Review Filem : Cuti - Cuti Cinta Memang Lucu


Filem:
Cuti - Cuti Cinta

Pengarah:
Ahmad Idham

Genre:
Cinta & Pengembaraan

Pelakon:
Farid Kamil, Nora Danish, Cat Farish, Zaibo, Zed Zaidi,
Azizah Mahzan, Kazaar dan Kumpulan Fabolous Cat

Sinopsis:

Eava Ealiana merupakan anak kepada Tan Sri Zaini dan sebagai anak tunggal sememangnya beliau dilimpahi dengan kasih sayang dan kemewahan daripada keluarganya. Gara - gara itu, beliau menjadi seorang yang sangat sombong, suka membangga diri dan amat cerewet dari sebesar - besar perkara hinggalah kepada perkara - perkara kecil yang remeh temeh. Beliau di tunangkan dengan Remy namun apabila mengetahui mengetahui Remy curang dengannya maka beliau pergi membawa diri ke sebuah hotel di Morib.

Disana Eava berjumpa dengan Omar Rudy selepas berlaku satu kekecohan antara beliau dan rakan - rakan pekerja Omar Rudy kerana siap beliau yang cerewet tidak bertempat itu. Namun, yang menjadi pertikaian rakan - rakan Omar Rudy ialah apabila segala kehendak Eava akan dituruti sahaja oleh Omar Rudy tanpa bantahan. Akhirnya, segalanya itu berubah apabila mereka berdua terpaksa bermalam di sebuah pulau kerana enjin bot mereka rosak. Apakah yang terjadi? Mampukah Omar Rudy bertahan dengan sikap Eava yang sentiasa membebel dan merungut tidak kira masa itu? Sama - sama saksikan filem Cuti - Cuti Cinta ini.

Ulasan:

Aku baru selesai menonton filem nih sebentar tadi selepas bersusah payah download semalam. Memang lucu lah filem nih. Ketawa jer aku tengok walaupun kadang - kadang tu aku pening tengok kerenah manusia fanatik di twitter dan facebook yang sampai membawa kedalam blog nih berkenaan isu laser pada final pertama bola sepak semalam. Hehehe!

Apabila sesekali melihat Farid Kamil bertukar gandingan memang agak menggembirakan kerana selalunya jika ada Farid maka adalah Lisa Surihani. Bukan bermaksud aku tidak menyukai Lisa kerana memang salah besar lah jika anda semua berkata begitu. Kepada sesiapa yang kenal blog ini pasti tahu betapa sukanya tuan punya blog kepada Lisa Surihans. Hahaha! Cuma apabila pada filem ini Farid Kamil digandingkan dengan Nora Danish terasa tiada apa yang hilang tetapi nampak menarik dan sepadan juga.

Filem ini sebenarnya memang lucu namun tiada lah apa - apa keistimewaan pun seperti mana filem - filem yang bergenre seperti ini. Cuma jika ingin menghiburkan diri filem ini memang bagus dan yang pasti 10 kali lebih menarik daripada filem 4 Madu. Lakonan Cat Farish memang menggelikan hati! Hehehehe!

Apa - apapun, daripada 5 bintang, aku memberi 3 bintang kepada filem ini. Selamat menonton! 

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. fanatik, addicted..apa lg?hehe..
    padahal takde apapun kat fb n twitter tu..

    BalasPadam
  2. warh, cik scya x tgk lg . hans blnje lah !

    BalasPadam
  3. nak donlod jugak....
    dah lama tunggu nih.
    :D

    BalasPadam
  4. best ke? rasa macam x la best sgt cite ni...memang klaka tapi cm xde pape yg mnarik pon dlm cte ni...

    BalasPadam
  5. Walaupun dah lama, tp aku xsempat tengok lagi, bz ngan kje.. Nak tengok jugak sebab ramai sgt dok citer pasal movie ni je..he3. Tgu cuti nntlah..

    BalasPadam
  6. Lucu ditambah heroin yang comel.. ;D

    masih blm dapt tengok lagi.. hehee

    BalasPadam
  7. ha! hans ko downlod filem mlyu kt mne??? aku klu filem hollywood aku thu la yg malaysia punya x thu plak...

    BalasPadam
  8. nak tengok jugak ah

    err hans nnti bile2 leh ajor sis cmne nk download drama/filem dgn laju? ;p

    BalasPadam
  9. salam,

    suke...suke... sbb farid kamil... hehe

    BalasPadam
  10. nanti nak sume cite yg kau downlod... ak x tgk pon lg cite ni... sesab rase ianya seperti filem melayu biase...

    BalasPadam
  11. lagi sejam siap cite ni.. xsabar nak tgk.. tgk hans cite mcm best je.. hihi

    BalasPadam
  12. tgk crita camtu boleh ilangkan stress tak???tgh stress nie...kerja mula dtg melambak2...hu....

    BalasPadam
  13. best ke?taktengok lagi..dengan hantu kak limah,mana lagi best??hehe

    BalasPadam
  14. haha. aku pun baru je tengok. best jugak. nora danish seksi giler. (bahaya).. betul.. aduha..tapi best...

    masa akhir cerita itu kan, baru aku perasan yg pelakon tu kumpulanh fabolous cat kan? hehe..best !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama