Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 29

Cikgu Kamariah : Hah! Kamu Baiyah! Kenapa yang kamu bising - bising dekat belakang tu? Kan saya dah kata  jangan bising bila saya bercakap? Bangun! Berdiri atas kerusi!

Siti Nurbaiyah : Bengonglah kau Myra. Lulus apanya. Tengok! Aku dah kena berdiri atas kerusi. Cess!

Elmyra : Manalah aku tahu. Dah kau yang excited pergi menjerit kuat - kuat tu siapa suruh? Adoiii!

Cikgu Kamariah : Siti Nurbaiyah!!! Kamu dengar tak apa yang saya suruh kamu buat tadi?? Nak saya suruh 'jalan itik' sekali lagi ker?

Siti Nurbaiyah : Eh, saya cikgu! Saya dengar. Kejap - kejap! Okay! Saya dah berdiri atas kerusi dah.


Siti Nurbaiyah leka mengenangkan masa hadapannya yang kelihatan kelam pada pandangan kasarnya yang kadang - kala negatif dan ada ketikanya positif. Tiba - tiba sekali lagi namanya bergema di dalam kelas 5 Merah itu.

Cikgu Kamariah : Siti Nurbaiyah!!

Siti Nurbaiyah : Adoi! Apa lagi salah saya cikgu? Saya diam jer dari tadi.

Cikgu Kamariah : Tahniah! Buat pertama kali dalam sejarah saya mengajar kamu subjek matematik nih akhirnya doa saya terkabul juga. Kamu dapat A untuk subjek saya!

Siti Nurbaiyah : Eh, Myra! Cubit kaki aku kejap!

Elmyra : Tak payah cubitlah. Dah memang betul kau dapat A! Adess! Jangan drama queen sangat boleh tak Baiyah?

Cikgu Kamariah : Kenapa? Kamu tak percaya kamu dapat A?

Siti Nurbaiyah : Percaya tapi macam tak percaya pun ada  juga cikgu.

Cikgu Kamariah : Kenapa pula kamu tak percaya?

Siti Nurbaiyah : Sebab waktu saya jawab ujian nih saya tak ulangkaji langsung pun cikgu.

Cikgu Kamariah : Ujian - ujian yang kamu tak dapat A sebelum nih kamu ada ulangkaji ker?

Siti Nurbaiyah : Itu yang saya pelik tu cikgu. Ujian lain yang saya tak dapat A tu saya selalu pula buat ulangkaji. Lepas nih saya tak nak ulangkaji lah. Mesti selalu dapat A.

Cikgu Kamariah : Macam - macamlah kamu nih Baiyah. Kamu boleh duduk!

Siti Nurbaiyah : Terima kasih cikgu!

Cikgu Kamariah : Tahniah saya ucapkan kepada semua murid - murid kelas 5 Merah kerana kamu semua mendapat A untuk ujian saya baru - baru nih. Nampaknya, markah terbaik ujian matematik kali ini masih lagi menjadi milik Atan. Jadi, saya harap ujian yang akan datang nih kamu semua akan mendapat A macam ujian kali nih juga dan cuba bersaing dengan Atan yer.

Semua Pelajar : Terima kasih cikgu!


Cikgu Kamariah pun memulakan sesi pelajarannya pada pagi itu dengan senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Satu kelas memberi sepenuh perhatian dan tumpuan kepada apa yang di ajar oleh Cikgu Kamariah. Masa mengajar Cikgu Kamariah telah tamat dan diganti pula oleh guru - guru yang lain.

Loceng sekolah akhirnya berbunyi nyaring tengahari itu menandakan tamatnya sesi persekolahan mereka. Sedang mereka bersiap - siap mahu berkemas - kemas untuk pulang ke rumah masing - masing tiba - tiba kelas 5 Merah 'dilawati' oleh guru disiplin sekolah tersebut iaitu Cikgu Azlan.

Cikgu Azlan : Assalammualaikum semua!

Semua Pelajar : Waalaikumsalam cikgu!

Cikgu Azlan : Nama - nama yang saya sebutkan nanti sila tunggu di dalam kelas ini. Sesiapa yang tak berkenaan tu boleh pulang ke rumah. Siti Nurbaiyah! Atan! Meiling! Baiklah! Yang lain boleh balik yer. Yang 3 orang nih sila tunggu dalam kelas nih.

Elmyra : Kenapa Cikgu Azlan nak jumpa kau Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Adoi! Nih mesti adalah benda - benda pelik yang orang tua nih nak suruh aku buat nih!

Atan : Cikgu! Kenapa kami kena tunggu cikgu?

Mei Ling : Yer lah cikgu! Kenapa kami kena tunggu?

Cikgu Azlan : Saya nak suruh kamu bertiga termasuk seorang lagi dekat bawah tu.....


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 30
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

21 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mau sampai deorang ni dewasa ni.
    haha

    ردحذف
  2. drama nie ader bpe episod ea?/ huhuhu

    ردحذف
  3. hmm..satu2 ku bace ngn gigihhh..byk ker episod dia bro?

    ردحذف
  4. ishh yg xdpt A kene dendakan?
    smua dpt A ke?
    xde crte sal denda pun..

    ردحذف
  5. aq nak komen.. tapi aq tak bace dari awal.... huaaaaaaaaaa....!!!

    kang dah complie gtau ek? bleh tahan gak menariknya... hehe

    ردحذف
  6. uiks!!!
    makin besh...

    ردحذف
  7. ahahahhaa... kene jalan itek.. adeyhh.. (eehh.. xleh gelak, nty kne dende gak)

    ردحذف
  8. nakal betul baiyah ni... hahaha... PEACE...

    ردحذف
  9. Petua nk dpt A x yah ulangkaji..hehehe..

    Dekat bwh?? Apa tu??

    ردحذف
  10. Camtu aku copy masuk blog aku la... hahaaha

    ردحذف
  11. ish..nie da ep 29 upenye..heheh. kena bc dari mula r balik nie..ngee :))

    ردحذف
  12. hish!!!
    xsabar tggu next episod...
    :)
    ngee~~

    ردحذف
  13. Baiyah ni memanh pelawak ar..

    i likee..
    hahaha..

    ردحذف
  14. akhirny sampai jugak aku ep 29.hans,kim salam kat baiyah!aku minat kt dy hahaha

    ردحذف
  15. aku mcm org giler gelak sorang2 depan laptop baca crite ko ni... hahahaha....tetibe terasa diri mcm nur baiyah plak.. (prasan)

    ردحذف
  16. yesss. akhirnya berjaya membaca cerita nie dari episod satu smpai 29.
    cepat, cakap tahniah dekat saya. hehe

    ردحذف
  17. semua episod dah habis baca..best jgkla jln citernya,,,tp klu watak ni untuk sekolah menengah lagi sesuai rasanya...
    sori..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم