Oit, Bedah! Ko Tengok Laki Dia! Tak Hensem! Alah Joyah! Yang Pompuan Pun Tak Lawa!

Tudiaaaaaaaa...Tajuk ada nama Bedah lah Joyah lah. Nak panjang pula tajuk. Hahahaha. Hari nih aku karang drama waktu di majlis kenduri lah yer. Jom kita nikmati drama biasa - biasa jer nih.



[Situasi Di Meja Makan Majlis Kenduri Kahwin]



Bedah : Woi, Joyah! Mana pengantinnya nih? Hangat la aku dok tunggu lama - lama tang sini. Berpeluh habis badan nih.

Joyah : Hish! Cuba bawa sabaq sikit Bedah. Satgi mai la tu. Hah! Tu diaaa! Dah bunyi kompang dah tu.

Bedah : Hah! Mana - mana? Hah, aku dah nampak dah.

Joyah : Haih! Anak teruna tak hensem langsung. Dah lah gemuk. Gelap pula tu. Tak padan dengan anak dara langsung.

Bedah : Aku tengok kan Joyah. Anak dara pun tak lah lawa mana pun. Biasa - biasa jer.

Joyah : Hish, tak padan langsung la aku tengok depa dua nih Bedah. Tak secocok. Macam mana lah anak dara boleh dok berkenan dekat budak jantan tu?

Orang Sebelah : Dah jodoh makcik. Bukan kira hensem ker cantik. Buat apa semua tu kalau hati hitam. Kalau perangai tak elok.

Joyah : Betul juga kan adik. Tapi si pengantin perempuan nih dah tak ada orang lain ker dia nak kahwin?

Orang Sebelah : Mestilah ada keistimewaan pengantin lelaki tu. Sebab tu dia pilih laki dia tu jadi suami dia makcik.

Joyah : Ar ar...Betul juga kan? (malu - malu sebab kena tegur dengan orang muda)

Bedah : Haih, nasi dia tak berapa sedap lah Joyah. Lauk lain pun lebih kurang. Tak selera aku nak makan. Cubalah buat lauk yang special sikit. Ini semua cikai - cikai jer.

Orang Sebelah : Tak baik makcik kata macam tu. Nanti kalau tuan rumah dengar kecil hati pula dia. Orang dah jemput datang tu pun kira bersyukurlah. Bukan kita kena bayar pun makcik. Makan jer lah apa yang ada.

Bedah : Erk...makcik gurau jer sebenarnya. (malu - malu sebab kena tegur juga dengan orang muda)






P/S : Situasi Yang Selalu Berlaku Di Majlis Kenduri Kahwin Barangkali. Aku Hanya Reka Cerita Sahaja. HAHAHA!


29 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. betul ke??betul kot klau mk cik2 yg bizi body tu..

    ردحذف
  2. bab kutuk pengantin tu memang selalu dengar la.. hehe.. kutuk makanan lom lagi. mungkin tak pasang telinga masa makan.. masa tengok pengantin bersanding tumpang pasang telinga hehe..

    Ardini Humaira | Click Here

    ردحذف
  3. haha, mari baca entry terbaru miya :)
    saya tak suka pergi kenduri kahwin! :P

    ردحذف
  4. tu baru bedah dgn joyah..belom mak timah, mak senah, dan juge konco-konco gossip gurl nyeeerr

    ردحذف
  5. biase la tu .. mane2 mesti ade situasi yang macam tu..kadang2 yang bercakap lagi la teruk kalau die yang buat majlis kawen..ermm...

    ردحذف
  6. orang kita biasa la bab mengumpat nih

    ردحذف
  7. haha, aku kgkadg pi kenduri kawen pun bisik2 ngan mak aku,

    "mak.mak. pempuan tu biasa2 je, tapi laki tu handsome la!"..


    hahahhaha. tapi org lain tak dengar maaa.

    ردحذف
  8. hahahhahaa
    kalau betool2 ada
    mau wa bagi jurus lintang!


    >>__<<

    ردحذف
  9. lumrah.
    kita suka mencari kekurangan org lain sampai lupa kekuranga diri sendiri

    ردحذف
  10. macam pengalaman kau jer

    ahhh!
    takut aku nak undang kau ke majlis kawen aku nanti

    ردحذف
  11. hahah.. aku dah biase dgr dah hans.. hahah..

    ردحذف
  12. selalunya ada punya...ader saja yg nk dikomenkannya pasal majlis

    ردحذف
  13. hahaha lu jmpt gua knduri lu siap lah kutukan haha

    ردحذف
  14. ahha.
    rajin kau dengar makcik2 mengumpat ek hans?
    wakakaka~

    ردحذف
  15. aiyookkhhh suka suki kutuk orang.. dah jodoh deme.. bio je laaa...

    ردحذف
  16. adeh..biasa la knduri kawen ni...ada je yg xkenakan...
    kdg2 tu..kendurinya dah slesai...tp di krana mulut2 org ni...ada je yg xslesai lg...mcm2 topik la...mcm la diorg tu smpurna sgt kan...situasi ni slalu n wajib ada punya lah...xcaya??try la g knduri kawen...:)

    ردحذف
  17. bedah n joyah neh takde identiti ke?
    sekejap org kedah
    sekejap kl pon ada

    ردحذف
  18. huish..
    aku xnk la jemput mak bedah dgn mak joyah ni..
    buat bikin majlis rosak je..
    hehehehhe

    ردحذف
  19. hahahahaha.. adeh! ingatkan kisah betul dan 'orang sebelah' tu kamOo.. hihi =P

    mulut orang mmg susah nak tutup.. jadi jaga2 mulut kita dulu.. =)

    ردحذف
  20. macam tu la kebanyakan orang2 melayu kite..tambah2 makcik2 yg kepochi macam acik bedah n acik joyah ni ha..bukan takat ngutuk pengantin dan lauk..siap sebok2 nak masuk bilik pengantin n tgk pelamin dalam rumah..bile tgk simple2 je..mulut pun bising2.."laaa..awat tak cntik langsung..macam ni je buat??kedekut la tu.."

    ردحذف
  21. realiti la zmn skrg ni..klu g kenduri umah org msti ade je komennyaa..klu kenduri sndiri tu perfect sgt ke bedah oii..hik3..mmg ada je la org mcm ni..ak sllu gak dgr lps kenduri komplen.."eh lelaki tu dh la gemuk, hitam plak tu..x sesuai btol la ngn ppuan tu cntik..kurus.."ish3..lps tu komplen plak"eh mkanan dia x sdp lgsung..nasi keras..daging keras..lauk nth pa pe.."aishh mcm2 la org kita ni..nobody is perfect la..kan kan

    ردحذف
  22. tuh laa weh!
    org melayu memang cam tuh aku rase!
    ade jek yg nak komen.
    huhhuhu

    ردحذف
  23. tapi kdg2 betul jugak. hohohoh

    ردحذف
  24. ye ke rekaan..

    aq saspek ko orang muda tuh... x pun ko duduk kat belakang dorang..

    har har har

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم