Review Filem Faster : Hatinya Masih Belum Cukup Kering



Filem:
Faster


Genre:
Drama, Aksi & Pengembaraan


Pengarah:
George Tillman Jr.


Pelakon:
Dwayne Johnson, Billy Bob Thornton,
Maggie Grace, Oliver Jackson & etc.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan si The Rock(aku lupa apa nama watak dia dalam filem nih) yang membalas dendam dengan mencari setiap seorang daripada senarai perompak yang merompak dan membunuh ahli - ahli kumpulan serta abang kesayangannya. Jadi, dia memburu seorang demi seorang yang terlibat tetapi dia masih belum tahu siapakah dalang di sebalik semua ini. Dalang itu pula telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membuh si The Rock nih. Jadi, apa kesudahannya? Tengoklah sendiri! Haha!


Ulasan Tuan Punya Blog:

Filem nih sebenarnya boleh jadi menarik sebab The Rock tu digambarkan sebagai seorang yang sangat berhati kering. Buktinya dia selamba jer bunuh musuh - musuh dia tu depan orang ramai tanpa memakai topeng langsung dan memang tak ada perasaan belas kasihan pun pada mereka - mereka yang berkenaan. Cuma agak bosan kerana semua orang jahat dibunuh dengan masa yang cukup pantas. Mungkin untuk mendekatkan perlakuannya dengan tajuk filem ini iaitu Faster yang bermaksud pantas barangkali. Membunuh dengan pantas. Pantas dari segi masa!

Apa - apapun, bagi aku filem nih biasa - biasa jer lah! Layan jugalah aksi - aksi The Rock dalam filem nih. Babak paling lucu waktu dia berdepan dengan musuh dia yang masa tu dah berubah menjadi baik. Tak silap musuh dia tu jadi paderi kut. Itu agak luculah dan membuktikan watak The Rock dalam filem nih masih belum kering hatinya. Watak pembunuh upahan tu juga agak cool sebab aku dapat menghayati watak dia yang mahu menjadi sempurna atau orang kata perfectionist tu. Hehehe!

Apa - apapun, selamat menonton di pawagam berhampiran anda dan aku beri 3 bintang daripada 5 bintang. Aku kurang sihatlah sekarang! Waktu - waktu macam nih lah selesema dengan demam datang!


14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dalam hati ada taman kot?
    haha.
    apa2 pon, syabas!
    kerana selalu menonton wayang.
    XD

    BalasPadam
  2. lawak time paderi 2 le...die je kot x kena bunuh...hu

    BalasPadam
  3. haha dah tengok dah? huhu xbest la ni? Hans next time hans buat review filem animasi lak ( peminat animasi)
    bleh? btw.. moga cepat sembuh.. :P

    BalasPadam
  4. tak berapa suka le cerita tembak tembak ni, omputih suka sgt le keje tembak2 ni huhu

    BalasPadam
  5. tunggu je masa nak tengok cerita nih!

    BalasPadam
  6. wah, ke panggung lagi. jelesnya tak dapat pergi panggung lagi dah.

    tak download lagi filem faster ni. minat lakonan the rock, terutamanya dalam filem the game plan

    p.s: RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu - Blogger Untung RM1 Juta

    BalasPadam
  7. yang khurafat tu pun saye tak pi tengok2 lagi.hahaha

    BalasPadam
  8. huh....nak tengok ke tak ek.... kalo 3 bintang kira tk berapa nak besh...bg aku lah he3...

    BalasPadam
  9. walaupun the rock lebih segak berlakon filem aksi, tapi aku lebih suka dia berlakon filem komedi. sangat best sebab orang yang badan sasa ni kalo buat komedi agak humor dengan muke yang pada asalnya kontrol macho dan badan ketul2, tapi last2 lawak.

    aku masih teringatkan filem dia dengan budak kecik, tajuk aku lupe tapi kisah dia pemain american football dan budak ni mengaku anak dia. serius kelakar.

    and satu lagi mamat tough berlakon komedi best, Awie wakakakakak~!!

    p.s: next week aku nak membantai pawagam, dah dekat 3 bulan dah tak melawat nih

    BalasPadam
  10. shuk : filem Toothfairy ker? eh..bukan..toothfairy dia main hockey ice...entah..aku pun xpasti...tapi The Rock berlakon filem komedi memang best

    BalasPadam
  11. guna pengering rambut utk keringkan hati

    BalasPadam
  12. kalau the rock berlakon , aku lebih suka yang komedi . hihi . walaupun dia nampak serius tapi dia lawak ah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama