Review Film : Endhiran Memang Superb! Super Rajni!


Filem:
Endhiran @ The Robot

Pengarah:
Shankar

Pelakon:
Super Rajnikanth & Aishawarya Rai Bachan

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan  kisah Dr Vasi iaitu seorang saintis yang berusaha selama 10 tahun untuk mencipta sebuah robot android dan akhirnya beliau berjaya mencipta sebuah robot yang menyerupai dirinya yang diberi nama Chiti. Chiti mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dilatih untuk menguasai pelbagai kemahiran. Dr Vasi mahu mengetengahkan Chiti pada pihak tentera India namun kejayaannya disabotaj oleh bekas gurunya sendiri iaitu Dr Vohra.

Dr Vohra menyatakan Chiti ialah sebuah robot yang memberhaya kepada manusia kerana dia hanya mengikut arahan dan tiada perasaan. Lalu Dr Vasi telah mengubah saui Chiti dengan menambah dan mengajar Chiti tentang emosi seorang manusia. Konflik mula berlaku apabila Chiti jatuh cinta pada Sana yang merupakan kekasih tuannya sendiri iaitu Dr Vasi. Akibat kemarahannya kepada Dr Vasi maka Chiti telah terpengaruh dengan hasutan Dr Vohra yang menyebabkan Chiti berubah menjadi sebuah robot pemusnah yang ganas.

Nak tahu apa yang terjadi pada Dr Vasi dan Sana? 
Pergilah menonton di wayang berhampiran anda yer! Hehehe!

Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku memang sejak awal lagi iaitu 2 bulan sebelum filem nih nak ditayangkan dekat Malaysia, aku dah berhajat nak tengok. Aku cadangnya nak menonton dekat Coliseum Cinema sebab rasa macam feel lah sikit kan tapi masa dan kewangan membataskan semuanya. Hehehe! Jadi, tadi aku dengan kawan aku pergilah tengok dekat TGV Bukit Raja.

Seperti biasa filem Rajnikanth mesti tidak dapat lari daripada elemen merepek yang melucukan. Hahaha! Itu satu kewajipan dalam mana - mana filem Super Rajni tetapi itulah gula untuk filem - filem lakonannya. Lucu! Lakonan Super Rajni memang tak boleh nak dipertikaikan lagi. Kalau dekat Malaysia kita kagum dengan P.Ramlee dan jika di Bollywood pula mereka kagum dengan Shah Rukh Khan maka untuk filem Tamil semestinya Rajnikanth adalah orang yang sesuai untuk gelaran itu. Lakonannya cukup mantap dan bersahaja. Aishawarya Rai juga memberikan lakonan yang baik dan semestinya dia sangat cantik di dalam filem ini. Hehehe!

Filem ini merupakan filem paling mahal di India setakat ini dan tidak dinafikan effect CGI di dalam filem ini agak menarik. Walaupun bukan kesemuanya kerana ada sesetengah babak yang betul - betul nampak effect nya seperti kartun seperti dalam babak Chiti melambung bayi, Chiti menyelematkan orang yang terperangkap dalam bangunan terbakar dan banyak lagi namun kebanyakkan kesan CGI nya masih boleh dibanggakan.

Tentang keaslian cerita ini pula mungkin sudah banyak filem terutama daripada Hollywood yang mengupas tentang robot yang mahu menjadi manusia atau robot yang mempunyai perasaan seperti manusia mahupun kisah robot bercinta dengan manusia namun melihat dari sisi budaya India memanglah terdapat sedikit kelainan dan keistimewaannya. Apabila kita menonton sesuatu filem itu kita mestilah cuba untuk memahami budaya asal daripada filem yang kita tonton. Dan semestinya filem ini ada filem Tamil yang memang lain dengan filem kita mahupun Hollywood.

Jalan ceritanya menarik dan dialog - dialog antara Dr. Vasi, Sana dan Chiti memang adakalanya buat kita terfikir banyak benda yang adakalanya betul dan adakalanya tidak. Dari segi logik atau tidak itu tidak dinafikan adakalanya scene atau plot filem ini memang kadang - kadang tu langsung tak logik. Hahaha! Tapi, memang itulah filem Tamil. Jadi, anda perlu bersedia untuk melihat perkara yang kadang - kadang kita pun pelik kenapa kita tak ketawa tetapi orang lain ketawa. Hehehehe!

Apa - apapun, aku suka filem Endhiran @ The Robot atau pun orang India sebut Robo nih! Ini adalah pengalaman aku yang pertama kali dimana aku menonton filem Tamil bersama ramai orang India di dalam panggung wayang selama 3 jam tanpa henti. Sesuatu yang agak menarik dan senang cakap filem Endhiran adalah filem yang aku suka kerana aku memang meminati lakonan Rajnikanth.

Untuk mengatakan filem ini adalah filem terbaik Rajnikanth mungkin tidak adil kepada filem - filemnya yang lain tapi apa - apapun filem ini penuh dengan konflik, percintaan, kemanusiaan, kelucuan dan kesedihan. Mungkin adakalanya anda perlu berubah angin dengan menonton filem Tamil pula selepas ini. Bagi aku filem Tamil lebih seronok berbanding filem Bollywood. Apa - apapun, 4 bintang untuk filem ini. Tengok jerrr!

P/S : Aku Dah Jumpa Novel Memoir Anak Setinggan Tadi! 
Terus Ambil Dan Bayar Dekat MPH! Hohohoho!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aik,layan tamil pula.pernah tgk preview filem ini.khabarnya paling termahal pernah dibuat di india

    BalasPadam
  2. najib: eh,saya memang minat filem tamil pun bro...cuma nih 1st time tgok dekat wayang...yups..paling mahal setakat nih

    BalasPadam
  3. pergh..ni nak g layan cerita tamil plak...dah bosan dgn hindustan puyer crita..

    BalasPadam
  4. Kalau bukan kita-kita yang tengok sape lagi yang meneruskan legasi kita ni yang gila Hindustan gila Tamil.. Ye dak hans? Kikiki.. :p

    BalasPadam
  5. setuju.tamil lg syok dr hindustan!!
    kekeke...

    BalasPadam
  6. mmg cite tamil lg best kalo nk bandingkn hindustan

    BalasPadam
  7. aku x minat sgt dgn tamil and hindustan. certain je yg aku tgk. tp dr apa ko cerita, mcm best je.. :)

    BalasPadam
  8. Nampaknya lepas gian ko nak tengok cite ni...

    BalasPadam
  9. hans review ni rase mcm best je..hehe

    btw,Aishwarya tu speaking tamil ke??

    BalasPadam
  10. farhana: betul2..gi lah tgok..best owh...

    izzah : betul3

    dayah : betul3 lagi..hohoh

    kyuubi : mungkin kamu boleh cuba menonton...minat boleh dipupuk..hehehe

    sis : memang best...aishwarya tu memang tamil lah...so, memang dia pandai cakap tamil

    BalasPadam
  11. filem tamil best sebab lawak dia betul-betul kaw!!!

    BalasPadam
  12. aku tengok dah cite ni..hahha..best ok..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama