Mencarut!

Siapa di sini suka sangat mencarut? Ada tak nak mengaku? Hah? Ada? Ker tak ada? Malu ker nak mengaku? Aku? Aku mencarut? Mana korang tahu aku mencarut nih? Entry - entry lepas aku ada mencarut? Hahaha. Soalan - soalan nih macam aku ustaz pula kan.

Baiklah! Aku tak nak ambil tahu pun korang nih suka mencarut, kaki mencarut, tak pernah mencarut atau anti kepada orang mencarut. Bagi aku apa - apa semua terletak pada diri. Masing - masing boleh fikirkan mana baik mana buruk. Aku sangat kuat mencarut bermula sejak sekolah menengah. Sekarang nih dah kurang sikit sejak masuk Uitm nih. Eh, iakah berkurang? Hahaha. Bagi aku berkurang tetapi berkurang berbanding waktu sekolah menengah lah. Kurang banyak jugalah dari dulu. Alhamdulillah.

Ada yang kata apa yang aku dapat bila aku mencarut. Orang yang tanya aku pastilah tak mencarut. Kalau tidak mana boleh tanya soalan macam nih kalau dia pun 2 x 5 juga. Entah! Aku rasa puas jer dapat mencarut. Cuma bila mencarut aku selalu sebut nama binatang yang haram tu lah. Masih belum ke tahap menyebut perkataan yang lebih extreme. Kadang - kadang terlepas juga. Tapi, sekarang dah boleh kawal lah. Waktu - waktu tertentu jer aku menjadi begitu. Teruk betul aku nih. Ish! Ish!

Betul cakap orang. Manusia memang cepat berubah. Waktu sekolah rendah aku nih boleh dikategori 'aktivis anti mencarut' nih. Serius tak pernah aku mencarut waktu tu. dan aku siap cakap lagi tak baik mencarut. Benda yang aku selalu kata ialah PULUN. Itu bahasa orang Kedah. Maksudnya lebih kurang GIGIH lah. Masuk sekolah menengah aku bertukar dari 'Aktivis Anti Mencarut' kepada 'Aktivis Mencarut Sepenuh Masa'. Hahaha. Manusia bila di dalam tekanan memang akan jadi yang bukan - bukan. Tambahan pula itu adalah pertama kali aku duduk asrama dan macam - macam dugaan emosi aku tempuh daripada orang sekeliling memang buat aku berubah 100% dari segi pendirian tidak mencarut tu. Serius!

Laju jer mencarut. Pantang silap sikit. Mesti mencarut. Suka kacau orang melatah dan akhirnya aku pun jadi latah. Bila melatah pun mencarut. Dekat Ustaz pun aku pernah mencarut tapi secara tak sengaja lah. Waktu prep petang aku tidur. Lepas tu budak - budak kelas kacau - kacau aku. Dah dua kali diorang ganggu aku tidur. Masuk kali ketiga memang aku panas la. Siap jolok telinga aku lagi dengan 'pen'. Aku pun makilah diorang sebab geram. Rupa - rupanya Ustaz yang jolok telinga aku dengan rotan. Nasib dia tak dengar. Dia tanya aku,"Awak kata apa tadi?" dan aku pun cakaplah tak ada apa - apa. Hahaha. Cuak kut! Yeah! Aku mengaku aku jahat! Jahat dari segi percakapan! Dari segi lain tak perlulah aku bagitahu sebab nanti lari tajuk plak.

Bila pindah sekolah aku pernah ditegur seorang budak. "Kau nih namanya saja datang dari Sekolah...tapi sikit - sikit mencarut jer!" Aku pun balaslah balik,"Habis tu? Kau tak mencarut pula tadi? Habis kalau aku dari Sekolah..Aku tak boleh mencarut macam kau? Kau jer lah boleh mencarut?" Diamlah dia. Dekat sekolah baru nih pun sama jer. Semua orang yang aku kenal pun mencarut. Tak kira bijak atau tidak. Tak kira pelajar atau cikgu. Aku dah lali. 

Dekat IPTA pun budak - budak senior pun mencarut juga. Member - member aku pun mencarut. Sekarang pun dalam budak kelas aku, aku rasa semua mencarut walaupun benda tu perkara yang orang kata sebenarnya tak perlu mencarut pun. Cuma tahap mereka mencarut tu ada masa - masa tertentulah. Takkan makan Pizza dan nak menunjukkan rasa sedap tu dengan cara mencarut plak. Selalunya bila marah atau terkejut.

Mungkin benda nih dah jadi ikutan setiap generasi sekarang. Tapi, apa aku nak cakap aku malas hipokrit. Aku memang kaki mencarut dulu. Sekarang pula aku tak pasti . Mungkin aku masih boleh digelar kaki mencarut ataupun aku hanya sekadar biasa - biasa jer. Bukannya setiap 5 minit aku mencarut pun. Sebab hanya orang - orang terdekat atau budak - budak kelas yang kenal aku jer boleh buat perbandingan aku nih macam mana. Aku bukannya nak kata aku jahat. Tapi bukan bermaksud aku nak kata aku baik. Benda nih abstract. Apa aku nak cakap aku mengaku aku mencarut dan aku tak suka tipu diri aku sendiri.

Kepada sesiapa yang tak mencarut janganlah mencarut. Nanti jadi tabiat pula. Kepada yang suka mencarut diharap kurangkan dan buang terus. Aku pun cuba belajar buang sifat tu walaupun sewaktu menaip entry nih pun aku mencarut kepada kucing yang bermain kejar - kejar di atas bumbung rumah serta terhadap seekor nyamuk durjana yang mengeluarkan bunyi kurang enak di telinga aku dengan nama binatang haram tu lagi.

P/S : Ada Beberapa Blog Yang Aku Suka Baca Selalu Juga Menggunakan Bahasa Kesat Tapi Aku Tetap Baca Sebab Bagi Aku Mereka Jujur Dengan Diri Sendiri. Bukanlah Aku Nak Menggalakkan Blogger - Blogger Lain Guna Bahasa Kesat Cuma Aku Tak Suka Manusia Yang Berlakon Sebaik Malaikat Tapi Di Belakang? Hancur!! Apa - Apapun Masing - Masing Ada Pendapat Masing - Masing. 

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. blogger memang tak patot hipokrit. kena jadi diri sndiri :)

    ish3x.. ustaz pun ekau carut? nasib tak disengajakan & ustaz tu tak dengar heheheee

    BalasPadam
  2. walawey~
    ape yg ko carutkan kat ustaz tuh?
    ganaz woh!

    yours,
    aku yg suke mencarut kadang2. pfft~

    BalasPadam
  3. kita serupa. aku pun suka jgk mencarut. hehehehe... aku sokong ko. x perlu jadi hipokrit. btul kn?

    BalasPadam
  4. yup.. kadg2 ape yg mrk 'carutkan' tu, dyeorg xmaksudkn bende tu..mcm trkeluar secara otometik laa.. hehee..

    BalasPadam
  5. carut??ahahahaa!hmm..i think iema pun blajo carut2 ni mse kt asrama kot..ahaa!

    BalasPadam
  6. Sekali sekala mencarut tak salah weh

    BalasPadam
  7. heheeheheheheh carutan kekadang boleh ditukar dengan kalimah yg patut disebut seperti .. subhanallah...
    ya Allah..
    dsbgnya...
    tapi carutan juga yang kedegaran...

    heheheheheh

    mie pong kekadang mencarut juga..
    binatang oink oink jugak dapat nama... eiisshhh

    BalasPadam
  8. hahahaaa.. lawak la pasal termencarut depan ustaz tu..
    betul2.. jangan jadi plastik..

    banyak nye update.. terasa cam dah berabad lame tak singgah sini.. banyak betul enrty asing...

    BalasPadam
  9. orang suci macam aku saja tak mencarut. HAHAHAH.

    BalasPadam
  10. kadang-kadang carut tanpa sedar
    cmne tuh?


    bila tersedar baru mengucap.

    :)

    BalasPadam
  11. dulu aku x suke mencarot.
    tp skg aku ske mancarot. cmne tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama