Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother


Aarif Lee @ Aarif Rahman merupakan pelakon utama filem Bruce Lee My Brother yang kini telah pun ditayangkan di pawagam - pawagam di Malaysia. Dia merupakan bintang baru yang paling bersinar di Hong Kong pada ketika ini. Dilahirkan pada 26 Februari 1987 di Hongkong dan berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina itu bermula sebagai seorang penyanyi sebelum beralih kepada bidang lakonan.

Bermula sebagai seorang penyanyi di mana telah pun muncul dengan 2 album dan dikenali dengan single paling popularnya, Fly Away. Kini, bakatnya dilihat lebih bersinar dalam dunia lakonan kerana pada tahun ini sahaja dia telah muncul dalam 3 buah filem bermula filem pertamanya, Echoes of Rainbow yang ditayangkan pada Mac yang lalu diikuti oleh filem keduanya, Frozen yang ditayangkan pada September lepas dan filem terbarunya, Bruce Lee My Brother yang sedang di tayangkan ketika ini .


Pelakon yang sedang meningkat naik ini telah diiktiraf sebagai Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hongkong ke-29 pada 18 April lepas menerusi filem sulunggnya, Echoes of Rainbow itu akan memegang peranan sebagai Bruce Lee ketika remaja di dalam filem terbarunya ini. Bruce Lee merupakan lagenda kungfu terkenal di China  yang dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal dalam usia yang muda iaitu pada 20 Julai  1973 sewaktu berumur 32 tahun.

Aarif yang baru berusia 23 tahun berasa sungguh bertuah dipilih membintangi filem tersebut dan dapat bekerjasama dengan pelakon tersohor Hong Kong iaitu Tony Leung Kar-fai dan Christy Chung. Jadi, kepada peminat - peminat Bruce Lee marilah ramai - ramai pergi menonton dan melihat aksi - aksi kungfu yang menarik di dalam filem ini yer. Selamat menonton!

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. macam best je citer ni.. aksi mesti banyak kan? hehe

    BalasPadam
  2. wow....
    mirip juga dengan bruce lee..

    mcm ni lagi menarik nk nengok...

    *boleh citerkan kisah lanjut pasal bruce lee ke hans?
    cmner dia meninggal...

    heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  3. die org maner.. Malaysia ker...

    BalasPadam
  4. esh kew??
    macam mau tgk jewk!

    BalasPadam
  5. uish.. cerita ne macam besh jek..
    wajib tengok ne.. =)

    BalasPadam
  6. terasa nk p tgk la...
    tp aku exam lak next week...

    sabo sabo

    BalasPadam
  7. pergh, muka cam melayu dowh
    terbaaik la kacukan 3 bangsa
    ak igt org mesia

    BalasPadam
  8. wah..mcm xpecaya ada drh melayu tuu...arab tuu...

    BalasPadam
  9. cuba tuk meluangkan masa dan wang.. heheh..

    BalasPadam
  10. sape yg melayu ? mak or ayah dye ?

    BalasPadam
  11. wah.. dia de keturunan melayu... melayu mana? malaysia ke?

    nak tengok.. nak tengok.. hahaha..

    BalasPadam
  12. dgr kata mak dia org malaysia..tp bpa hk...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama