Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

Petang tadi waktu aku dengan abah aku nak keluar daripada rumah sebab ada urusan tiba - tiba ada seorang pemuda di dalam lingkungan 30-an aku rasa muncul dihadapan pintu pagar rumah. Sebab kami berdua nak keluar jadi memang bukalah pintu pagar tu. Nak tutup pun dah tak boleh sebab memang dah tengah pakai selipar dah pun.

Lelaki itu memakai baju seperti kemeja pun ada baju melayu pun ada. Berjanggut sedikit dan berkopiah. Uish! Aku dah fikir dah ini mesti datang nak minta derma apa - apa nih sebab kalau tok imam ker bilal ker kalau datang tak macam nih.

Tapi, gaya dia tu agak menakutkan sebab nampak macam tak kemas sangat. Mulalah aku berfikir dia keluarkan pisau rambo dari dalam poket seluar dia lepas tu rompak rumah aku ker apa. Haih! Banyak sangat pengaruh filem nih. Abah aku pun mula - mula dia ingat siapa jadi dia cakap biasa - biasa lah sampai lah tiba - tiba mamat tu cakap :-




Mamat : Saya nak minta tolong sikit encik. Saya nak minta derma untuk anak saya.

Abah : Derma untuk apa yer?

Mamat : Anak saya ada jantung berlubang. Saya nak minta tolong lah encik kalau boleh bagilah derma dekat saya.

Abah : Kalau ada surat saya bolehlah bagi. Ada surat dari hospital ker apa ker?

Mamat : Surat? Owh! Surat tu saya tertinggal dekat masjid!

Abah : Kalau macam tu minta maaf lah yer. Kalau ada surat tak apalah!

Mamat : Okay! Terima kasih yer encik!


Fuh! Nasib dah tamat perbualan tu tanpa berakhir seperti apa yang aku fikirkan. Haih! Lepas tu aku tengoklah mamat tu pergi rumah sebelah dan sebelah sampai ke hujung mana entah dengan motosikalnya yang memang kelihatan usang. Aku tak pastilah apa jadi dengan dia tapi memang aku tak yakin dengan apa dia cakap pun sebab tak ada langsung apa - apa surat dari pihak hospital yang menguatkan hujah - hujah dia.

Memang sekarang banyak betul benda - benda macam nih. Bagi aku kita sebagai salah seorang ahli masyarakat jangan terlalu bermurah hati sebab kadang - kadang kita pemurah kepada orang yang tak sepatutnya. Kalau tidak masakan diluar sana ada bermacam - macam sindiket yang menggunakan taktik yang sama iaitu menggunakan orang tua atau kanak - kanak untuk meminta sedekah.




Sebab apa aku kata masyarakat kita terlampau pemurah hingga tak kena gaya? Mengikut dari pengalaman aku sewaktu di tingkatan 5 barangkali. Aku kurang pasti. Sewaktu itu aku dan rakan - rakan di dalam bas Mara sedang menunggu bas bergerak menuju ke Kangar untuk kembali ke hostel daripada Alor Setar. Sedang menunggu itu tiba - tiba muncul dua orang remaja lelaki yang berusia sama ada sebaya dengan aku dan rakan - rakan di waktu itu atau lebih muda dari kami semua. Mereka muncul dan pergi kepada setiap orang daripada semua penumpang dan meminta derma. Segala sifatnya lengkap. Tidak ada kurang! Kuat lagi! Bajunya pun bergaya! Rambut pun terpacak! Aku ingatkan tak ada sesiapa yang nak bagi tapi sebenarnya ada juga yang bagi. Dalam pemerhatian aku budak itu berjaya mendapat lebih kurang belasan ringgit jugalah hanya dalam satu bas. Lihat!

Kadang - kadang aku rasa selain daripada bersikap pemurah mungkin juga ada di kalangan kita kadang - kadang rimas dengan mereka ini. Jadi, kerana terlampau rimas dan tak nak mereka berdiri lama di depan kita maka jalan mudah terus mengambil dompet dan menghulur RM1 supaya mereka pergi daripada anda. Aku beranggapan sedemikian kerana adakalanya kawan - kawan aku pun melakukan perkara yang sama kerana rimas kata mereka.

Paling tak tahan bila aku serta rakan - rakan yang mungkin sedang membaca ini mempunyai pengalaman yang sama seperti aku. Memberi derma kepada seorang yang 'buta' yang dipimpin oleh seorang yang celik dan kemudiannya apabila beliau keluar daripada tempat kita berada tadi tiba - tiba saja mata mereka terus menjadi celik dan mereka siap memberi tongkat mereka kepada orang yang memimpin mereka sebentar tadi itu dan berjalan seperti tak ada apa - apa yang berlaku. Hal ini memang bila difikirkan adakalanya menyakitkan hati sebab kita ditipu tetapi kadang - kadang agak geli hati juga kerana merasakan seperti sedang menonton siri Mr.Bean dan mangsanya ialah kita. Heheheh!




Apa - apapun, aku rasa kita kena lebih berhati - hati lagi dan jika betul mahu menjadi pemurah pun lakukanlah di tempat yang sepatutnya. Namun, kadang - kadang nak buat macam manakan? Hati kecil kita termasuk aku pun kadang - kadang tersentuh juga bila melihat pengemis tambah - tambah yang sudah berusia dan buta mata mereka meminta - minta sewaktu hari tengah panas terik atau hujan lebat. Apa - apapun, berdoa sahaja lah kita bersedekah kepada orang yang betul -betul perlu sahaja dan kepada yang menipu itu doakanlah mereka semua kembali insaf dan bertaubat.

Okaylah! Moga entry kali ini memberi sedikit manfaat atau teladan kepada semua pembaca jika ada. Insyaallah! Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Kepada blogger - blogger, kalau nak menang iPad jom join contest dekat bawah nih




Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


44 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yeah! btol2.. mcm entry aq dulu.. tak bleh percaya sgt dkt dieorg ne.. sindiket je.. kalau boleh tahan la dieorang interview jap.. haha

    BalasPadam
  2. yep . sokongg . mesti kena ada bukti lah kann . tak baik menipu niee . haish

    BalasPadam
  3. eh hans
    tah-tah orang yg sama tak
    aritu ada juga la mak kata org minta derma
    atas alasan anak sakit jantung berlubang
    huhu..bahaya

    BalasPadam
  4. bro.. problem mmg makin menjadi jadi bro.. kdg2 org kita berat tgn nk memberi sebab ada org amik kesempatan.

    tp mcm bro kata la. kalau nmpak cam betul2, kita bgla seikhlas hati.. kalau die tipu. itu urusan dia dengan Allah.

    BalasPadam
  5. kalau ada medical report baru bleh buat sumbangan. ramai penipu skrg

    BalasPadam
  6. xper la..kalo diaorg tipu tuh urusan diaorg ngan Allah..kalo kita derma..harap2 derma kita yg ikhlas dpt bntu kita mase kte lam kesusahan..tahu x.kisah fatimah putri Rasullullah.puasa 3 ari..x makn..den asl time berbuka je..ade org mntak sdekah..n dia bg sume2 ape yg ade ats meja mkn dy..well apepon sumer bergntung pd keikhlasn..:)

    BalasPadam
  7. huhu, kdang-kdang kesian gak tgk orang tepi-tepi jalan tu mintak duit, tapi bile pikir2 balik duit tu bukan dapat kat dorang, tapi kat orang lain.

    BalasPadam
  8. kesian baby/budak kecik2 dah kena pnyakit berat kan

    BalasPadam
  9. tak boleh nak pecaya sgt skang ni.. kdg2 ade surat pun bkn btul.. dorg boleh buat sendiri..

    BalasPadam
  10. dunia skrang penipuan makin berleluasa sgt,.huhu

    BalasPadam
  11. aku pernah kena maki dalam bahasa cina oleh pengemis. apa cer?? aku tak bagi duit for sure sebab tu dia maki. hahaha

    BalasPadam
  12. Dunia dah maju, zaman dah berubah. =)

    Sekarang ni mmg bnyak kes penipuan nih. Pernah sekali tu nmpak, ieka nampak org tu minta derma. pastu terus pg McD beli makanan... Siap beratur depan ieka lagi.

    hye you, rambut dia siap rebonding tauuu!Bukan guna jarii youuu~

    BalasPadam
  13. sedekah pada org yg betol hehe
    xD
    pernah juga ada pengalaman sebeggini

    BalasPadam
  14. aku pun xsuke bila time nk mkn je ade yg minta sedekah ni..
    masalahnye..pakaiannye memang smart bergaya..mcam berlakon bute pun ade..
    kadang2 wat xtahu je time dorang lalu..huhuhu

    BalasPadam
  15. macam2 ragam manuia sekarang..senang2 je minta duit ngn orang. apa dye ingt kita yang berduit nie senang ke nak dapat duit..

    BalasPadam
  16. ya Allah.sy penah kene tipu dengan sorang kakak arab ni tau! die siap bawak anak lagi.huhuhuh...ni yang nak post entri pasal ni nih.hahaha :)

    BalasPadam
  17. dulu mase aku kat shah alam..org2 camni memang ramai..kalau kat seksyen 7..jgn tertipu dgn pakcik "buta"..dlu kantoi dpn aku die sempat beli rokok lg..

    Asyik Puji Perempuan Je, Kesian Lelaki

    BalasPadam
  18. aku dulu selalu jumpa bdk2 yg minta derma.. kdg2 bila tgk muka kesian tu yg bagitu..

    BalasPadam
  19. aku pernah kna kat kl...dia kata nak duit tambang balik..pasti main teka2 aku ni kjer bank..cuak betol masa tu..siap dia kata klu aku bagi duit tambang tu nnt dia ganti @ top upkan aku...huh macam2.

    BalasPadam
  20. aku malas nk buruk sangka... kadang2 aku bg..klu aku tgk cam sehat lg boleh wat keje sniri ke ape... aku mmg tak bg,..

    BalasPadam
  21. kalau kita nak derma, just derma. kalau dia tipu, itu citer len. at least kita dah dpt pahala menderma

    BalasPadam
  22. mmg ssh nk caya org camtu.. klu ye pon anak dia sakit jantung ke ape, bkn cmtu caranya.. boleh mintak abntuan dgn cara yang btol.. bkn mintak sedekah

    BalasPadam
  23. sekarang nih org nak menipu mcm2 cara dorang buat....dah x ingat dosa...janji kenyang...tp kenyang duit haram buat apa kan...

    BalasPadam
  24. mmg byk kes2 mcm ni skrg ni..
    td plak sy bru dpt sms, kononny dr sorg bapak nak suh anak nya topup kan rm30 kat no baru dia..
    adoi, nmpk sgt xboleh percaya..sbb sy tunjuk kat hubby, n dia kata dia pon ada dpt bbrp minggu lepas..xkan la tersalah anta sms kt no lain byk2 kali, kan?

    BalasPadam
  25. byk kes menipu skang ni.tp kadang2 mak aku pesan.bg je la brape pon.tah la.

    BalasPadam
  26. kadang2 xleh bezakan yang mana baik dan jahat, sekarang org jahat pun pura-pura baik buat jahat =P

    BalasPadam
  27. Ramai orang suka mencari jalan lebih pintas untuk mengambil kesempatan atas orang lain.. Huhu

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  28. emm betul tu. plg kesian bile guna budak2. haih. kejam betul.

    BalasPadam
  29. kalau di indon, bersepah2 org macam nie..huhu

    BalasPadam
  30. betul3. tak patut sungguh nak mintak2 kat orang. selagi ada tulang empat kerat tu kerja lah apa2 pun. asalkan halal.

    BalasPadam
  31. aku pun kena mcm ni org minta derma ayah aku mmg xkn bgi klu xde surat sbb klu dorg tipu kita pun kena jgk jd baik xpyh baik sbb kita x bersubahat.. hehe

    BalasPadam
  32. klu kat penang ni lagi la rmai peminta sedekah
    tak kira usia, jantina, semua ada
    kdg2 rimas gak
    betul apa yg ko cakap, sama dgn apa yg ak rasa
    kdg2 kita bagi sebab rimas dan kesian
    persoalannya, siapa yg bersalah?
    adakah kita yg memberi tidak ikhlas?
    ataupun kita yg menzalimi mereka jika tidak memberi?
    konpius2

    kdg2 ak kasik
    kdg2 ak tak kasik
    tgk keadaan dan tempat

    BalasPadam
  33. berhati2 even nak buat baik...

    kalau tak, orang yang tak berperikemanusian akan menyalahgunakan niat baik kita.

    BalasPadam
  34. kita bagi kerana kasihan tengok mereka susah.. tapi ntah la, aku pun kdg2 berat hati nk bagi sebab kurang percaya..

    Pendapat anda?
    Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonline.com,Ihosterz.com dan Cikmin.com

    BalasPadam
  35. saye pun ade pengalaman mcm ni...dulu masa kecik2...ada sorang india dtg umah masa tu pintu pagar xkunci...degn selamber nya dia masuk mintak 2rm...ibu punya la takut..ulur aja...ishh takutt 2...kami memang trauma bila nampak org india masa kecik2 dulu...dgn matanya huii..

    BalasPadam
  36. betul betul..aku nie geng tergolong dalam orang pemurah *puji diri nampak* tak sampai atu tengok orang mintak derma, tapi lepas nie akan lebih berwaspada. derma kat masjid lagi bagus kot

    <a href="http://mohamadfbi.blogspot.com/> singgah blog aku geng </a>

    BalasPadam
  37. sebab tu laa kat mesia ni berlambak2 sindiket minta derma haram tuu...

    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  38. sedekah kepada yang lebih memerlukan.

    BalasPadam
  39. haih, bila fikir pasal sindiket atau org yg menipu ni...niat nak sedekah pun boleh terbantut

    BalasPadam
  40. alasan takleh pakai, ada ke tertinggal kat masjid, huh

    BalasPadam
  41. kat shah alam mmg bnyk dah org mtk sedekah. lebih2 lg kat sek2 tu. dah dkt setahun lebih aku asyik jumpe muka yg sama je.xde keje len

    BalasPadam
  42. ari tu pun penah kena skali...budak bangla tu mintak singgit...kena plak time tu sy ngah pegang wallet... tengok je sy wat muka blur, dia trus cakap "lima posen pun jadi la akak'... rimas ngan budak tu,, sy trus bg lima posen... yg tak tahannya,,dia boleh blah masuk 7eleven lpas dpt duit...hampeh punya budak...

    BalasPadam
  43. Haiz. Susah bila jd cmnie kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama