Broadcast Journalist

17hb :
Rehearsal dan Buat Set untuk Variety Show

18hb :
Variety Show

19hb :
Final test(pagi) kemudian petang ada interview 
Host, Presenter and Broadcast Journalist dekat fakulti.

22hb :
Submit 12 Summary from 12 Article and Final test subject sejarah(5 essay & 200 objectives)

25hb : 
Present Group Assignment broadcast critique


Aku tak tahulah apa lagi test atau pun ujian tapi setahu aku benda tu jer lah lagi. Tapi itulah, aku tengah berfikir nak pergi ker tak interview tu. Sebelum nih, aku tengok dekat flyers yang ditampal di dinding fakulti aku...setakat tulis interview untuk Host dan Presenter. Aku kalau jadi host nih tak berminat sangat sebab memang rasa diri nih macam tak layak jer. Hahahaha!

Jadi presenter pula best tapi suara pula macam tak layak. Tiba - tiba tadi kawan aku bagitahu ada juga interview untuk broadcast journalist. Aku ingat dia merepek meraban tapi rupa - rupanya ada. Hahaha! Aku pun terus bersemangat nak pergi. Hakikatnya memanglah aku tak menaruh harapan tinggi pun. Aku lebih kepada nak cuba. Senang cakap nak tu memang nak tapi kalau tak dapat pun tak kisah. Janji pengalaman tu ada kan.


Kalau sebelum nih dah macam - macam benda aku pergi interview atau pun shooting dekat mana - mana jadi aku rasa memang tak ada masalah lah kalau setakat nak pergi interview jer. So, insyaallah kalau tak ada apa - apa masalah yang menghalang aku nak pergilah cuba. Nak tengok soalan apa dia nak tanya atau benda apa dia nak suruh aku buat. 

Mungkin dia akan tanya,"Kenapa awak berminat nak jadi broadcast journalist?"

Lepas tu kalau aku jawab macam nih boleh tak? --> "Sebab saya nak keluar dekat tv!"

Hahahahahahhaha!

P/S : Kalau Dia Tanya Soalan Macam Tu Aku Dah Tahu Dah Apa Aku Nak Jawab! 
Yang Penting Jawapan Aku Bukan Macam Dekat Atas. Hahahahaha!

3 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم