Betul Ker Orang Yang Sukakan Kucing Ialah Orang Yang Suka Dan Boleh Jaga Budak - Budak?

Tadi sewaktu aku dalam masa berehat daripada bengkel TV News....aku sempatlah berborak dengan budak - budak kelas aku. So, waktu tu kitaorang discuss pasal tajuk di atas.

Betul juga apa diorang cakap. Orang yang sayang kucing nih selalunya akan mudah untuk menyayangi kanak - kanak kerana sifat manja yang ada pada diri mereka. Dan kepada yang kurang gemar untuk bermanja dengan haiwan maka pasti akan ada masalah dalam melayan kerenah budak - budak.

Mengikut pandangan rakan - rakan aku tadi boleh dikatakan penyataan di atas adalah 90% tepat. Aku pun mula memikirkan pasal benda nih. Aku bukanlah seorang peminat kucing tetapi aku pun bukanlah membenci kucing. Kalau kucing datang dekat aku tak lah pula aku melompat. Boleh kata aku bersikap neutral pada kucing.



Jadi, bolehkah disimpulkan disini aku memilih budak - budak tertentu sahaja untuk disayangi? Aku rasa aku macam tu. Ada budak yang aku boleh layan dan ada budak yang bila aku tengok aku tak ada mood nak layan dan aku akan buat bodoh jer. Hahahaha. Entah! Mungkin ada kaitan atau kebetulan!

Apa pandangan anda?

P/S : Sedang Menonton Wayang!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

16 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tak setuju dgn statement ni.

    aku xska kucing

    tapi aku dgn budak2 kamceng

    hehe

    ردحذف
  2. huhuhuh ko spt aku,, aku pun gitu,, ada baby yg aku suka lyn, ada yg aku sgt2 xsuka. hehe tp bab kucing, aku bkn xsuke, aku geli! hehehehe.. mmg aku xde perasaan lgsg ngn kucing~ hahhaha

    ردحذف
  3. betul3
    kuceng kan comel.nape dorang tak suke ek.

    ردحذف
  4. mungkin btol..sbb aku ske kucen n ske bdk2 kecik..

    ردحذف
  5. mungkin ya .....mungkin juga tidak ....

    : )

    ردحذف
  6. Pandangan aku, kalau bini mengandung jangan bela kucing masa itu takut terkena penyakit bawaan kucing yang boleh affect kandungan.
    Aku tak ingat apa penyakit itu tapi mmg ada la.

    ردحذف
    الردود
    1. Doctor kea hang.. sembng mcm doctor xtahu diam je saintis xleh nk kaji penyakit ni hang xde pe stakat u boleh blah..hahahahah

      حذف
  7. mybe kot..aku x suka bdk2 tp bdk2 suka kat aku...slalu menempek..aku rimas la..tp nnti kena blajar main ngan budak2 jgk...eh..xde kena mengena ker dgn entry ko nih..huhu..

    ردحذف
  8. hehe..sy suke kucing..jadi saya penyayang erkk??

    ردحذف
  9. aku memang gila punya suka dengan kucing. memilih jugak lah. :D

    aku tak reti layan budak2 and aku tak berapa gemar ngan budak. tapiiiiiiiii selagi aku tak suka tu aku kena jadi babysitter and bebudak suma suka aku. camna?

    ردحذف
  10. slm. x setuju. suka kucing. tp x suka jaga bdk.

    ردحذف
  11. Ermmmm, saya memang gila kucing! Tapi bukan semua budak saya suka layan, saya ni memilih juga, ekekeke... Tapi biasanya budak2 yang suka dekat2 saya and berkawan dengan saya, saya layan je la :)

    ردحذف
  12. sy pon x setuju. sy syang giler2 dgn kucing. kt umah ade berbelas kucing. sayang sgt smua nye,. tp sy lgsg x suke budak2 hahaa

    ردحذف
  13. Saye tk setuju..... kwn saye mint kucing tapi tk suke kanak2

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم