Antara Jenis - Jenis Katak Yang Paling Unik Di Dunia

Aku dapat info - info nih daripada beberapa laman web yang aku google. Jadi, nama katak - katak nih belum dapat dipastikan sama ada betul - betul nama katak itu atau nama panggilan untuk katak tu berdasarkan kepada negara - negara yang tertentu. Selamat membaca dan melihat gambar - gambar yang disediakan!


Katak Pelangi

Katak Pelangi Malagasy ini mempunyai pelbagai warna dan boleh dijumpai di kawasan hutan kering yang berbatu atau pun kawasan lembah. Katak ini akan mengembangkan diri untuk mempertahankan diri daripada di ancam pemangsa.


Katak Kristal

 Dikenali dengan nama saintifik Hyalinobatrachium pellucidum, kita dapat melihat organ dalaman katak ini. Katak ini boleh ditemua di pergunungan lembab tropis dan subtropis atau pun disungai. Spesis ini diancam kepupusan kerana kehilangan habitat semulajadinya.


Katak Atelopus

Katak ini juga dikenali dengan nama lain iaitu katak badut atau Kosta Rika Variable Harlequin Toad. Boleh ditemui di Costa Rica dan Panama. Spesis ini diambang kepupusan kerana hanya boleh ditemui di beberapa tempat sahaja di Panama.


Katak Terkecil Di Dunia

Katak yang dikenali dengan nama saintifik 'microhyla nepenthicola' ini dipercayai yang terkecil di dunia berukuran antara 10.6mm hingga 12.88mm. Katak jenis ini dipercayai hanya boleh ditemui di kawasan kepulauan Borneo sahaja berikutan kelembapan tanah selain kewujudan pokok Kerangas yang menjadi tempat habitatnya.


Katak Terbesar Di Dunia

Katak ini dikenali sebagai Goliath atau Conraua Goliath. Dipercayai katak ini dapat membesar sehingga 33cm panjang dan boleh mencapai berat sehingga 3kg. Boleh dijumpai di kawasan Afrika Barat iaitu di Gabon. Katak ini juga dikatakan mampu hidup sehingga 15 tahun dengan menjadikan kala jengkin, serangga dan katak kecil sebagai makanannya.


Katak Mantel

Tiada banyak info sangat berkenaan katak ini. Katak ini bersaiz kecil dimana ukurannya sekitara 2.5cm. Katak ini merupakan katak darat asli di Madagascar yang berwarna merah di permukaan badannya.


Katak Beracun

Katak ini dari jenis Dendrobatidae yang merupakan katak asli daripada Amerika Tengah dan Selatan. Aktif pada waktu siang dan diancam kepupusan. Penduduk peribumi di sana menyebutnya 'katak panah' kerana racunnya dijadikan sebagai bahan racun pada hujung mata anak panah.


Katak Darwin

Katak ini dijumpai sekitar tahun 1978 dan dipercayai sudah pupus. Katak ini hidup di daun, sampah serta di kawasan hutan. Katak jantan bertanggungjawab untuk mengambil telur daripada sarang dan menetaskan telur - telur itu di dalam kantungnya.


Katak Bantal

 Katak ini terdapat di Uruguay, Brazil dan Argentina Utara dan boleh mencapai saiz sehingga 6 inci. Katak ini menjadikan tikus kecil, burung dan katak lain sebagai makanannya.


Katak Vietnam

Katak ini daripada spesies Rhacophoridae yang boleh dijumpai di Vietnam dan mungkin juga di China. Katak ini hidup di kawasan hutan yang lembab, air tawar atau pun kawasan berbatu. Katak ini melindungi atau menyerang mangsanya dengan menyamar menyerupai batu berlumut.


Katak Afrika

Katak ini dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya 'Pyvicephalus Adspersus'. Katak ini dikatakan bersifat agresif dan mampu melompat setinggi 3.65 meter serta memiliki gigi yang tajam. Katak ini boleh ditemua di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika. Beratnya boleh mencecah 2 kilogram dan mencapai saiz sepanjang 24 sentimeter namun saiznya kecil sedikit berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.


*************************************


Inilah antara jenis - jenis katak - katak yang unik dan menarik untuk dikongsi bersama anda semua melalui carian di google tadi. Selamat membaca dan menghayati kecantikan dan kecomelan katak - katak ini. Hehehe!


20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wow.
    nice info pasal katak2 ni.
    subhanallah.
    XD

    BalasPadam
  2. katak bantal. boleh buat bantal..hahaha

    BalasPadam
  3. katak pisang xder?somelnye katak mantel tu!!

    BalasPadam
  4. geli geli geli! aku presiden persatuan anti katak sedunia.

    BalasPadam
  5. menakutkan sgt2!!!

    BalasPadam
  6. katak yang no 1st tu macam tunjuk peace,. heheheh,...

    ader yang comel, tapi geli la kan??

    BalasPadam
  7. oihh hans.. geli geleman pepagi akak tgk entry kau nieh weihh.. huhuhuhu dah la tgh sarapan..

    huwaaaa...

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

    BalasPadam
  8. hans.. akak tag kau untuk contest free domain.. :D

    BalasPadam
  9. n3 pasal katak? xnak tgk dah..geli tgk katak :(

    BalasPadam
  10. hoho menarik.
    teringat zaman sekolah rendah dulu pernah beli satu buku pasal katak.

    katak kristal tu juga dikenali sbg nama katak kaca atau glass frog. baru tengok kat discovery channel baru2 ni hehe. saiz sebesar kuku manusia

    BalasPadam
  11. Hahaha menarek gila... haha aku punya final year projek pn psal katak... Rajin gila ko search pakcek google...huhu terbaik bro

    BalasPadam
  12. ensem woh katak-katak ni sume :p
    yg first tu mcm tunjuk peace jek ~

    BalasPadam
  13. katak kristal..
    erk...

    unik ciptaan Allah ni kan..

    BalasPadam
  14. eyy geli gila tgk badan katak , lembap mcm basah basah . -___-
    nasib baik cantik berbatik batik . heee . eh ade jgk katak gemok
    mcm tuh ? besaa nye . info terbaik lah . :)

    BalasPadam
  15. Cool giler katak Atelopus.. Tapi Yied tak suka katak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama