Mat Rempit! Kawan Mat Rempit! Wayang! Terkejut!

Selepas gua nekad pagi semalam nak menonton filem Harry Potter and the Deathly Hallows tu maka gua pun bersiap - siap lah! Adess! Gua baru perasan waktu gua balik Kedah dari Shah Alam gua tak bawa balik baju - baju gua. Jadi, pakaian gua semalam serba hitam lah pula. Macam orang berkabung pun ada. Hahahaha! Lepas tu gua pakai sweater dan warna hitam juga. Haih! Memang black metal tul! Hahahaha!

Sepupu gua datang dengan isteri dia pagi semalam ke rumah gua. Dia tanya gua nak tengok filem 2 Alam ker? Tak tahan tu dia cakap gua macam mat rempit. Ada ker mat rempit berambut pendek dan sekacak gua? Hahahaha! Memang mulut gua laju jer cakap,"Harry Potter!" Hahaha! Tak ada masa gua nak layan filem 40 juta tu. Lepas tu dia tanya gua pergi tengok dengan siapa. Haih! Malas betul gua nak jawab sebab nanti gua rasa loser pula. Hahaha! Gua jawab jugalah gua tengok sorang - sorang lepas tu dia cakap kenapa tak ajak member gua.

Member - member gua semua tengah exam pula sekarang dekat sini. Haih! Yang ada pun tak minat tengok wayang. Daripada gua tunggu geng gua tu memang lah gua tak sempat tengok filem Harry Potter nih jadi gua layan sorang - sorang sudah. Macam tak biasa! Hahahaha! Sampai dekat sana semua datang couple - couple jer. Haram betul! Tercabar juga gua kadang - kadang sebab gua tengok budak - budak tak cukup umur(sekolah menengah kut) dress up macam haram lagi tapi awek semua cun - cun macam amoi. Hahaha!


Lepas tu waktu tengok filem tu ditakdirkan sebelah gua ada dua orang budak kecil! Gua rasa dua orang budak nih datang sendiri lah sebab sampai balik tak nampak pun mak ayah diorang. Gua tengok dari ketinggian macam sekolah rendah. Paling tidak tingkatan 1 ker 2 tapi gua rasa budak darjah 5 ker 6 macam tu lah sebab ketot sangat. Gua dalam kepala otak dah cakap dah memang hancur nanti. Hancur kenapa? Hahahaha.

Sesiapa yang dah tengok filem nih mesti cakap akan terkejut macam nak mati lah apa lah sebab ada scene - scene yang mengejutkan. Gua sebenarnya tak terkejut waktu scene ular  besar anaconda tu nak menyerang Hermoine dengan Harry Potter tu sebab gua dah bersedia dah. Dalam otak gua dah set mesti ular tu kuar dengan gigi taring dia nak serang. Tiba - tiba babak tu memang betul - betul ada dan alhamdulillah gua tak menjerit ke apa ker. Tapi budak lelaki sebelah gua nih siap menjerit dan melompat ke kanan atau lebih tepat lagi mengenai badan gua. Nasib gua tak beli popcorn kalau tidak melayang pop corn gua. Hahahah!

Budak tu malu sudah sebab kawan sebelah dia gelakkan dia. Gua pun hilang fokus kejap sebab tahan ketawa. Hahahaha! Sumpah lucu! Orang lain tengah berpeluh - peluh gua pula tengah berpeluh - peluh tahan ketawa sebab budak tu sebelum nih bising sangat. Ketawa tak habis - habis. Lepas tu dia diam lah sekejap dalam 5 minit. Bagus! Aman sikit hidup gua nak tengok filem tu! Hahahaha! Hakikatnya bila kau duduk di sebelah kanak - kanak sugus nih hanya dua perkara jer yang selalu kau akan alami :-

1. Bengang Sebab Bising

2. Ketawa Sebab Lucu

Hahahaha! Apa - apapun, popcorn budak tu sangat menggoda anak tekak gua. Haih! Sedut air pepsi sampai bunyi - bunyi. Nak jer gua jadi gangster macam Giant dalam Doraemon tu lepas tu rampas air dengan pop corn tu. Dah lah gua lapar gila waktu tu! Hahahaha! Okaylah! Gua mahu makan dulu! Chow!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha..
    seronok gua layan cerita lu nie.

    lebih terhibur daripada gua layan 2 alam.

    *dh berapa pungutan 2 alam tu?

    heeeeeeeee

    BalasPadam
  2. pearls : gua kalau buat filem mesti dapat 50 juta(lagi angkuh dari dr rozmey rupanya aku nih...hahaha)...entah...rasa2 macam dalam video tu kut..hehehe

    BalasPadam
  3. Aduh bro. Tengok la 2 Alam filem terunggul abad ni bakal ditayangkan di Hollywood. Supportlah industri rambut cendawan negara kita. Hak tuih

    BalasPadam
  4. pegila beli popkorng dlu. ayyo. aku tercabar tgk bbudak pakai high heels.

    sume bergaya

    BalasPadam
  5. ERK~
    dgn bebudak ye..
    biasa lah..
    diorang baru nak besar..
    teruja la kot.
    ehehe...

    asal xmintak sikit popcorn tuh.ehehe

    Mari Berbicara Hati Ke Hati :
    Terima Kasih Cinta

    BalasPadam
  6. kalau budak kecik duduk belakang seat pulak, mesti kerusi kite gegar sbb dia dok tolak2 dgn kaki.

    mmg angin betullah!!!

    BalasPadam
  7. farhan : xbaik kutuk pakcik angkat ko tu paan..hahaha

    dayah : hah..budak2 pompuan dress up macam anime...hahaha

    ayu : tahap kebersihan diragui..tu xnak minta...hahaha

    aitot : semalam ada 5 pompuan duduk belakang aku...bergegar juga kerusi...nasib kaki diorang xnaik kepala aku...hahaha

    BalasPadam
  8. HAHAHAHHAHA

    lucu lah.

    tetibe terase macam aq je kanak2 sugus tu.

    haih -.-

    BalasPadam
  9. patut la antaq msg kat aku, nak ajak tgk wayang ka?

    kesian ang tgk sorang2 haha

    **dekat scene ulaq tu gila ar...cam nak mati terkejut..

    BalasPadam
  10. Chubby : ko tu kanak2 buluh dah...hahaha

    gadis kampung bandar : eh,bukanlah..time tu aku dah dalam wayang..motif bukan nak ajak tapi bagi hang jeles ja...hahahaha

    BalasPadam
  11. cehhh... bajet aku tak tgk lagi plak..

    pooodahhh

    hahaha

    BalasPadam
  12. heee..aku tunggu nak download je..bersepah kat net ni...

    BalasPadam
  13. lebih suka tengok wayang kat umah..keh keh keh

    p/s : kesian dr romzey ;p

    BalasPadam
  14. der, aq lampi la.

    kanak2 buluh tu ape?
    siot kau.

    HAHAHAHAHA

    BalasPadam
  15. uiks pop corn budak pon nk kidnap ke

    BalasPadam
  16. wah! x sabar giler aku nk ke panggung wayang plak hrry potter!!! wai for me!!

    BalasPadam
  17. ches! ko dah tengok!!!!

    tension aq panggung kat tempat aq belum tayang lagi... ades...

    nape ko tak tibai je popcorn budak tuh? kalau aq, dah lame selamat dah... hahaha

    BalasPadam
  18. hahaha...owhh memang tak sabar nak tengok hrrypotter nihh..

    makasih yer sudi singgah blog sayer..salam kenal.

    BalasPadam
  19. nseb baik aku tak menjerit time ular besar tuh keluar!
    dem!

    BalasPadam
  20. Hans, ada tgk tak youtube yang dorang alihkan bahasa dR Rozmey / Romzey (tak ingat nama) tak puas hati pasal kutipan 2 alam tu?
    Kelakar... =)

    BalasPadam
  21. Ye ke...
    Hihihi...
    Vee nie jarang ber'blogging', so kadang2 banyak entry yang tertingal... =p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama