalasPadam
  39. best2..heheh (I'm your new follower)

    BalasPadam
  40. melihat kpd kepanjangan entri tak salah jika aku katakan yg ko ni mmg kuat mbebel.. wakkakaka =)

    BalasPadam
  41. hpy bufday tuk kali ke2..
    wahh dh lama ya buat blog..sy baru ulang thun yg pertama..
    apa2 pun chayok2x..
    majukan penulisan utk blog..
    (btl ke x, xtau)

    BalasPadam
  42. happy 2nd year annyversary hanspunyablog!!

    BalasPadam
  43. 2 tahun, kira lama dah blog ni..
    teruskan berblog, moga niat murni tercapai..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama