Gara - Gara Menonton Teater Short Eyes!

Seronok tengok teater Short Eyes nih! Menonton teater macam nih buat kita banyak berfikir apa yang mereka cuba sampaikan. Selain daripada tu juga, lakonan setiap pemegang watak juga memang sangatlah hidup dan berkesan. Memang masing - masing sesuai dengan watak masing - masing. 


Watak - watak yang aku sangat suka ialah Julio Cupcakes Mercado, Paco, Lelaki Tuhan dengan Murray. Terbaik betul! Yang lain tu bukan aku tak suka dengan diorang cuma aku lebih suka pada ayat - ayat dari keempat - empat watak tu. Ayat dia buat aku berfikir benda yang selama nih aku rasa tak perlu fikir tapi sebenarnya aku perlu fikir. Apa - apapun, tahniah lagi sekalilah untuk semua yang terlibat dalam teater tu! 

Bertambah seronoknya lagi tu sebab aku jumpa orang yang aku kenal di dunia blog. Memang lawak gila bila fikir - fikir semalam. Aku penatlah fikir siapalah mamat nih sebab bila naluri aku kata aku pernah tengok wajah nih mesti maksudnya aku pernah tengok. Yang bestnya tu mamat tu pun tengok aku macam dia kenal. Tapi, aku berfikiran positif yang mamat nih berwajah sebegitu sebab dia ramah jer lah. 

Paling buat aku lagi berfikir bila dia senyum dekat aku. Senyum biasa - biasalah. Bukan senyum nak menggoda. Hahaha! Aku dah yakin dah mamat nih mesti kenal aku nih tapi dia siapa? Akhirnya, jawapan ditemui di facebook! Hahaha! Menyesal aku tak ingat awal - awal. Kalau tidak sah aku dah minta diskaun kalau aku beli barang dekat dia semalam.

Dan gara - gara pergi tengok teater tu lah maka bermula satu ceritera dari semalam sampailah ke hari nih yang menyebabkan beberapa orang yang menyindir aku, masam - masam mukalah dan sebagainya sebab 'aku tak ajak' mereka. Fuh! Serabut kepala otak aku sebenarnya!

Sebelum nih aku ada tanya siapa yang nak pergi dekat entry blog aku. Aku tak budget lah semua orang nak baca blog aku sebab blog aku bukannya blog artis ke apa ker yang orang nanti - nanti nak baca tapi bila aku tanya balik mana diorang tahu dan diorang akan cakap melalui entry blog aku tu. Aku pun tak budget ramai pula nak tengok teater. Macam aku nih memang aku dari dulu lagi berhajat nak tengok teater.

Dah bila ada peluang sebab ada kawan yang sama minatnya dan ajak aku pergi memanglah aku bersemangat nak pergi. Tiket pun dia yang tempah. Nak pergi pun dia yang bawa sebab dia jer pun tahu jalan. Sebab tu tadi, aku adalah juga bengang - bengang sikit sebab aku penat dengar benda - benda macam nih. Aku pun suruh la diorang pergi tengok. Teater nih bukan sehari jer. Berhari - hari pula. Ada masa lagi sebenarnya.


Aku tak marah pun. Nak kata emo memanglah mula - mula tu aku emo sedikit. Sebab aku dengan penat dan tiba - tiba diorang cakap aku nih tak ajaklah apa bendalah memanglah buat aku yang tengah penat nih panas. Sebab bagi aku sepatutnya diorang tanya lah aku betul ker aku nak pergi ker atau sekadar nak promosi teater tu. Jadi, dekat sini aku nak bagitahu mungkin nanti kalau ada rezeki lagi aku nak pergi teater maka aku akan bagitahu dekat entry - entry nih. Dan kalau korang nak pergi korang bagilah tahu. Boleh pergi ramai - ramai.

Aku memang nak tengok teater sebab tu salah satu cita - cita aku. Dah lama aku teringin tapi tak jumpa orang yang minat. Dan bila aku menonton aku sedar teater nih kena dengan jiwa aku. Jadi, lepas nih kalau korang nak tengok korang bagitahulah atau korang ajak. Aku nak ajak pun bukannya aku yang beli tiket dan bukan aku pergi dengan kenderaan sendiri. Harap anda semua memahami situasi ini!

Kepada sesiapa yang teringin nak menonton teater Short Eyes nih, pementasan masih lagi berlangsung sehingga Ahad nih di PJ Live Arts.

P/S : Aku Manusia Yang Susah Nak Ingat Selok - Belok Jalan.
Dan Entry Ini Bukannya Entry Kemarahan Atau Emo. 
Cuma Nak Bagitahu Apa Aku Rasa Sebelum Nih. 
Itu Sahaja.Terpulang Pada Sesiapa Yang Terlibat Untuk Menilai.

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ahahaha..payah kalau semua nak kena ajak kalau nak keluar town or sebagainya..

    ردحذف
  2. gua tak pernah rasa teater. lebih kurang spontan gitu kan. siapa yang tade perasaan boleh bosan rasanya haha

    ردحذف
  3. mgkin dorang grau je kot.
    agak2 la nk kene tanye satu-satu sape nk pegi kan.

    ردحذف
  4. best ek teater?xpernah pun g tgk..huhu

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم