Juara Piala Suzuki AFF 2010 (^_^)Y = Gembira! Chakde Malaysia!


Perlawanan yang sangat menarik tadi dan penuh debaran. Separuh masa pertama memang gawang kita kuat diasak sehingga pasukan Indonesia dihadiahkan sepakan penalti. Waktu tu aku dah memang cuak habis dah sebab 90% tendangan penalti pasti akan berakhir dengan gol. Ditambah nampak pula sinaran laser yang memang banyak gila. Hahahaha! Tetapi, memang menakjubkan dan seperti aku menonton filem Chakde India semalam. Penjaga gol boleh membaca fikiran lawan dan alhamdulillah tendangan penalti tu dapat diselamatkan dengan bergayanya oleh penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Memang beliau dan barisan pertahanan beraksi penuh bersemangat dan hebat hari ini. Kemudian, apabila gol pertama Malaysia berjaya disumbangkan oleh Safee Sali melalui serangan pantas memang menjatuhkan semangat pemain Indonesia yang sebelum itu sangat bersemangat untuk memburu gol. Namun dua gol yang terakhir tidak berguna lagi kerana mereka kalah dengan agregat 4-2. Bagi aku Malaysia sebenarnya menang perlawanan itu kerana sebelum ini pasukan lawan dengan yakinnya berkata mereka akan membelasah Malaysia dengan jaringan yang besar tetapi sayang impian mereka hanya tinggal kenangan.

Apa - apapun, semangat kesukanan amat tinggi telah ditunjukkan oleh semua pemain dan penyokong masing - masing. Alhamdulillah! Bagi aku semua pemain Malaysia malam ini adalah juara tetapi aku amat kagum dengan penjaga gol negara kita. Moga - moga prestasi beliau akan bertambah baik dan moga  kehebatan dan prestasi pasukan Malaysia akan lebih meningkat.

Syabas!

Tahniah!

Moga Lebih Berjaya Di Masa Akan Datang!

Chakde Malaysia!


Gambar Daripada Berita Harian


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


29 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. congrats harimau malaya ! harimau makan garuda .

    BalasPadam
  2. yerp bangga tgk dorg ! :)
    apek terbaek !

    BalasPadam
  3. chakde malysia! mmg terbaik.. tahniah buat pasukan MALAYSIA.. separuh masa pertama mmg berdebor abis.. haha..

    BalasPadam
  4. syabas
    inspector sahhab!!
    syabbass..

    BalasPadam
  5. SYABAS MALAYSIA dan TERIMA KASIH kepada skuad Raja Gopal kerana bermain dengan aksi yang terbaik :D

    BalasPadam
  6. semangat weh.. tak pernah aku nampak FB bergegar dengan kemenangan malaysia hari ni. siyes seronok!!!

    goal safee sali membuatkan stadium indonesia terdiam!! siyes! terus senyap. dah dapat goal penyamaan baru semangat balik.

    BalasPadam
  7. khairul fahmi che mat lah... hehehe... mmg terbaik lah dia tu... bangga dgn team malaysia!! tahniah3!! ^___^

    BalasPadam
  8. Tahniah malaysia. siap dapt cuti umum lagi jumaat ni.. hehe..

    BalasPadam
  9. jangan risau..ada cuti umum nya.
    http://suarasendiri.blogspot.com/2010/12/timnasrakyat-malaysia-tunggu-alasan.html

    BalasPadam
  10. syukur pada tuhan..
    seronok tak terhingga ni..

    BalasPadam
  11. jumaat cuti.. :D

    tahniah2.. they deserved it.

    pasukan yg kalahkan kita pada pusingan awal dulu, kita dapat kalahkan di final. tu belum kira lagi sokongan fan indonesia yg penuh stadium. :D

    Pendapat anda?
    i got free t-shirt from altimet.!

    BalasPadam
  12. brav02x..

    selamat bercuti untk bes0k gak

    BalasPadam
  13. TAHNIAH HARIMAU MALAYA ....
    tapi sdikit kecewa Menang tapi kalah last game ...
    tapi happy gak lah for M'sia

    BalasPadam
  14. taniah taniah

    tapi kalau kat indon pun memang kan best...huhuhhhhuu...lagi aku bangga


    Pssssssssssssssssssss
    Video Mahligai Cinta yang Sweet

    BalasPadam
  15. Gila bangga bila HARIMAU terus membaham GARUDA kan!! ;D

    BalasPadam
  16. tahniah.. Malaysia menang

    dan tahniah gaks pada hans yang menang buku tuh.. :D

    BalasPadam
  17. yeahhhh (^_^) tahniah
    Harimau Malaya kembali mengaum...

    esok cuti... terima kasih PM...

    BalasPadam
  18. aku cuma nak cakap indon jahanam. peace no war!

    BalasPadam
  19. syabas kepada pasukan malaysia. syabas juga untuk safee dan fahmi...
    wah. akhirnya dapat juga kita menjinakkan Garuda....MALAYSIA BOLEH!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama