Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah


Aku baru dapat tahu semalam bahawa Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah berusia 79 tahun yang merupakan penyimpan mohor besar raja - raja dah pun bersara bermula pada 6hb atau 7hb Januari 2011 yang lepas dan akan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang berusia 66 tahun dimana beliau akan memulakan khidmatnya berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.

Patutlah sepanjang kehidupan aku menanti - nanti tarikh berpuasa dan hari raya di hadapan televisyen pastinya wajah Engku Ibrahim nih yang aku tonton di kaca televisyen sebab dia berkhidmat selamat 22 tahun atau lebih tepat lagi jangka masa khidmatnya tu sama dengan umur aku. Secara jujurnya, setiap tahun aku tak sabar - sabar tunggu depan televisyen bukannya sebab nak tahu sangat bila tarikh bermulanya puasa atau hari raya tetapi lebih kepada nak tengok warna baju melayu atau aku panggil baju raya apa yang dipakai oleh beliau. Hehehehe!

Ada sekali tu aku tak sempat tengok beliau sewaktu pengumuman tarikh berpuasa waktu tahun 2009 ker 2010 kalau tak silap aku lah sebab tak ada televisyen dekat rumah sewa. Rasa macam tak lengkap jer hidup sebab tak tengok dia dekat tv. Hehehe! Apa - apapun, bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi dan raya tahun ini aku sudah tidak berpeluang untuk menonton beliau bercakap dan semestinya dah tak boleh tengok lagi dah tengok warna apa baju raya beliau pada setiap tahun.

Jadi, tak sabar nak tengok penyimpan mohor baru pula di televisyen. Yang penting tak sabar nak dengar suaranya! Sama - sama nantikan pada bulan Ogos nanti!

46 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Kalau beliau bercakap di TV semua orang akan diam dan fokus untuk mendengar pengumuman yang akan beliau sampaikan.


    Israel gunakan burung hering sebagai pengintip

    ردحذف
  2. wah
    tak tahu plak nama diew..
    hehehehe!

    ردحذف
  3. ku juga akjn merinduinya . sad-sad .

    ردحذف
  4. dah tukar... dah 2 tahun tak tgk pengumuman raya dan posa ni.. rindunyer kat malaysia.. nak balik..heee

    ردحذف
  5. 'orang lama' kalau bg pengumuman mmg ada aura...rindu kat Tuan Engku juga...

    ردحذف
  6. aku membesar nengok muka dia doh.. dia sentiasa mengumumkan berita gembira kt aku!! hahahaha rindu la nnt :(

    ردحذف
  7. kalo tak tgk dia yg umumkan raya macam taknak raya je..huhuh

    ردحذف
  8. hahaha :)) sebab nk tngok kaler bj mlayu die pakai? hehe :D

    ردحذف
  9. wah lama tu...mmg dari dulu dia la yang umum waktu pose n raye...mmg x blh tgk dia lagi la lepas ni..

    suara dia tu yang best..kena je dgn apa yg dia nk sampai..pnh saspen.hehe

    ردحذف
  10. serius sedih pasni xdpt tgk muke Engku...
    dr kecik kot tgk org yg sme umum nk raye...rindu2...

    ردحذف
  11. bilalah nak ganti dgn aku pulak, haha. eh kenapa tua sngt yg gantinya.

    ردحذف
  12. wwah sedihnye..mmg ramai akan merindui suare ishytihar raya dan puasa...huhu

    ردحذف
  13. hans..i nk wat pasal ni jgk bole??
    hehe...

    ردحذف
  14. beliau la org yg sntiasa dinanti bila menjelang puasa n raya...sejak kecik dh sinonim dgn wajah n suara belia...hu.hu.hu.....pasti merindui pak engku....

    ردحذف
  15. semoga beliau sihat sejahtera dan dapat berehat dengan gembira sepanjang tempoh persaraanya tuu...

    ردحذف
  16. menunggu camne kemunculan Datuk Danial pulak bulan 0gos ni..

    ردحذف
  17. sedh rasenye bile dgt kat radio smlm. T__T

    dari kecik lagi dgr sore beliau.

    ردحذف
  18. Obviously i was with him since childhood,
    and he's like a granddy :)

    ردحذف
  19. 2009 xde pengumuman masa tu.. entah kenapa xde plak?

    ردحذف
  20. ooo..yeke?..xthu lak pasal ni tpi dah bce entry ni skrg thu laa...thanks kongsi..:)

    ردحذف
  21. Daripada kecik kita tengok dia mengumumkan hari raya...ada juga bincang hal ni dengan kawan2,agak2nya kalau dia pencen entah sape la yg ganti..nampaknya benda tu betul2 menjadi kenyataan..bulan ni juga dia berhenti...

    p/s:tibalah masanya untuk dia bermain2 dengan cucu pulak..

    ردحذف
  22. rindu dia gak nnt! dialah yg dinanti2kan bila nk buat pengumuman tergempar :p

    ردحذف
  23. wndu2...raya jadi pelik tnpa dia....huhu...sbb dr kecik da terbiasa tgk dia ckp tarikh nk raya... huu~

    ردحذف
  24. sape lak la pnggnti lps ni kan..

    ردحذف
  25. tengok muke dia trus je t'ingat nak raye...hik3

    ردحذف
  26. beliau akan sentiasa dirindui terutamanya bg para muslim

    ردحذف
  27. betul3x.... tak lengkap puasa atau raya kalo tak tgk pengumuman dia.. haaiisshh.. saya pun tak sempat tgk thn lps...
    btw hans, cuba buat episod makan2 kat HR Steakhouse kt kg.baru jgk... best gk kat stu.. yg pntg chikn chop dia murah!!!

    ردحذف
  28. Memang dah tua lah dia ni.. Huh.. Nak jugak aku ganti dia.. Tapi aku tak ambik bidang penyiaran....

    ردحذف
  29. Tukar lain orang lain pula cara pemyampaiannya..tapi mesti tunggu depan tv punya..

    ردحذف
  30. 22 tahun??same juga ngan umurku....
    bersara dah ke...xdptla nk tgk muka dia lg tiap2 thun..

    ردحذف
  31. Oh, dah bersara ke Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kita? Betul juga, sedih rasanya sebab wajah dia yang tiap-tiap tahun keluar masa hendak umumkan hari raya.

    ردحذف
  32. alaa pasni mnnti org len la plak yg mncul kt tv hehe

    ردحذف
  33. we''ll miss him nti..urm, i wonder lah y ek amek pnyimpan mohor ni yg dah berumur ek

    ردحذف
  34. mcm mana la pengumuman puasa dan raya thn ni yer? hehe x sabar plak

    ردحذف
  35. kita tgk yg baru ni mcmana aura dia :)

    ردحذف
  36. Rindu-rinduan jadi kenag-kenangan.. hehe.. lain dah sora yg bg ucapan nanti.. hehe..

    ردحذف
  37. aku suka sgt dia ni..asl nmpak muka dia kat tv,pergh..trsnyum lebar aku..mmg ksyuk abes klu dia ckap.klu bleh kentut pon xmo bnyi..hahaha

    ردحذف
  38. alaa dah tukar pulak kan
    best ke tak pengganti dia ni
    tunggu je la nanti

    ردحذف
  39. aku rasa la kan, dia ni adalah orang paling popular di malaysia saban tahun. sebab hampir semua orang kenal dia.hehe

    ردحذف
  40. lama betul ye beliau pikul tugas tu...hmm...

    ردحذف
  41. confirm ar rase tak bermaye je nak tunggu pengumuman raya pasni.sob2 :p

    ردحذف
  42. saya..penyimpan mohor besar raja-raja..setelah di perkenan oleh duli yg maha mulia yg dipertuan agong..dengan ini (sabdu) 2 harakat..

    tarikh..(berhenti 3 saat secara dengung).. hari raya .... jatuh kepada .....


    hahaha..intonasi unkel ni mmg best..

    ردحذف
  43. serious bro, aku pon bakal merindui dia, aku rasa sejak kecil tak ada orang lain dah yang buat pengumuman puasa/raya.suka cara tenang dia buat pengumuman.
    "Dengan ini saya...penyimpan mohor 2 diraja....mengumuman....bahawa...." Ohh...

    ردحذف
  44. huhuhu...nnt mesti rasa lain bila tgk pengumuman puasa @ raya...rindu suara ENGKU TAN SRI IBRAHIM :(

    ردحذف
  45. bila dia buat pengumuman walaupun pendek, kalah menteri yang membentang bajet tahunan negara kan?

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم